Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Peranan Pelbagai Pihak dalam Usaha Menyatupadukan Masyarakat Pelbagai…
Peranan Pelbagai Pihak dalam Usaha Menyatupadukan Masyarakat Pelbagai Etnik di negara Malaysia
Bukan Kerajaan (NGO)
2) Majlis Belia Malaysia
Barisan kepimpinan yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum
Bekerjasama dalam menangani masalah dan jalan penyelesaian yang wujud di kalangan belia
Menganjurkan program-program seperti 'Unity Program' untuk mengekalkan hubungan etnik antara masyarakat Malaysia
1) Program Anak Angkat
Membolehkan seseorang mempelajari serta mengenali budaya dan cara hidup masyarakat lain
Dapat menambah pengalaman serta dapat dikongsi bersama rakan-rakan serta keluarga
4) Membantu masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan
Memberi sumbangan atau bantuan kepada mereka yang memerlukan atau kurang bernasib baik setelah ditimpa bencana alam tanpa mengira latar belakang kaum, agama serta budaya
Menyediakan kemudahan untuk masyarakat seperti gelanggan futsal dan sebagainya bagi aktiviti kemasyarakatan
Melakukan aktiviti kebajikan oleh badan-badan bukan kerajaan seperti mengagihkan makanan serta kepada golongan miskin dengan melibatkan penyertaan dari pelbagai kaum disamping dapat memupuk sifat belas kasihan sesama manusia
3) Penyaluran maklumat yang berguna
Memberi maklumat yang memberi faedah dari sumber-sumber yang telus dan pasti
Mengelakkan masyarakat terpengaruh dengan ideologi yang bercanggah dengan perpaduan kaum di Malaysia
Menyeru serta mengajak rakyat untuk mengamalkan sikap bersatu padu seperti dengan mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti mengadakan ceramah
Kerajaan
3) Memperkasa Sekolah Kebangsaan
Sekolah Kebangsaan yang terdiri daripada pelbagai kaum membolehkan murid-murid menyemai sifat perpaduan sejak di bangku sekolah lagi.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama di sekolah dapat melatih murid-murid untuk memupuk sifat cinta terhadap bahasa dan menanam elemen perpaduan
1) Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Mengajar diri untuk berdikari dan saling bantu-membantu sekiranya dalam kesusahan
Memupuk semangat patriotisme, bekerjasama dan bersatu padu dalam kerjasama pasukan yang terdiri daripada pelbagai kaum
Berteraskan konsep Rukun Negara
4) Sambutan Rumah Terbuka Perdana di Setiap Perayaan di Malaysia
Mengadakan rumah terbuka bagi perayaan yang ada di Malaysia seperti Deepavali, Aidilfitri dan Tahun Baru Cina
Pelbagai kaum tanpa mengira lapisan umur dapat berkumpul dan bersama-sama meraikannya.
2) Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN)
Penubuhan beberapa strategi oleh JPNIN seperti strategi ekonomi, agama,kebudayaan, pendidikan, keselamatan dan sebagainya
Dasar yang dirangka kerajaan yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat
5) Dasar- Dasar Kerajaan
Dasar-Dasar Kerajaan ditubuhkan bertujuan untuk mengawal politik melampau yang boleh memecah belahkan perpaduan rakyat
Dasar- dasar baru seperti Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Sosial Negara turut ditubuhkan oleh pihak kerajaan serta Wawasan 2020 yang meningkatkan lagi usaha menjadikan Malaysia sebuah negara moden di persada dunia.
6) Konsep Gagasan 1 Malaysia
Perpaduan merupakan teras dalam konsep gagasan 1 Malaysia dan masyarakat turut bekerjasama menjayakan gagasan ini
Pelaksanaan produk, perkhidmatan 1 Malaysia seperti klinik 1 Malaysia, Kedai Rakyat 1 Malaysia untuk masyarakat berbilang kaum disamping meringankan beban rakyat
Masyarakat
2) Rukun Tetangga
Membentuk pertubuhan rukun tetangga di kawasan kejiranan bagi menjaga keselamatan penduduk di samping memupuk sifat bekerjsama antara kaum
Melibatkan organisasi yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum, agama dan budaya
3) Kempen Bulan Kemerdekaan
Memasang bendera-bendera di sepanjang jalan atau di kereta menunjukkan semangat patriotisme terhadap negara
Mengadakan pertandingan seperti pertandingan video yang bertemakan perpaduan masyarakat bersatu padu demi kemerdekaan negara dan dengan cara ini semangat saling bekerjasama sesama kaum dapat diterapkan
1) Program Gotong- Royong
Program Perangi Denggi contohnya dengan membersihkan kawasan rumah serta bergotoyong royong sesama jiran tetangga bagi memastikan kesihatan kejiranan terjamin
Bergotong-royong sesama jiran seperti di majlis kenduri kahwin bagi membantu persiapan dan meringkan beban
4) Penggunaan Sosial Media
Masyarakat perlu bijak dalam menggunakan sosial media semasa penyebaran maklumat
Memastikan maklumat yang disebar adalah telus dan datang dari sumber yang boleh dipercayai dan tidak melibatkan isu-isu sensitif yang boleh mendatangkan keburukan kepada perpaduan kaum di negara
5) Kebudayaan
Contohnya, persembahan untuk meraikan hari kebesaran atau menerima kedatangan orang kenamaan, akan dipersembahkan tarian oleh pelbagai kaum seperti tarian Zapin dan tarian Inang oleh masyarakat Melayu. Tarian kipas, tarian singa dan tarian piring oleh masyarakat Cina serta Tarian Bharatanatiam dan Tarian Kollattam oleh masyarakat India.
Dengan ini, ianya bukan saja mendapat tarikan pelancong tetapi juga kita dapat mempelajari dan mengenali kebudayaan setiap kaum yang berbeza yang terdapat di Malaysia