Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGGUNAAN AUGMENTED REALITY SEBAGAI MEDIUM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN…
PENGGUNAAN AUGMENTED REALITY SEBAGAI MEDIUM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU KELAS PEMULIHAN
PENDAHULUAN
Pelajar pemulihan merupakan pelajar yang mengalami masalah pembelajaran dalam membaca, menulis dan mengira (3M)
susah untuk mengenal huruf, nombor dan memproses arahan dan maklumat yang diterima. (Hafiza Abas & Halimah Badioze Zaman, 2010).
contoh perkataan mengenali suku kata asas Bahasa Melayu
V+KV Itu, ini, ibu, ubi, api, apa
KV+KV Buku, buka, bola, baju, pasu, kaki, batu,
KV+KVK Tikar, telur, sikat, kapal, mulut, bakul
KVK+KV Senja, pandu, lampu, bendi, sendi, benda
sehingga kini masih kurang perisian khas yang dikhususkan untuk mereka belajar membaca bahasa Melayu.
(Hafiza Abas & Halimah Badioze Zaman, 2010).
OBJEKTIF KAJIAN
Untuk mereka bentuk dan membangunkan aplikasi AR sebagai bahan bantu pengajaran dan pembelajaran suku kata Bahasa Melayu pelajar pemulihan sekolah rendah
2.Untuk menilai kebolehgunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar pemulihan.
PENYATAAN MASALAH
kekurangan perisian khas untuk pembelajaran suku kata dan membaca dalam Bahasa Melayu di Malaysia.
disokong oleh : Hafiza Abas & Halimah Badioze Zaman (2010) yang menyatakan bahawa sehingga kini masih kurang perisian khas yang dikhususkan untuk mereka belajar membaca bahasa Melayu.
kurang pendekatan dan kemudahan teknologi sebagai alat bantuan mengajar bagi tujuan umtuk menarik perhatian pelajar pemulihan sekolah rendah. Guru masih selesa meggunakan kaedah pembelajaran tradisional di dalam kelas.
disokong oleh : Charlie Anak Ungang (2008), penggunaan bahan bantu mengajar mampu menambah minat pelajar serta pengajaran guru akan menjadi lebih menyeronokkan
PERSOALAN KAJIAN
1.Bagaimanakah penggunaan teknologi AR dapat membantu pengajaran dan pembelajaran suku kata Bahasa Melayu pelajar pemulihan sekolah rendah?
2.Sejauh manakah kebolehgunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar pemulihan?
LITERATURE REVIEW
BAHASA DAN TEKNOLOGI
Penguasaan literasi Bahasa Melayu amat berkait rapat dengan fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Kajian Tuan Mastura (2011) mendapati bahawa penguasaan pelajar terhadap literasi era digital dalam pembelajaran Bahasa Melayu abad ke-21 berada pada tahap yang tinggi.
Beliau berpendapat bahawa pelajar sekarang mempunyai kesedaran terhadap kepentingan penguasaan literasi era digital pada abad ini dengan melalui penerapan kemahiran abad ke-21 dalam pembelajaran Bahasa Melayu
Teknologi juga membantu murid mengekalkan minat dan menggalakkan pembelajaran kendiri. Minat murid akan turut meningkat apabila dapat mengakses bahan-bahan sedia ada, informasi terkini dan juga input langsung daripada rakan dan guru (Zuraidah Saidin, 2011).
Bagi pelajar yang bermasalah pembelajaran dan diketegorikan sebagai pelajar lembam mereka mengalami kesukaran yang serius untuk menguasai aspek tatabahasa (Jabatan Pendidikan Khas, 2003).
Guru harus bijak memilih kaedah ICT yang sesuai bagi menepati objektif dan konteks pengajaran, mengubah suai bahan sedia ada ataupun membangunkan persekitaran yang sesuai bagi memastikan pelibatan murid dalam pembelajaran (Zuraidah Saidin, 2011).
aplikasi AR berupaya meningkatkan minat murid, meningkatkan rasa ingin tahu dan menyeronokkan murid kerana mereka dapat berinteraksi secara masa-nyata dengan objek maya 3D.
AR juga meningkatkan tahap motivasi pelajar, memberi impak positif kepada pengalaman pembelajaran, terutama bagi pelajar yang lemah (Freitas & Campos, 2008), AR juga membantu dalam pembangunan pemikiran kreatif pelajar, meningkatkan kefahaman dan menukar paradigma lengkuk pembelajaran pelajar dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran (Huda Wahida et al., 2010).
PEMULIHAN KHAS
Program Pemulihan Khas adalah satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran.
Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus (KPM 2001).
Murid pemulihan pula ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran- kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1984).
Menurut Tansley (1967) pula pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.
Menurut Blair (1956) pula pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan pembelajaran untuk mengikis segala kebiasaan dan amalan yang tidak sesuai bagi murid-murid lambat dalam pelajaran
Bahan bantu mengajar sama ada elektronik atau bukan elektronik adalah bahan sokongan yang penting untuk meningkatkan kefahaman murid-murid di samping mengekalkan minat belajar (Charlie Anak Ungang, 2008)
Bahan pemulihan merangkumi bahan guru dan bahan murid. Bahan guru terdiri daripada alat pandang dengan seperti kaset, radio, kad imbasan, kad gambar dan lain-lain. Bahan murid terdiri danipada bahan pembelajaran dan bahan pengukuhan. Bahan pembelajaran terdiri daripada lembaran kerja, kad-kad aktiviti berperingkat, bahan bacaan bahan belajar sendiri dan lain-lain. Bahan pengukuhan pula ialah dalam bentuk latihan, permainan, nyanyian atau puisi, lakonan atau kata bual dan bahan bacaan tambahan
METODOLOGI
ADDIE
model reka bentuk instruksi yang menjadi asas kepada model-model reka bentuk instruksi yang lain (Jamaluddin & Zaidatun, 2003)
menerapkan lima tahap atau unsur bagi aktiviti saling berkaitan yang memandu amalan pembentukan program pengajaran atau modul pembelajaran
ANALISIS
analisis dilakukan terhadap beberapa aspek, antaranya analisis persekitaran pembelajaran, analisis terhadap ciri-ciri pelajar, tahap pendidikan atau pengetahuan sedia ada, masalah dalam pembelajaran dan mengenal pasti matlamat pengajaran dan sebagainya
Tujuan proses ini adalah untuk memastikan reka bentuk kad AR yang akan dihasilkan menepati dan memenuhi keperluan pelajar yang sebenar
REKABENTUK
modul-modul yang dibina adalah berdasarkan dan berpandukan dari bahan-bahan bantu mengajar yang telah disediakan oleh guru pemulihan itu sendiri. Contoh bahan-bahan bantu mengajar yang telah sedia ada adalah seperti flashcard suku kata, mainan magnet suku kata. Modul yang akan dibina adalah berpandukan pembelajaran suku kata yang pelajar selesa dan mudah untuk pelajari
PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN PAKAR
Kad AR yang dibangunkan adalah berpandukan dari bahan-bahan bantu mengajar yang telah disediakan oleh guru pemulihan itu sendiri
Penggunaan warna, visual dan bunyi memainkan peranan penting bagi membantu proses pembelajaran dan pengajaran pelajar
dinilai oleh pakar iaitu guru pemulihan itu sendiri kerana guru tersebut lebih mengetahui keselesaan dan keberkesanan penggunaan teknologi AR ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran suku kata Bahasa Melayu pelajar pemulihan.
PELAKSANAAN
diuji dan digunapakai untuk pelajar-pelajar pemulihan tersebut oleh guru mereka.
pengkaji akan menganalisis dan memerhati beberapa faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pelajar dalam mengenal suku kata Kad AR tersebut. Faktor-faktor dan masalah-masalah yang dikenal pasti akan diatasi dengan memperbaiki dan menambahbaik Kad AR tersebut.
PENILAIAN
Penilaian terhadap keberkesanan pengajaran, bahan bantu serta pencapaian objektif khas atau hasil pembelajaran dilaksanakan. Maklumbalas yang diperolehi digunakan untuk menambahbaik perancangan bahan dan modul pengajaran dari segi input, visual, warna atau sebagainya.
Guru pemulihan akan menggunakan kad AR tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan pelajar akan diberi ujian selepas proses tersebut bagi pengkaji mengenal pasti dan mendapat maklum balas daripada pelajar pemulihan dan guru tersebut terhadap keseluruhan kebolehgunaan dan kemudahgunaan kad AR tersebut sebagai bahan bantu mengajar pelajar pemulihan mengenal suku kata Bahasa Melayu