Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bab 6 Tanah dan sumbernya (6.1 Kepelbagaian mineral dalam kerak bumi…
Bab 6 Tanah dan sumbernya
6.1 Kepelbagaian mineral dalam kerak bumi
Mineral ialah unsur atau sebatian pepejal yang wujud secara semula jadi.Unsur-unsur semula jadi seperti emas,perak dan berlian dijumpai sebagai mineral.Sebatian semula jadi pula seperti oksida,karbonat,sulfida dan silikat juga dijumapai sebagai mineral.
Sifat mineral:Mineral yang berbeza mempunyai kekerasan dan keterlarutan yang berbeza di dalam air serta bertindak balas secara berbeza apabila dipanaskan.
Pemanasan sebatian mineral dapat menyebabkan mineral itu terurai menjadi bahan-bahan yang lebih ringkas.Kebanyakan oksida logam tidak terurai apabila dipanaskan.Walau bagaimanapun sesetengah sulfida logam terurai menjadi oksida logam dan membebaskan gas sulfur dioksida apabila dipanaskan.Jika gas karbon dioksida dilalukan melalui air kapur yang jernih maka air kapur akan berubah menjadi keruh.
6.2 Tindak balas antara logam dengan bukan logam
Kebanyakan logam kecuali merkuri,perak dan emas,mudah berpadu dengan oksigen untuk membentuk oksida logam apabila dipanaskan.Sebagai contoh:
Logam :heavy_plus_sign:Oksigen:arrow_right:dipanaskan:arrow_right:oksida logam
Sulfur ialah unsur yang berpadu dengan logam lain untuk membentuk sulfida.Sesetengah logam seperti ferum,apabila dipanaskan dengan sulfur menghasilkan sulfida logam.Sebagai contoh:Logam :heavy_plus_sign:Sulfur :arrow_right:dipanaskan :arrow_right:sulfida logam
6.3 Sebatian silikon
Silikon ialah mineral kedua banyak dalam kerak bumi.Silikon berpadu dengan oksigen untuk membentuk silikon dioksida atau silika.Contoh silika ialah pasir,batu pasir dan batu api :hourglass_flowing_sand:.
Silikon berpadu dengan oksigen dan logam membentuk sebatian yang dikenali silikat.Contohnya,natrium silikat ialah sebatian yang terdiri daripada natrium,silikon dan oksigen.Contoh silikat ialah tanah liat,jed dan zamrud.
Silikon ialah semikonduktor yang mempunyai takat lebur yang tinggi dan digunakan untuk membuat cip elektronik.Kaca terdiri daripada dua atau lebih silikat dan menjadi lembut apabila dipanaskan suhu yang tinggi dan dapat digulung,dimampatkan atau ditiup.Kaca tulen yang dipanaskan dapat ditarik menjadi gentian optik yang panjang.
Seramik yang keras dan kuat dibuat daripada tanah liat atau mineral yang dipanaskan di dalam ketuhar atau relau pada suhu yang tinggi untuk membuat barangan seramik seperti porselin dan barangan tembikar.
6.4 Sebatian kalsium
Kalsium karbonat ialah sebatian yang terdiri daripada kalsium,karbon dan oksigen.Kalsium karbonat terdapat dalam bentuk batu kapur,marmar,kapur,kalsit dan cengkerang keras haiwan laut :crab:.
Kalsium karbonat bertindak balas dengan asid cair untuk menghasilkan garam,karbon dioksida dan air.Kalsium karbonat meghasilkan karbon dioksida dan kalsium oksida apabila dipanaskan.Kalsium oksida berpadu dengan air untuk menghasilkan kalsium hidroksida.Kalsium hidroksida larut dalam air berlebihan untuk membentuk satu larutan kalsium hidroksida yang bersifat alkali.
Kalsium oksida:Meneutralkan tanah dan air yang berasid
Kalsium hidroksida:Meneutralkan tanah dan air yang berasid serta digunakan untuk menyediakan simen dan cat kapur dalam pembinaan bangunan
Kalsium karbonat:antarsid untuk melegakan sakit gastrik.
6.5 Sumber bahan api semula jadi dan kepentingannya
Petroleum,gas asli dan arang batu ialah bahan api fosil.Fosil ialah sisa tumbuhan dan haiwan mati yang tertanam berjuta-juta tahun dahulu.
Carta alir pembentukan petroleum dan gas asli semula jadi:Sisa hidupan laut yang mati terbenam di dasar laut:arrow_right:Sisa itu tertanam semakin jauh ke dalam Bumi di bawah lapisan tebal batu dan lumpur:arrow_right:Haba diserap daripada persekitaran dan pereputan disebabkan oleh bakteria mengubah fosil haiwan dan tumbuhan kepada petroleum dan gas asli
Carta alir pembentukan arang batu:Sisa tumbuhan tertanam secara semula jadi di dalam tanah:arrow_right:sisa itu semakin jauh ke dalam Bumi di bawah lapisan batu tebal:arrow_right:Haba yang diserap daripada persekitaran dan pereputan disebabkan oleh bakteria mengubah fosil tumbuhan menjadi arang batu.