Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 10: PENEROKAAN ANGKASA LEPAS (APLIKASI TEKNOLOGI ANGKASA LEPAS…
BAB 10: PENEROKAAN ANGKASA LEPAS
Teleskop
Alat yang merekodkan imej objek-objek di angkasa lepas
Roket
Untuk melancarkan satelit buatan dan kapal angkasa ke angkasa lepas
Kapal angkasa lepas
Kapal angkasa yang membawa angkasawan ke angkasa lepas
Stesen angkasa lepas
Tempat di mana angkasawan menjalankan penyelidikan saintifik di angkasa lepas
Prob angkasa lepas
Kapal angkasa tanpa manusia yang mengumpul maklumat tentang bulan dan planet-planet lain
Satelit
Objek yang diletakkan di orbit untuk mengumpul maklumat tentang angkasa lepas atau untuk tujuan komunikasi dan ramalan cuaca
APLIKASI TEKNOLOGI ANGKASA LEPAS
Ramalan cuaca
Digunakan untuk meramal cuaca dan iklim di bumi
Telekomunikasi
Membolehkan komunikasi global melalui internet dan siaran langsung peristiwa di televisyen
Navigasi
Untuk membantu navigasi lalu lintas di lautan dan udara
Untuk menentukan kedudukan kapal dan kapal terbang
Tujuan ketenteraan
Digunakan oleh pihak tentera untuk tujuan keselamatan dan pertahanan
Penderiaan jauh
Untuk mengesan dan menentukan lokasi sumber alam semula jadi seperti mineral, bijih logam, dan petroleum
Untuk menentukan tanah yang sesuai bagi kegiatan pertanian
Untuk meramal bencana alam bagi langkah berjaga-jaga
Untuk memantau aktiviti pembalakan dan pembakaran hutan