Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
sains tingkatan 1 (sainsialah kajian sistematik ke atas alam semula jadi…
sains tingkatan 1
sainsialah kajian sistematik ke atas alam semula jadi dan bagaimana ilmu pengetahuan ini mempengaruhi kehidupan dan persekitaran kita
kepentingan sains ialah dapat memahami diri kita sendiri ,memahami alam sekitar,menjadikan kehidupan kita lebih selesa
simbol simbol amaran ialah bahan mudah terbakar ,bahan mudah meletop,toksik atau beracun,bahan mengakis,bahan yang merangsa,bahan radioaktif.
kuantiti fizik dan unitnya -mengukur merupakan satu kemahiran yang penting dalam penyiasatan saintifik -kaedah pengukuran kuantiti fizik yang terawal kebanyakannya tidak tepat dan tidak konsisten .unit pengukuran yang digunakan juga berbeza dari satu negara ke satui negara yang lain
imbuhan awalan digunakan untuk menyatakan kuantiti fizik yang sama ada terlalu besar dan terlalu kecil .
imbuhan awalan ditambah di hadapan unit SI untuk menukar nilai unit tersebut .
\
berat dan jisim adalah dua kuntiti yang berbeza walaupun kadangkala menggunakannya secara bertukar ganti dalam kehidupan harian .
sel adalah unit paling asas organisma hidup yang dapat berfungsi dengan sendirinya.sel merupakan unit binaan suatu organisma .sel menjalankan proses-proses hidup seperti respirasi,pembahagian,perkhumuhan ,pencernaan ,pembiakan dan pertumbuhan.
sel terdiri daripada membran yang mengandungi bahan hidup protoplasma dan ia terdiri daripada nukleus dan sitoplasma
-
kepelbagaian sumber di bumi kerak bumi mengandungi pelbagai sumber semula jadi berguna yang diperlukan untuk kehidupan dan kegunaan harian .sumber sumber ini pnting untuk hidupan di bumi meneruskan kesinambungan hidup.sumber semula jadi ialah sumber yang wujud secara semula jadi di bumi dan tidak dapat dibuat oleh manusia
unsur ,sebatian dan campuran
-unsur ialah jirim dalam bentuk yang paling ringkas. bahan tulen yang tidak dapat dibahagikan kepada bahan yang lebih ringkas lagi sama ada melalui proses fizikal atau tindak balas kimia .
atom adalah zarah paling kecil dalam suatu unsur
sebatian terbentuk apabila dua atau lebih unsur bergabung secara kimia melalui tindak balas kimia .molekul merupakan zarah zarah paling kecil dalam suatu sebatian .molekul dalam sebatian tidak lagi mempunyai sifat sifat unsurnya yang asal.
campuran terbentuk daripada dua atau lebih bahan yang bercampur secara fizik.komponen komponen dalam suatu campuran boleh dipisahkan secara fizik kerana komponen itu tidak bergabung melalui tindak balas kimia
kepentingan memelihara dan memulihara sumber bumi pemeliharaan sumber merupakan suatu tindakan yang dilakukan untuk mengekalkan sumber di bumi seperti keadaan asalnya .pemuliharaan sumber merujuk kepada penggunaan lestari sumber dan pengurusan sumber asli untuk mengelakkan pembaziran ,kehilangan atau pemusnahan sumber.
udara disekeliling kita
-komposisi udara udara ialah satu campuran jirim dalam keadaan gas .oleh itu ,udara mempunyai jisim dan memenuhi ruang .udra tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasa kehadirannya .
udara merupakan satu campuran pelbagai jenis gas .gas gas ini termasuklah nitrogen ,oksigen,karbon dioksida dan gas nadir yang hadir dalam nisbah yang tidak tetap dan bergantung kepada kawasan .
udara ialah satu campuran ini adalah kerana :-komponen dalam udara dapat diasingkan dengan mudah .-setiap komponen dalam udara masih mempunyai ciri asalnya .udar terbentuk daripada campuran gas nitrogen ,oksigen,karbon dioksida ,gas nadir dan wap air .-nisbah komponen dalam udara adalah tidak tetap ,bergantung kepada kawasan dan keadaan sekeliling
udara mengandungi wap air ,mikroorganisma dan habuk
-kuantiti komponen komponen ini adalah kecil dan sering berubah ,bergantung kepada masa dan tempat .
-mikroorganisma dalam udara adalah terlalu seni untuk dilihat dengan mata kasar .mikroskop diperlukan untuk melihatnya.
- 1 more item...
sumber tenaga -sesuatu benda dikatakan mempunyai tenaga jika benda itu boleh melakukan kerja .tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja .
unit bagi tenaga ialah joule [J] .
tenaga membolehkan suatu benda tumbuh ,memanaskan badan kita dan meneruskan kehidupan .tanpa tenaga ,semua benda hidup tidak akan hidup
pelbagai bentuk tenaga
-tenaga berfungsi merupakan satu bentuk tenaga yang melibatkan kerja sedang dilakukan .kesan perubatan tenaga dapat dilihat .
antaranya ialah tenaga bunyi,tenaga cahaya,tenaga haba,tenaga kinetik ,tenaga elektrik.
tenaga kinetik ialah tenaga daripada suatu objek ynag bergerak .semua objek yang bergerak mempunyai tenaga kinetik.semakin laju suatu objek yang bergerak ,semakin besar tenaga kinetiknya .semua objek yang pegun mempunyai tenaga kinetik sifar.
tenaga keupayaan ialah tenaga yang tersimpan dalam sesuatu objek disebabkan oleh kedudukan atau keadaanya .semua objek yang berada atas dari tanah mempunyai tenaga keupayaan graviti.
tenaga kimia ialah tenaga yang tersimpan dalam sesuatu bahan seperti makanan dan bahan api.apabila suatu bahan kimia mengalami tindak balas kimia ,tenaga kimia yang tersimpan akan dibebaskan dan dipindahkan kepada bentuk tenaga yang lain .
tenag bunyi dihasilkan oleh objek yang bergetar .tenaga bunyi boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain dalam bentuk gelombang melalui medium seperti udara ,cecair atau pepejal
tenaga haba ialah tenaga yang terdapat dalam objek yang panas .
tenaga haba boleh menaikkan suhu sesuatu objek.
tenaga cahaya ialah tenaga dipancarkan oleh objek yang bercahaya .tenaga cahaya membolehkan kita melihat benda disekeliling kita.
tenaga elektrik dihasilkan daripda cas cas elektrik yang bergerak melalui konduktor elektrik atau dawai.
tenaga nuklear tenaga yang tersimpan dalam nukleus suatu atom
sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui
-sumber tenaga yang boleh diperbaharui merupakan sumber tenaga yang tidak akan habis digunakan .contoh :tenaga solar.
-sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui merupakan sumber tenaga yang tidak boleh diganti semula selepas digunakan .contoh :petroleum
- 1 more item...