Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 2 : PEREDARAN DARAH DAN PENGANGKUTAN (2.1 SISTEM PENGANKUTAN DALAM…
BAB 2 : PEREDARAN DARAH DAN PENGANGKUTAN
2.1 SISTEM PENGANKUTAN DALAM MANUSIA
Jantung merupakan antara organ yang paling penting dalam badan manusia. Jantung juga adalah organ yang tidak pernah berhenti berdegup dalam menjalankan tugas mengepam darah ke seluruh badan.
Jantung adalah berbentuk kon. Genggam jari anda sebesar penumbuk, dan itulah lebih kurang saiz jantung kita. Dikatakan bahawa jantung juga akan berhenti berdegup seketika semasa kita bersin. Jadi, jangan bersin lama-lama, takut nanti jantung berhenti terus. LOL!
Jantung juga merupakan organ pertama yang tercipta saat pembentukan bayi, iaitu kira-kira 4 minggu setelah bercantumnya sperma dan ovum. Pusaran cap jari kita terbentuk kerana pergerakan dan saluran darah semasa kita bayi dulu!
ARTERI
Arteri adalah salur darah yang tebal dan membawa darah keluar dari jantung. Kenapa perlu tebal? Sebab tekanan tinggi diperlukan untuk mengepam darah ke seluruh badan. Kalau nipis, mungkin salur akan pecah akibat tak mampu menanggung tekanan tersebut.
VENA
Vena adalah salur darah yang membawa darah ke jantung. Uniknya vena, kerana ia nya mempunyai struktur "penghalang" disebut sebagai injap. Injap akan menghalang darah tidak beroksigen daripada berpatah balik dan bercampur dengan darah yang beroksigen.
KAPILARI DARAH
Kapirlari adalah salur darah yang paling kecil. Salur darah ini sangat nipis, dan ini membenarkan berlakunya pertukaran bahan-bahan antara darah dan badan.
2.2 DARAH MANUSIA
KOMPONEN DARAH DAN FUNGSINYA.
SEL DARAH PUTIH
Sel darah putih pula adalah sel yang tidak mempunyai bentuk
yang tetap dan mempunyai nukleus.
Sel darah putih berfungsi untuk melawan jangkitan penyakit.
PLATLET
Platlet pula ialah serpihan kecil sel yang pecah dan berbentuk tidak sekata.
Platlet tidak mempunyai mukleus dan berfungsi untuk membantu
dalam pembekuandarah untuk menghentikan pendarahan.
SEL DARAH MERAH
Sel darah merah mengandungi pigmen merah, iaitu hemoglobin. Sel darah merah berbentuk cekera dwicekung dan tidak bernukleus. Sel darah merah berfungsi untuk mengangkut oksigen dalam hemoglobin ke seluruh badan. Jangka hayatnya adalah selama 120 hari.
PLASMA
Plasma pula mengandungi 90% air dan 10% bahan terlarut seperti makanan tercerna, garam mineral, vitamin serta bahan kumuh. Plasma berfungsi untuk mengekalkan suhu badan, membawa hormon ke tisu-tisu badan, mengangkut makanan tercerna ke sel-sel dan mengangkut hasil perkumuhan dari sel-sel.
KUMPULAN DARAH MANUSIA,,,
Darah manusia dapat dikelaskan kepada empat kumpulan yang berbeza.Keempat-empat kumpulan itu ialah A,B,AB, dan O.
Penderma Universal
Kumpulan darah O boleh menderma kepada SEMUA kumpulan darah, tetapi hanya boleh menerima daripada kumpulan darah O sahaja.
Oleh itu kumpulan darah O juga dikenali sebagai Penderma Universal kerana boleh mendermakan darahnya kepada semua kumpulan.
Penerima Universal
Mankala Kumpulan darah AB pula boleh menerima daripada SEMUA kumpulan darah, tetapi hanya boleh menderma kepada kumpulan AB sahaja.
Oleh itu kumpulan darah AB juga dikenali sebagai Penerima Universal kerana boleh menerima darahnya daripada semua kumpulan.
2.3 SISTEM PENGANGKUTAN DALAM TUMBUHAN
Sistem pengangkutan dalam tumbuhan adalah untuk membantu membawa bahan-bahan ke seluruh bahagian tumbuhan. Ia nya terdiri daripada tiub-tiub nipis yang dipanggil berkas vaskular dan boleh ditemui dalam batang, daun dan akar.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR TRANSPIRASI
1.
cahaya
meransang pembukaan stoma dan meningkatkan kadar transpirasi .
2.
suhu.
molekul air bergerak lebih pantas di da;am udara panas .oleh sebab itu ,kadar transpirasi meningkat
3.
kelembapan relatif.
kadar khilangan air brgantung pada perbezaan kepekkatan molekul air di dalam daun dan di atmosfera .kelembapan relatif yang tinggi mengurangkan kadar kehilangan air.
4.
kelajuan angin.
peningkat dalam kelajuan angin meningkatkan kadar transpirasi kerana pergerakan udara membawa bersama wap air dari stoma
5.
ketersediaan air.
kekuranggan bekalan air menyebabkan tumbuhan menjadi layu dan stoma tertutup .keadaan ini mengurangkan kadar transpirasi
6.
altitud.
di gunung,tekanan atmosfera adalah rendah lalu menyebabkan peningkatan dalam kadar transpirasi .
Transpirasi pula adalah proses kehilangan air dari daun ke persekitaran melalui stomata dalam bentuk wap air.
Air hilang dalam kuantiti kecil melalui penyejatan dari permukaan bunga dan juga lentisel pada batang.Namun, hampir 90% air hilang adalah dalam bentuk wap air dan kebanyakkan nya hilang melalui liang-liang kecil pada permukaan daun, yang dikenali sebagai stomata.
Stomata adalah liang kecil pada permukaan daun yang dikawal oleh sel pengawal yang berbentuk seperti kacang. Berfungsi untuk membenarkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida semasa fotosintesis dan juga respirasi. Selain itu, stomata juga berfungsi untuk menyingkirkan wap air semasa transpirasi.
Struktur floem berada pada bahagian luar berkas vaskular. Floem berfungsi untuk mengangkut hasil fotosintesis (glukosa) dari daun ke seluruh bahagian tumbuhan.
Manakala struktur xilem pula boleh ditemui pada bahagian dalam berkas vaskular. Xilem berfungsi untuk mengangkut air dan mineral terlarut dari akar ke daun. Selain itu ia nya juga memberi sokongan kepada tumbuhan.
XILEM.
fungsi utama xilem ialah mengangkut air dan aram mineral dari akar ke batang dan daun .xilem memberikan sokongan kepada tumbuhan.xilem terdiri terutamanya daripada
vesel
,iaitu tiub memanjang dengan dinding yang tebal.dindingnya diperkukuh dengan bahan yang disebut sebagai
lignin.
vesel xilem ialah struktur mati tanpa kandungan protoplasma dan dinding melintang.
**FLOEM.
* floem mengangkut bahan makanan dari satu bahagian tumbuhan ke bahagian tumbuhan yang lain
.sebahagian besar floem terdiri daripada
tiub tapis
.tiub tapis ialah sel hidup tanpa nukleus .dindingmelintang tiub tapis mempunyai lubang dengan liang yang dinamakan
plat tapis.
setiap tiub tapis mempunyai
sel rakan
bersebelahan dengannya.