Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 2:PEREDARAN DARAH & PENGANGKUTAN (SISTEM JANTUNG MANUSIA (Septum,…
BAB 2:PEREDARAN DARAH & PENGANGKUTAN
SISTEM JANTUNG MANUSIA
Septum
Ventrikel kiri
Injap sabit
Injap bikuspid
Ventrikel kanan
Atrium kiri
Injap trikuspid
Vena pulmonari (mengangkut darah daripada peparu)
Atrium kanan
Arteri pulmonari (mengangkut darah ke peparu)
Vena kava (vena utama yang mengangkut darah ke jantung)
Aorta (arteri utama yang mengangkut darah ke seluruh badan)
PERBEZAAN ANTARA ARTERI, VENA & KAPILARI
Arteri
Kadar pengaliran darah : laju & di bawah tekanan tinggi
Saiz lumen : kecil
Jenis darah yang diangkut : darah beroksigen kecuali arteri pulmonari
Ketebalan dinding : tebal, berotot & elastik
Fungsi : mengangkut darah keluar dari jantung
Injap : tiada (kecuali arteri pulmonari)
Struktur : lapisan otot tebal & lumen kecil
Vena
Kadar pengaliran darah : perlahan & di bawah tekanan rendah
Saiz lumen : besar
Jenis darah yang diangkut : darah terdeoksigen kecuali arteri pulmonari
Ketebalan dinding : nipis, kurang berotot & kurang elastik
Fungsi : mengangkut darah ke jantung
Injap : Ada
Struktur : lapisan otot yang nipis & lumen besar
Kapilari
Kadar pengaliran darah : sangat perlahan & di bawah tekanan rendah
Saiz lumen : sangat kecil
Jenis darah yang diangkut : mengangkut darah beroksigen ke sel-sel badan & darah terdeoksigen dari sel-sel badan
Ketebalan dinding : poros & sangat nipis
Fungsi : menghubungkan arteri dengan vena
Injap : tiada
Struktur : dinding setebal satu sel & lumen yang sangat kecil
PEREDARAN PULMONARI & PEREDARAN SISTEMATIK
Peredaran pulmonari
Mengangkut darah daripada jantung ke peparu dan balik ke jantung
Memastikan darah yang kurang oksigen menerima bekalan oksigen segar daripada peparu
Peredaran sistematik
Mengangkut darah daripada jantung ke seluruh badan dan balik ke jantung
Memastikan sel-sel an tisu badan menerima darah beroksigen dan sisa hasil metabolisma seperti karbon dioksida disingkirkan
KOMPONEN DARAH & FUNGSINYA
Plasma
Cecair pucat kekuningan
Mengandungi bahan terlarut seperti garam mineral, protein, nutrien, bahan buangan, vitamin, hormon & antibodi
Bertindak sebagai medium pengangkut bagi bahan terlarut
Mengekalkan suhu badan pada 37 °C
Sel darah merah (eritrosit)
Sel berbentuk dwicekung dan tiada nukleus
Dihasilkan di sumsum tulang
Mengangkut oksigen ke sel-sel badan
Sel darah putih (leukosit)
Berbentuk tidak tetap dan bernukleus
Dihasilkan di sumsum tulang dan limfa
Melindungi badan daripada penyakit dan melawan jangkitan
Menghasilkan antibodi
Platelet
Serpihan-serpihan kecil sel
Berbentuk tidak tetap
Tiada nukleus
Membantu dalam pembekuan darah
KUMPULAN DARAH & KESERASIAN
O
Boleh menderma darah kepada orang dari semua kumpulan darah (penderma universal)
B
Boleh menderma darah kepada orang dari kumpulan darah B dan AB tetapi hanya boleh menerima darah dari kumpulan darah B dan O
AB
Boleh menerima darah daripada orang dari semua kumpulan darah (penerima universal)
A
Boleh menderma darah kepada orang dari kumpulan darah A dan Ab tetapi hanya boleh menerima darah daripada kumpulan darah A dan O
TISU PENGANGKUT DALAM TUMBUHAN
Tisu xilem
Mengangkut air & garam mineral terlarut
Membentuk tisu berkayu & menyediakan sokongan kepada tumbuhan
Tisu floem
Mengangkut makanan (glukosa) yang dihasilkan oleh daun hijau semasa fotosintesis ke seluruh bahagian produk
Terbina daripada tisu lembut
TRANSPIRASI
Definisi
Proses kehilangan air dalam bentuk wap air melalui stoma tumbuhan
Sel pengawal
Mengawal pembukaan & penutupan liang stoma
Stoma
Membenarkan pertukaran gas seperti oksigen & karbon dioksida
Membenarkan penyejatan air melalui daun semasa tranpirasi
Faktor yang mempengaruhi transpirasi
Suhu
Kelembapan udara
Keamatan cahaya
Pergerakan udara
KEPENTINGAN TRANSPIRASI KEPADA TUMBUHAN
Membantu dalam penyerapan & pengangkutan air & garam mineral dalam tumbuhan
Membantu menyingkirkan air yang berlebihan daripada tumbuhan
Membantu menyejukkan tumbuhan pada hari yang panas