Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 8: SOKONGAN DAN PERGERAKAN (PELBAGAI STRUKTUR SOKONGAN DALAM TUMBUHAN,…
BAB 8: SOKONGAN DAN PERGERAKAN
SISTEM SOKONGAN DALAM VERTEBRATA
Fungsi rangka dalam
menyokong berat badan
mengekalkan bentuk badan
melindungi organ dalaman
tempat bagi perlekatan otot
Vertebrata darat
Lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis besar dan kuat
Berat vertebrata darat disokong oleh lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis
Contoh: gajah
Vertebrata akuatik
Lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis kecil dan lemah
Berat vertebrata akuatik disokong oleh daya keapungan air
Contoh: ikan paus
SISTEM SOKONGAN DALAM INVERTEBRATA
RANGKA LUAR
Fungsi rangka luar
menyokong badan
mengekalkan bentuk badan
membantu pergerakan
melindungi organ dalaman
Invertebrata darat
Rangka luar serangga diperbuat daripada bahan keras disebut kitin
Contoh: belalang, cengkerik & lipas
Invertebrata akuatik
Rangka luar invertebrate akuatik keras dan diperbuat daripada kalsium karbonat
Contoh: ketam, tiram & udang karang
RANGKA HIDROSTATIK
Fungsi rangka hidrostatik
menyokong badan yang lembut
mengekalkan bentuk badan
membenarkan pergerakan
Invertebrata darat
Bendalir badan bertindak sebagai rangka hidrostatik
Contoh: cacing tanah, pacat & beluncas
Invertebrata akuatik
Selain daripada rangka hidrostatik, berat invertebrata akuatik juga disokong oleh daya apungan air
Contoh: obor-obor, tapak sulaiman & buran laut
SISTEM SOKONGAN DALAM TUMBUHAN
Tumbuhan berkayu
Disokong oleh tisu berkayu yang keras yang terbentuk daripada sel-sel xilem sekunder
Tumbuhan herba
Disokong oleh kesegahan sel.Air yang tersimpan di dalam sel tumbuhan mengenakan tekanan ke atas dinding sel lalu menjadikan batang tumbuhan keras dan segah
Tumbuhan akuatik
Disokong oleh daya keapungan air.Tumbuhan akuatik mempunyai batang yang lembut dengan banyak ruang udara.Ruang udara menjadikan tumbuhan akuatik ringan dan terapung dalam air
PELBAGAI STRUKTUR SOKONGAN DALAM TUMBUHAN
Akar mendapan
Akar yang berpaut pada pokok lain untuk sokongan
Contoh: pokok orkid
Akar sokong
Akar yang tumbuh daripada batang atau dahan ke dalam tanah untuk sokongan tambahan
Contoh: pokok jagung
Akar banir
Akar sokong besar yang tumbuh daripada batang pokok di atas permukaan tanah
Contoh: pokok angsana
Akar jangkang
Akar yang terbentuk daripada batang utama dan tumbuh ke dalam tanah untuk sokongan mekanikal
Contoh: pokok bakau
Duri
Duri bertindak sebagai cangkuk yang melekat pada penyokong
Contoh: pokok bunga ros
Sulur paut
Struktur seperti benang kerinting yang melilit pada penyokong
Contoh: pokok timun
Batang melilit
Batang memanjat yang melilit pada penyokong
Contoh: pokok peria
Pundi udara
Struktur seperti belon kecil yang berisi udara yang menjadikan batang ringan
Contoh: Rumpai laut perang