Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Peredaran darah dan Pengangkutan (Sistem pengangkutan dalam tumbuhan (Tisu…
Peredaran darah dan Pengangkutan
Sistem pangangkutan dalam manusia
Sistem pengangkutan dalam manusia disebut sistem peredaran dan terdiri daripada jantung,salur darah dan darah
Struktur luar jantung manusia
Arteri pulmonari
Aorta
Atrium kanan
Vena pulmonari
Atrium kiri
Ventrikel kanan
Arteri koronari
Vena koronari
Ventrikel kiri
Urutan tindakan pengenapan jantung
1.Darah dari badan mengalir ke dalam atrium kanan manakala darah dari peparu mengalir ke dalam atrium kiri
2.Kedua-dua atrium mengecut dan menolak darah melalui injap ke ventikel
3.Kedua-dua ventrikel mengecut dan menolak darah ke dalam arteri pulmonari dan aorta.Injap ditutup untuk menghalang darah mengalir balik ke atrium
Tiga jenis salur darah
Vena
Lumen besar
Dinding otot nipis
Ada injap
Mengangkut darah masuk ke jantung
Arteri
Lumen kecil
Dinding otot tebal
Tiada injap
Mengangkut darah keluar dari jantung
Kapilari
Sistem peredaran darah manusia
1.Darah terdeoksigen dari seluruh bahagian badan kecuali peparu dibawa oleh vena kava ke atrium kanan jantung
2.Apabila atrium kanan telah penuh,dinding ototnya mengecut.Darah didesak masuk ke dalam ventrikel kanan melalui injap trikuspid
3.Ventrikel kanan mengecut.Injap tertutup dan darah terdeoksigen ditolak keluar melalui arteri pulmonari dan dibawa ke peparu
4.Pertukaran gas berlaku di peparu.Darah beroksigen kembali ke atrium kiri melalui vena pulmonari
5.Apabila atrium kiri telah penuh,dinding ototnya akan mengecut.Darah beroksigen didesak masuk ke dalam ventrikel kiri melalui injap bikuspid
6.Apabila ventrikel kiri penuh,dinding ototnya mengecut.Injap tertutup dan darah didesak keluar melalui aorta dan dibawa ke seluruh bahagian badan
Darah manusia
Plasma
Membentuk 55% daripada jumlah isipadu darah
Cecair berwarna kuning muda terdiri daripada 90% air dan 10% bahan terlarut seperti glukosa,asid amino,garam mineral,protein darah,hormon dan bahan buangan
Komponen sel
Sel darah merah
Dihasilkan di sumsum tulang
Bentuk dwicekung
Tiada nukleus
Mengangkut oksigen
Tempoh hayat 120 hari
Sel darah putih
Dihasilkan di sumsum tulang dan nodus limfa
Bentuk tidak sekata
Ada nukleus
Melindungi badan daripada penyakit dan melawan jangkitan
Tempoh hayat 2-4 hari
Platlet
Dihasilkan di sumsum tulang
Bentuk serpihan kecil
Tiada nukleus
Membantu pembekuan darah
Tempoh hayat 4 hari
Fungsi
Membawa gas terlarut seperti oksigen dan karbon dioksida,bahan makanan tercerna seperti glukosa dan asid amino,mineral,hormon dan bahan buangan dari satu bahagian badan ke bahagian lain.Oksigen dibawa oleh sel darah merah manakala yang lainnya dibawa dalam plasma darah
Darah mengekalkan suhu badan.Haba disebarkan dari hati ke seluruh badan oleh plasma darah
Darah beroksigen
Dibawa semua arteri kecuali arteri pulmonari
Warna merah cerah
Mengandungi oksigen dalam bentuk oksihemoglobin
Banyak dalam darah yang meninggalkan peparu
Darah terdeoksigen
Dibawa semua vena kecuali vena pulmonari
Warna merah gelap
Mengandungi kurang oksigen tetapi lebih karbon dioksida
Banyak dalam darah dari semua bahagian badan kecuali peparu
Kumpalan darah
Individu berkumpulan darah O digelar sebagai penderma universal.Dia boleh menderma kepada kumpulan darah yang lain
Individu berkumpulan darah AB digelar sebagai penerima universal.Dia boleh menerima darah daripada semua kumpulan
Pemindahan darah daripada penderma kepada penerima diseubut transfusi darah
Sistem pengangkutan dalam tumbuhan
Pengangkutan makanan
Makanan yang dihasilkan dalam daun melalui fotosintesis bergerak keluar melalui tisu floem
Makanan(glukosa) bergerak ke pucuk untuk pertumbuhan
Makanan bergerak ke bawah melalui tisu floem ke akar
Glukosa diguna oleh sel-sel akar atau disimpan sebahai kanji dalam akar
Pengangkutan air
Air dan mineral terlarut diserap oleh rambut akar
Air diangkut ke atas melalui tisu xilem
Air mengekalkan kesegahan sel dalam daun.Ia juga digunakan untuk fotosintesis
Air tersejat sebagai wap air melalui stoma semasa transpirasi
Pengagihan tisu
Daun
Keratan rentas daun
Batang
Keratan rentas batang
Akar
Keratan rentas akar
Tisu xilem
Terdiri daripada salur xilem (sel mati) tanpa nukleus atau sitoplasma
Membentuk tiub panjang dan berdinding tebal
Membentuk tisu berkayu tumbuhan
Membekalkan sokongan mekanikal pada tumbuhan
Mengangkut air dan mineral terlarut dari akar ke batang dan daun-daun
Tisu floem
Terdiri daripada sel-sel hidup
Sel-sel floem disusun membentuk tiub panjang dengan dinding di antaranya
Mengangkut makanan(glukosa) dari daun-daun ke seluruh bahagian tumbuhan
Stoma biasanya terbuka apabila pada waktu siang untuk membenarkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida semasa fotosintesis dan respirasi
Faktor mempengaruhi kadar transpirasi
Keamatan cahaya
Suhu
Kelembapan
Pergerakan udara
Transpirasi ditakrifkan sebagai kehilangan air oleh tumbuhan dalam bentuk wap air melalui stoma pada daun ke persekitaran.Kadar transpirasi boleh diukur dengan potometer berat dan potometer gelembung
Penyerapan dan pengangkutan air dalam tumbuhan
1.Rambut akar menyerap air dan mineral terlarut dari tanah
2.Air dan mineral bergerak dari satu sel ke sel lain dalam akar sehingga sampai ke salur xilem
3.Air dan mineral bergerak perlahan-lahan melalui salur xilem ke batang dan daun
4.Air bergerak ke dalam daun.Air tersejat dari sel-sel daun sebagai wap air melalui liang stoma