Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 4: SALING BERSANDARAN ANTARA ORGANISMA HIDUP DENGAN PERSEKITARAN…
BAB 4: SALING BERSANDARAN ANTARA ORGANISMA HIDUP DENGAN PERSEKITARAN
SPESIES
Organisma yang mempunyai ciri-ciri yang sama.Individu daripada spesies yang sama boleh membiak untuk menghasilkan anak
POPULASI
Sekumpulan organisma daripada spesies yang sama yang tinggal dalam habitat yang sama
KOMUNITI
Beberapa populasi organisma yang hidup bersama dalam satu habitat
EKOSISTEM
Terdiri daripada benda hidup dan benda bukan hidup dalam satu habitat
INTERAKSI ANTARA ORGANISMA HIDUP
Mangsa-pemangsa (pemangsa yang biasanya haiwan yang lebih besar membunuh dan makan haiwan kecil)
Persaingan (organisma bersaing untuk mendapatkan makanan, air, tempat perlindungan & pasangan)
Intraspesies (persaingan antara organisma yang sama spesies)
Interspesies (persaingan antara organisma berlainan spesies)
Simbiosis
Komensalisme (satu organisma mendapat faedah dan yang satu lagi tidak mengalami sebarang kerugian)
Contoh: ikan remora menumpang pada badan ikan yu untuk memperoleh makanan & perlindungan)
Mutualisme (kedua-dua organisma mendapat faedah)
Contoh: burung gembala kerbau akan mendapat makanan dengan memakan kutu & pacat pada badan kerbau manakala kerbau pula lebih selesa & sihat tanpa kutu & pacat
Parasitisme (satu organisma mendapat faedah dan yang satu lagi rugi
Contoh: cacing pita di dalam usus kecil manusia
KEBAIKAN & KEBURUKAN KAWALAN BIOLOGI
Kebaikan
Tidak mahal & selamat
Tidak menyebabkan pencemaran
Tidak memberi kesan ke atas organisma lain
Keburukan
Masa yang lebih lama diperlukan berbanding penggunaan racun serangga
Sukar dikawal kerana melibatkan penggunaan organisma hidup
Memerlukan pengurusan & perancangan yang lebih teliti
SIRATAN MAKANAN
Terdiri daripada beberapa rantai makanan yang berkait
Satu rantai makanan terdiri daripada pengeluar, pengguna & pengurai
PENGELUAR
Tumbuhan hijau yang membuat makanan sendiri dengan menjalankan proses fotosintesis
PENGGUNA
Haiwan yang memakan tumbuhan atau haiwan yang lain
PENGGUNA PRIMER
Haiwan yang memakan tumbuhan sahaja
Pengurai (bakteria, kulat & cendawan)
Organisma yang menguraikan bangkai haiwan & tumbuhan yang mati
PIRAMID NOMBOR
Rajah yang menunjukkan bilangan organisma pada setiap peringkat rantai makanan
Haiwan di aras tertinggi biasanya mempunyai saiz badan yang lebih besar
FOTOSINTESIS
Proses yang dilakukan oleh tumbuhan hijau untuk menghasilkan glukosa (makanan) & oksigen daripada karbon dioksida & air dengan kehadiran cahaya matahari
Tumbuhan memerlukan cahaya, karbon dioksida, klorofil & air untuk menjalankan fotosintesis
KEPENTINGAN FOTOSINTESIS
Membekalkan makanan kepada manusia & haiwan
Membekalkan oksigen kepada persekitaran
Menyingkirkan karbon dioksida daripada persekitaran
KEPENTINGAN PEMULIHARAAN & PEMELIHARAAN HIDUPAN
Hutan simpanan
Kitar semula
Pusat pembiakan
Tanam semula
Penguatkuasaan
PERANAN MANUSIA DALAM MENGATASI KESEIMBANGAN ALAM
Pencemaran air
Elakkan penggunaan baja berlebihan
Pencemaran udara
Kawalan biologi perlu digunakan bagi menggantikan penggunaan racun perosak
Kepupusan spesies
Larang pemburuan haram
Kesan rumah hijau
Elakkan pembakaran terbuka & cegah kebakaran hutan