Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bab 4 Saling bersandaran antara organisma hidup dengan persekitaran (4.2…
Bab 4 Saling bersandaran antara organisma hidup dengan persekitaran
4.1 Saling bersandaran antara organisma hidup
Ekosistem:beberapa komuniti yang saling bersandaran dan berinteraksi antara satu dengan yang lain dan benda bukan hidup.
Komuniti:terdiri daripada beberapa populasi haiwan dan tumbuhan yang hidup bersama-sama dan saling bersandaran antara satu dengan yang lain.
Spesies:Organisma yang mempunyai ciri dan rupa bentuk yang sama juga membiak untuk menghasilkan anak.
Habitat:Tempat hidup semula jadi untuk organisma.Organisma mendapat makanan,perlindungan dan tempat pembiakan di habitatnya.
Populasi:Organisma yang sama hidup bersama-sama
4.2 Interaksi antara organisma hidup
Mangsa:Satu daripada contoh interaksi antara organisma hidup.
Pemangsa:Organisma yang memburu dan memakan organisma lain yang disebut mangsa.
Persaingan:Organisma bersaing antara satu dengan yang lain untuk mendapatkan keperluan hidup yang sama.Terbahagi kepada dua jenis iaitu intraspesies dan intrespesies.Intraspesies persaingan organisma sama spesies manakala interspesies persaingan organisma berlainan spesies.
Simbiosis ialah interaksi antara dua spesies yang berlainan yang hidup bersama.Terdapat organisma yang mendapat faedah besama,sendiri dan tidak mendapat faedah
Komensalisme:Interaksi antara dua organisma dengan satu organisma mendapat faedah dan lagi satu tidak mendapat apa-apa
Mutualisme:Interaksi antara dua organisma mendapat faedah
Parasitisme:Interaksi antara dua organisma dimana satu organisma mendapat faedah dan satu lagi mendapat kerugian.
Kawalan biologi:Mengawal populasi perosak tanaman tanpa menggunakan racun serangga tetapi menggunakan musuh semula jadi perosak.
Kepentingan interaksi antara organisma hidup:Interaksi antara organisma penting bagi mengekalkan suatu populasi.
4.3 Siratan makanan
Siratan makanan adalah gabungan beberapa rantai makanan.
Satu rantai makanan terdiri daripada pengeluar,pengguna dan pengurai.
Pengeluar=tumbuhan hijau
Pengguna primer=haiwan yang memakan tumbuhan
Pengguna sekunder=haiwan yang memakan pengguna primer
Pengguna tertier=haiwan yang memakan pengguna sekunder
Pengurai=Organisma yang menguraikan bangkai atau tumbuhan yang mati kepada bahan yang ringkas
Contoh: Padi:arrow_right:Tikus:arrow_right:Ular:arrow_right:Helang.
Piramid nombor adalah keseimbangan siratan makanan yang dinyatakan dalam bentuk piramid mengikut kelas-kelasnya.