Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Tingkatan 3 (BAB 6) (2.6 Sifat-sifat Mineral (Sifat Fizik Mineral (1)…
Tingkatan 3 (BAB 6)
2.6 Sifat-sifat Mineral
1) Kebanyakan mineral masih kekal wujud dan tidak berubah dalam kerak Bumi (Earth crust) kerana mineral biasanya keras (hard) dan tidak larut (do not dissolve) dalam air.
2) Sifat sesuatu mineral bergantung kepada kandungan dan susunan atom dalam mineral tersebut.
Sifat mineral boleh dibahagikan kepada:
1) Sifat fizik (physical characteristics) seperti warna, kekerasan, kekilauan, dan bentuk hablur.
2) Sifat kimia (chemical characteristics) seperti keterlarutannya dalam air, tindak balas secara kimia dan tindakan haba ke atasnya.
Sifat Fizik Mineral
1) Mineral mempunyai warna yang berlainan.
2) Kekerasan (hardness) mineral merujuk kepada ketahanan terhadap hakisan (erosion) atau goresan (scratches).
Sifat Kimia Mineral
1) Kebanyakan mineral adalah tidak larut (do not dissolve) dalam air.
2) Mineral seperti oksida logam dan silikat biasanya tidak terurai (do not decompose) oleh haba.
5.6 Sebatian Silikon
1) Silikon (silicon) ialah unsur bukan logam yang kedua terbanyak ditemui dalam kerak Bumi (Earth crust).
2) Silikon tidak ditemui sebagai unsur bebas dalam semula jadi.
3) Silikon biasanya berpadu dengan unsur lain seperti ligam dan oksigen untuk membentuk sebatian silikon (silicon compound).
4) Silika (silica) dan silikat (silicate) merupakan sebatian silikon.
Silikat
1) Silikat ialah sebatian silikon yang mengandungi unsur silikon, logam, dan oksigen.
2) Silikat terbentuk apabila silikon bergabung dengan oksigen dan logam.
Silika
1) Silika juga dikenali sebagai silikon dioksida (silicon dioxide).
2) Silika terdiri daripada gabungan unsur silikon dan oksigen mengikut persamaan.
-
-
-
-
-