Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Dari Segregasi ke Integrasi (Pelbagai strategi (Strategi Persefahaman…
Dari Segregasi ke Integrasi
Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara.
Pemisahan itu berlaku dalam beberapa keadaan seperti kawasan tempat
tinggal, jenis pekerjaan, sistem persekolahan dan penerbitan akhbar mengikut bahasa ibunda masing-masing.
Integrasi ialah satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua kelompok etnik.
Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan etnik yang terpisah-pisah dari segi budaya, agama,sosial dan kawasan penempatan.
Menurut Ting (1987), integrasi ialah suatu proses yang sangat kompleks. Tahap-tahap
hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah, iaitu segregasi sehingga hubungan berbentuk sebati iaitu amalgamasi.
Cabaran dalam memupuk integrasi di Malaysia
faktor yang boleh mencetuskan perpecahan dalam masyarakat
prasangka
perkauman
diskriminasi,
stereotaip
rasisme
etnosentrisme
konflik berlaku disebabkan
kerumitan menanggung kos hidup yang terus meningkat,
perkhidmatan awam yang kurang memuaskan, pengangguran, kemiskinan, keterpinggiran dan ketidaksamarataan dalam masyarakat, gejala sosial yang berleluasa dan wujudnya banyak kumpulan samseng.
kemiskinan dan keterpinggiran
Persoalan asas adalah bagaimana perbezaan etnik itu diatasi, serta bagaimana kepentingan politik dan ekonomi disesuaikan dengan kehendak pelbagai etnik sehingga keharmonian dapat dicapai.
Peranan Kerajaan
Memupuk semangat hubungan etnik yang harmoni menjadi agenda utama kerajaan yang dilaksanakan menerusi perancangan dan pelaksanaan dasar-dasar tertentu.
Usaha-usaha ini diteruskan dengan
memperkenalkan konsep 1Malaysia
Konsep ini bertujuan untuk melahirkan bangsa Malaysia
yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang
dibawa oleh arus globalisasi.
Konsep ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai etnik di negara ini
Penubuhan Jabatan Perpaduan
negara dan integrasi nasional (JPnin)
sebuah badan yang ditubuhkan dan bertanggungjawab memupuk dan memelihara perpaduan antara kaum di negara ini.
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan sebagai usaha untuk memulihkan hubungan antara kaum kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969.
MAGERAN mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara untuk menangani isu berhubung pembinaan semula perpaduan kaum di negara ini
Selepas MAGERAN dibubarkan, Majlis Penasihat Perpaduan Negara ditubuhkan pada 23 Februari 1971 bagi memupuk dan memelihara perpaduan kaum.
Majlis Penasihat Perpaduan Negara diletakkan di
bawah tanggungjawab Jabatan Perpaduan Negara (JPN).
Antara tahun 1990 – 2004, JPN diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan seterusnya diletakkan semula di
bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).
Dasar-dasar Kerajaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar Ekonomi Baru
Dasar Pembangunan Negara
Dasar Wawasan Negara
Dasar Sosial Negara
Pelan tindakan JPNIN melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional 2005 – 2010 telah merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan lagi perpaduan dan integrasi nasional melalui pelbagai strategi
Pelbagai strategi
Strategi Persefahaman Politik
Strategi Keseimbangan Ekonomi
Strategi Sistem Pendidikan
Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan
Strategi Kepercayaan Agama
Strategi Kebudayaan
Strategi Integrasi Wilayah
Strategi Keselamatan
Strategi Pembangunan Kawasan
Strategi Penggunaan Tenaga Manusia
Strategi Media Massa
Strategi Kesukanan
Strategi Perpaduan dan Pertubuhan Sukarela
Strategi Penyelidikan dan Penerbitan Bahan Bacaan
Strategi Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik
Strategi Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara
(PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat
Negeri (JKPPN)
Strategi Program dan Aktiviti Perpaduan
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Memperkasakan Sekolah Wawasan
Memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Peranan Masyarakat dalam Konteks hubungan etnik
Rukun Tetangga
Rumah Terbuka
Penerimaan Budaya
Program di institusi Pengajian Tinggi (i
PT)
Peranan NGO dalam Konteks hubungan etnik