Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bab 7 : Dari Segregasi ke Integrasi (Dasar Kerajaan (Strategi Program dan…
Bab 7 : Dari Segregasi ke Integrasi
Dari Pengasingan ke Penyatuan
Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara
Pengalaman segregasi yang pernah dilalui rakyat negara ini turut sama dirasai oleh penduduk di Afrika Selat
Integrasi ialah satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua kelompok etnik.
Proses untuk mencapai sebuah masyarakat berintegrasi bukan sesuatu yang mudah dan dapat dicapai dalam waktu yang singkat
Hubungan ini seterusnya mampu mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman, serta mewujudkan semangat perpaduan antara pelbagai etnik.
Cabaran dalam Memupuk integrasi di Malaysia
Perpecahan juga boleh berlaku apabila
wujudnya konflik antara kumpulan masyarakat, kedudukan lokasi kelas, taraf pendidikan, kemahiran kerja, pendapatan dan budaya hidup yang sesetengahnya membatasi peluang mobiliti sosial mereka untuk keluar daripada golongan miskin
Faktor kemiskinan dan keterpinggiran
Mewujudkan keharmonian dalam kalangan etnik yang pelbagai
Peranan Kerajaan
Memupuk semangat hubungan etnik yang harmoni menjadi agenda utama kerajaan yang dilaksanakan menerusi perancangan dan pelaksanaan dasar-dasar tertentu
Penubuhan Jabatan Perpaduan
negara dan integrasi nasional (JPNIN)
Sebuah badan yang ditubuhkan dan bertanggungjawab memupuk dan memelihara perpaduan antara kaum di negara ini.
Isu perpaduan dan hubungan antara kaum merupakan agenda penting negara dalam memastikan kestabilan politik sentiasa terjamin.
Kerajaan telah menjadikan Rukun Negara sebagai tunjang kepercayaan dan kesetiaan rakyat berbilang kaum terhadap kepemimpinan negara.
Dasar Kerajaan
Strategi Persefahaman Politik
Mewujudkan langkah keselamatan dan undang-
undang juga adalah penting untuk mengawal dan mencegah pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan sesuatu kaum atau agama daripada melakukan kegiatan yang dapat menjejaskan keharmonian antara kaum dan menggugat kestabilan negara.
Strategi Keseimbangan Ekonomi
Menimbulkan ketegangan hubungan antara kaum selalunya dikaitkan dengan sentimen etnosentrisme, prejudis serta tanggapan dan kedudukan sosioekonomi antara kaum yang tidak seimbang.
Usaha kerajaan untuk mengurangkan dan membasmi
kemiskinan tanpa mengira kaum dan perbezaan wilayah perlu mendapat sokongan daripada sektor swasta supaya pengenalan kaum berdasarkan aktiviti ekonomi dapat dikurangkan
Strategi Sistem Pendidikan
Sistem pendidikan merupakan salah satu daripada alat terpenting dan berkesan bagi membina jati diri nasional, memupuk semangat kebangsaan, cinta kepada negara dan berperanan mengeratkan perpaduan.
Semangat perpaduan boleh diterapkan kepada pelajar bermula dalam lingkungan usia muda di samping menanam sikap dan nilai yang dapat melahirkan kesedaran nasional, semangat cinta dan bangga kepada negara dan perpaduan antara kaum.
Kerajaan juga membenarkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa ibunda kaum tertentu seperti bahasa Mandarin, Tamil, Iban dan Kadazan Dusun di peringkat sekolah rendah dan menengah
Program pendidikan yang dijalankan oleh pelbagai agensi dan pihak di luar sistem pendidikan formal, juga memainkan peranan penting dalam usaha memupuk perpaduan negara dan integrasi nasional.
Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan
Penggunaan satu bahasa yang sama merupakan salah satu alat yang paling berkesan untuk memupuk perpaduan.
Penggunaan satu bahasa juga membolehkan pelbagai kaum dan keturunan berkomunikasi antara satu sama lain dengan selesa
Bahasa Melayu amat sesuai digunakan sebagai bahasa penyatu selain diangkat sebagai bahasa rasmi negara
Strategi Kepercayaan Agama
Perlembagaan dan Rukun Negara menjamin bahawa rakyat Malaysia bebas menganut dan mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing bertujuan untuk memelihara suasana harmoni antara rakyat berbilang kaum.
Strategi Kebudayaan
Kerajaan juga berusaha mewujudkan kebudayaan nasional yang menjadi milik bersama rakyat negara ini tanpa mengira kaum, keturunan dan wilayah sebagai asas pembentukan bangsa, jati diri nasional dan perpaduan negara.
Kerajaan juga menentukan bahawa pembentukan Kebudayaan Kebangsaan tidak bermakna mengabaikan kebudayaan sukuan.
Strategi Integrasi Wilayah
Melakukan penambahbaikan dalam sistem perhubungan
kebangsaan dan pengangkutan perluasan sistem radio dan televisyen nasional di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan
Penubuhan pelbagai agensi kerajaan persekutuan di negeri berkenaan dan mengadakan program lawatan pemimpin masyarakat untuk melahirkan integrasi yang kukuh antara negeri dan rakyat di wilayah tersebut
Pemupukan integrasi wilayah dan hubungan antara Kuala lumpur-Kuching-Kota Kinabalu dengan cara memberi penekanan terhadap aspek interaksi dan pergaulan yang lebih luas antara rakyat di wilayah berkenaan
Strategi Keselamatan
Penekanan diberi kepada aspek pencegahan supaya nyawa dan harta benda awam dan pembangunan negara dapat dipelihara dan tidak terancam.
Pemulihan pula ialah usaha untuk menenteramkan keadaan setelah berlakunya sesuatu konflik
Strategi Pembangunan Kawasan
Kerajaan mengarahkan pemaju perumahan serta pihak berkuasa tempatan supaya mengambil kira aspek perpaduan kaum.
Setiap penempatan perlu menubuhkan jawatankuasa penduduk seperti Rukun Tetangga dan menganjurkan aktiviti yang melibatkan semua penduduk tanpa mengira kaum dan agama.
Strategi Penggunaan Tenaga Manusia
Pihak kerajaan meminta kerjasama daripada para majikan sama ada daripada pihak awam ataupun swasta untuk memastikan agar sebarang lantikan mengisi sesuatu jawatan tidak berdasarkan faktor kaum, agama dan budaya.
Bertanggungjawab melaksanakan setiap dasar yang digubal oleh kerajaan.
Strategi Media Massa
Media massa juga memainkan peranan berkesan untuk membantu memupuk perpaduan negara melalui penyampaian maklumat, pembentukan sikap dan pandangan rakyat serta penerapan nilai-nilai positif ke arah memajukan semangat perpaduan.
Penerbit akhbar dan majalah juga digalakkan memberi sumbangan kepada usaha memantapkan perpaduan negara berdasarkan etika kewartawanan.
Strategi Kesukanan
Sukan mewujudkan peluang dan persekitaran bagi
pergaulan dan interaksi sosial dan melahirkan suasana yang sangat sesuai bagi memupuk semangat persaudaraan dan solidariti tanpa mengira kaum dan keturunan.
Strategi Perpaduan dan Pertubuhan Sukarela
Kerajaan telah memperkenalkan konsep pemasyarakatan perpaduan pada 1998 untuk menerapkan ciri-ciri identiti nasional bagi membangunkan bangsa Malaysia berasaskan semangat persaudaraan dan kewarganegaraan yang tinggi.
Strategi Penyelidikan dan Penerbitan Bahan Bacaan
Usaha kerajaan memperbanyakkan aktiviti penyelidikan tentang perpaduan negara dan integrasi nasional penting untuk mengetahui pola hubungan kaum semasa.
Strategi Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik
Mewujudkan mekanisme pemantauan tahap perpaduan dan integrasi nasional secara berterusan dan sistematik merupakan langkah pengesanan awal terhadap isu-isu semasa dan konflik
Strategi Penubuhan Panel PenasihatPerpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN)
Membincangkan isu perpaduan dan integrasi nasional danmemainkan peranan lebih berkesan.
Strategi Program dan Aktiviti Perpaduan
Kerajaan merangka program pemetaan perpaduan untuk meningkatkan kesedaran dan penghayatan kumpulan sasaran termasuk kanak-kanak prasekolah sehingga ke peringkat pengajian tinggi.
Peringkat sekolah, aktiviti yang dicadangkan adalah berbentuk pendidikan pelbagai budaya yang boleh diintegrasikan dalam bentuk kurikulum dan kokurikulum.
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Sistem pendidikan negara pelbagai aliran menyebabkan tidak ada acuan khusus yang boleh digunakan untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu
Setiap ibu bapa diberi kebebasan menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil tanpa halangan
Sekolah kebangsaan perlu ditadbir sebaik-baiknya supaya bukan sahaja boleh menarik orang Melayu, tetapi juga orang bukan Melayu menghantar anak mereka belajar di sekolah tersebut
Memperkasakan Sekolah Wawasan
Kerajaan telah memperkenalkan konsep Sekolah Wawasansebagai satu daripada pendekatan alternatif untuk memupuk nilai perpaduan kaum dan integrasi nasional dengan membina dua atau tiga jenis sekolah rendah yang berlainan bahasa pengantar
Memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Program latihan Khidmat Negara (PlKN) mula dilaksanakan pada 2004 sebagai kursus wajib selama tiga bulan di kem latihan bagi remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). PlKN yang berteraskan Rukun Negara mempunyai kurikulum berbentuk multidisiplin yang mengandungi beberapa modul.
Peranan Masyarakat dalam Konteks hubungan etnik
Rukun Tetangga
Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Perlu mengenai Rukun Tetangga
1975.
isi dan misi Rukun Tetangga adalah untuk membantu memupuk persefahaman dan bertolak ansur ke arah pembangunan bangsa Malaysia yang bersatu padu serta mempunyai identiti sendiri dengan motonya “Bersatu Terus Maju” dalam konteks pencapaian Wawasan 2020.
Objektifnya ialah memelihara, meningkat dan mengukuhkanperpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar pembangunan negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara
Ceramah kesihatan berkaitan anti-dadah, AIDS, kanser, kempen kebersihan, dan menjaga harta awam juga dianjurkan olehJawatankuasa Rukun Tetangga.
Mereka mengadakan projek tanaman secara hidroponik, ternak ikan air tawar dan membuat air lada manakala dalam aspek keselamatan, mereka mengadakan rondaan sukarela, mengesan dan melaporkan isu hubungan kaum dan menjadi perantara dalam penyelesaian konflik.
Rumah Terbuka
Rumah terbuka diadakan sempena sambutan musim perayaan sesuatu kaum di Malaysia. Masyarakat pelbagai etnik saling berkunjung ke rumah jiran tetangga mereka
Amalan ini membuktikan kesepaduan sosial dalam masyarakat berada pada tahap yang tinggi walaupun mereka berlainan agama, etnik dan budaya
Penerimaan Budaya
Masyarakat bukan Melayu seperti Cina dan India
termasuk juga kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak telah menerima budaya etnik Melayu dari segi pakaian dan makanan
Program di institusi Pengajian Tinggi (iPT)
Kelab Perpaduan atau Kelab Rukun Negara telah diwujudkan di IPT sebagai usaha menyemai kesedaran terhadap kepentingan perpaduan kaum dengan menggalakkan mahasiswa menganggotai kelab berkenaan
Di luar sistem akademik pula, para mahasiswa dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti menyertai program keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform.
Aktiviti berpersatuan dan khidmat masyarakat mempunyai peranan penting dalam menggalakkan penyertaan dan pengalaman bersama antara kaum.
Mereka merupakan agen integrasi dan perpaduan yang memainkan peranan penting dalam menggalakkan lebih banyak interaksi melalui tugasan dan projek akademik
Peranan ngO dalam Konteks hubungan etnik
Terdapat pertubuhan induk di peringkat kebangsaan yang menaungi pertubuhan berasaskan etnik seperti Pertubuhan Belia Malaysia dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Malaysia.Pertubuhan NGO pula dapat memainkan peranan untuk mempercepatkan proses hubungan etnik di Malaysi
Sains dan teknologi juga memainkan peranan untuk meningkatkan hubungan etnik kerana pembangunan ekonomi di Malaysia berasaskan sains dan teknologi termasuk sektor perindustrian dan pembangunan bioteknologi.
Dana dan geran daripada pihak swasta dan penubuhan institusi tertentu seperti Koridor Raya Multimedia (MSC), Akademi Sains Negara dan pelbagai lagi merupakan penjana kepada pembangunan ekonomi negara.
Sejajar dengan hasrat dan matlamat kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam masyarakat, Multinational Corporation (MNC) turut memainkan peranan ke arah kesejahteraan masyarakat dengan cara menaja aktiviti yang memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.