Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian (Kesepaduan Sosial: Pandangan…
Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian
Sebuah negara, dua imaginasi Sosiologikal: antara ‘Perpaduan’ atau ‘Kesepaduan’
Dari persektif antropologi-sosiologi, khususnya dari aspek epistemologi, slogan unity in diversity merupakan suatu rumusan yang menyimpulkan dan mengartikulasikan bagaimana manusia mengurus dan menyusun, dari segi abstrak dan nyata, perbezaan sosial yang sedia ada dalam kalangan mereka.
Dari sudut ontologikal pula, perlunya mengurus dan menyusun perbezaan ini adalah, pada umumnya, atas keinginan untuk mewujudkan keadaan aman dan stabil dalam sesebuah masyarakat yang rencam keanggotaan kelompok sosialnya agar dapat meraih kesenangan dan mungkin juga kemewahan material
Kalaulah ‘perpaduan’ dalam konteks cogan kata ‘perpaduan dalam kepelbagaian’ itu masih belum wujud dan merupakan suatu cita-cita, idaman dan harapan yang terus-menerus diperjuangkan, apakah sebenarnya yang wujud yang dinikmati oleh sekian ramai manusia di seluruh dunia semenjak kemajmukan menjadi ciri utama masyarakat di seluruh dunia
‘Perpaduan’ yang diidamkan oleh manusia yang masih belum wujud itu adalah berasaskan suatu matlamat akhir bersifat utopia yang tidak dapat dilaksanakan, iaitu unity is uniformity atau 'perpaduan' ialah keSAMAan atau keSATUan --satu bangsa, satu agama, satu bahasa, satu negara, yang juga merupakan kata-kata slogan.
hubungan etnik di Malaysia
Era Konflik (1945-1960)
Masalah yang paling besar ketika itu ialah konflik etnik antara etnik Cina dengan Melayu yang tercetus daripada tindakan satu pasukan anggota komunis bernama Bintang Tiga yang selama 14 hari selepas tamatnya penaklukan Jepun, pada 16 Ogos 1945, memburu etnik Melayu yang pernah bersubahat dengan Jepun kerana mereka menjadi anggota polis Jepun, atau Jookidam
.
akibat konflik selama 14 hari ini banyak nyawa terkorban dari kalangan etnik Melayu dan Cina.
Konflik ini jarang-jarang disebut di Malaysia kerana konflik etnik yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah diberikan perhatian besar-besaran.
Rusuhan dan mogok oleh pekerja-pekerja ladang telah berlaku secara besar-besaran di Malaya ketika itu
Era Stabil Tapi Tegang (1961-1970)
Implikasinya, Malaya yang merdeka pada 1957 dengan Malaysia terbentuk pada 1963, di samping perlu menangani cabaran terhadap kesepaduan sosial yang telah mula
mekar, terpaksa berhati-hati menghadapi ancaman keganasan komunis yang masih mengorbankan nyawa, khususnya di Sarawak
Peristiwa yang majoriti rakyat Malaysia lupa atau tidak tahu ialah tercetusnya rusuhan etnik Melayu-Cina di Singapura pada 21 Julai dan 3 September 1964, ketika Singapura masih dalam Malaysia.
Era Kesepaduan Sosial (1971-2011)
Suasana terus aman, stabil dan harmoni, kecuali selama lima hari dari 4 hingga ke 8 Mac 2001 apabila berlakunya rusuhan etnik Melayu-India di Kampung Medan, Selangor, sebuah kawasan kediaman setinggan kelas pekerja dan yang dilaporkan mengorbankan kurang daripada 10 nyawa.
Kunci kesepaduan sosial Malaysia, ialah kematangan rakyatnya.
Oleh sebab rakyat Malaysia lebih suka “tongue wagging and not parang wielding” dan lebih senang ”talk conflict, walk cohesion”, maka gambaran yang diberikan kepada orang luar boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan mereka kerana perkara didengar oleh mereka dan diperhati ialah “tongue wagging” dan “talk conflict” yang kadang-
kadang pedas, keras dan sangat berkonfrontasi bunyinya
Masyarakat Pelbagai etnik di Malaysia
Potret Hubungan Etnik di Malaysia
Pola kerencaman dan kepelbagaian penduduk yang wujudsecara tidak langsung menggalakkan perspektif bahawahubungan etnik di Malaysia pada umumnya adalah bersifat rapuh, mudah retak dan cenderung ke
arah ketegangan dan sering membawa kepada keadaan yang berkonflik
Keupayaan Malaysia mengekalkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial membolehkannya terus membangun dengan pesat dalam pertumbuhan ekonomi yang stabil.
Dengan komposisi etnik, agama, budaya dan bahasa yang begitu kompleks, Malaysia berjaya mengekalkan kerukunan dalam kehidupan bermasyarakat serta pencapaian pembangunan.
Hubungan Etnik dari Perspektif Konflik
Dalam menggambarkan hubungan etnik, terdapat sarjana yang menyatakan bahawa masyarakat yang memiliki kerencaman budaya, bahasa, agama dan kemajmukan etnik seperti di Malaysia pasti akan terpisah dan terasing mengikut kumpulan etnik, agama, budaya dan bahasa masing-masing tanpa nilai yang dapat mengikatmereka bersama
Kesepaduan Sosial: Pandangan alternatif untuk Memahami hubungan etnik di Malaysia
Kebanyakan kajian tentang hubungan etnik di Malaysia telah menggunakan paradigma konflik sebagai alat analisis yang utama untuk menganalisisdan memahami
setiap permasalahan yang dilihat wujud dalam masyarakat.
Melalui paradigma konflik yang menjadi pendekata utama ini terdapat kecenderungan pengkajinya untuk mengitlakkan atau mengeneralisasi sesuatu permasalahan secara simplistik sedangkan permasalahan yang wujud pada masa ini jauh lebih rumit dan kompleks
Perspektif yang digunakan oleh pengkaji menggambarkan hubungan etnik di Malaysia adalah rapuh, retak dan penuh dengan pertentangan dan persengketaan adalah berdasarkan paradigma konflik.
Cara pandang dari kaca mata konflik umumnya mengandaikan masyarakat Malaysia seolah-olah sentiasa berada dalam dikotomi, pertentangan, persengketaan dan saling bersaing khususnya antara kumpulan yang berlainan etnik dan agama
Menelusuri Hubungan Etnik daripada Perspektif Konflik
Sekiranya ditelusuri dengan lebih mendalam, cara pandang melalui paradigma konflik merupakan warisan daripada pembentukan ilmu kolonial yang bersifat esensialis, tetap dan cenderung mengitlakkan ciri-ciri sosial yang terdapat pada subjek yang menjadi anak jajahan mereka.
Memahami Hubungan Etnik daripada Perspektif Kesepaduan Sosia
Paradigma alternatif ini bukan bertujuan untuk menafikan bahawa tiada konflik tetapi sebagai satu cara pandang yang memberi tempat yang lebih wajar kepada sisi positif dalam menganalisis dan memahami hubungan etnik
.
Hubungan Saling Terkait dan Saling Bergantungan
Jalinan hubungan sosial secara berterusan terbina dalam kalangan anggota masyarakat Malaysia merentas etnik, agama, budaya dan bahasa menerusi interaksi sesama mereka.
Takrifan Autoriti dan Takrifan Harian
Interaksi dan jalinan hubungan sosial antara anggota masyarakat yang saling terkait dan saling bergantungan seperti yang telah dibincangkan adalah unsur-unsur penting dalam membina kesepaduan sosial.
Kesepaduan Sosial Melalui akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi
Acuan besar dalam konteks masyarakat pelbagai etnik tidak bersifat statik, tetapi sentiasa dinamik dalam suatu proses pengukuhan berterusan yang didukung oleh struktur sosial, ekonomi, politik dan budaya.
Proses pentakrifan makna yang dilakukan oleh faktor sosial yang terdiri daripada pelbagai etnik telah mentransformasikan hubungan antara etnik lalu membentuk hubungan sosial yang pelbagai bentuk.
Dalam proses rundingan sosial, unsur-unsur seperti akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi sentiasa berlaku di peringkat yang berbeza sebagai mekanisme untuk terus mengekalkan toleransi etnik, penerimaan terhadap perbezaan dan kesepaduan sosial yang wujud pada hari ini.