Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bab 6 Kepelbagaian agama: Mencari titik pertemuan (Agama-agama Di Malaysia…
Bab 6 Kepelbagaian agama: Mencari titik pertemuan
Definisi Agama
Fenomena penting dalam kehidupan manusia.
Membantu manusia untuk mengenal Tuhan,
tetapi juga memberi kesejahteraan hidup
Takrif Agama
hubungan antara manusia dengan sesuatu kekuasaan luar biasa yang dianggap dapat memberikan perlindungan.
Merupakan set peraturan yang mengatur hubungan
manusia dengan kuasa ghaib, khususnya dengan Tuhan.
Merupakan suatu sistem keyakinan yang dianut dan amalan yang diwujudkan oleh suatu kelompok atau masyarakat dalam mentafsirkan dan memberi respons terhadap apa-apa yang dirasakan dan diyakini sebagai yang ghaib dan suci
Agama besar yang terdapat di dunia sekarang ialah Islam, Kristian, Buddhisme, Hinduisme, Sikhisme, Jainisme, Judaisme, Shinto, Bahai dan Zoroastrianisme.
Sistem kepercayaan suku kaum primitif yang terasing dan terpisah di kawasan dunia yang berlainan dan berkembang secara bebas tanpa hubungan sejarah antara satu sama lain
Faktor Manusia Beragama
Pemikiran tentang agama sudah wujud dalam diri manusia sejak mereka lahir la
Warisan kebudayaan merupakan faktor utama menentukan agama seseorang manusia.
Faktor keselamatan juga memainkan peranannya kerana apabila memeluk sesuatu agama seseorang berasa selamat dan percaya bahawa kuasa agung yang dipercayainya akan menjaga keselamatannya
Faktor kesejahteraan di akhirat juga adalah penting
kerana kebanyakan agama menjanjikan kesejahteraan di akhirat kepada penganut yang patuh kepada ajaran agama masing-masing
Peranan Agama
Agama menimbulkan keberanian kepada manusia ketika dicengkam ketakutan, memberikan kegigihan dalam kesukaran, kekuatan pada saat-saat manusia dalam keadaan lemah dan meringankan beban jiwa dalam menghadapi kekecewaan.
Dalam kehidupan sosial adalah sebagai asas moral, kesenian, kebudayaan, kesusasteraan dan kewujudan tamadun bagi sesuatu bangsa dan masyarakat
Peranan Lain
Agama sebagai sumber nilai moral
Menjadi kod etika dan aturan moral yang dinamik dan menjadi pedoman bagi penganutnya dalam mengatur kehidupan spiritual supaya lebih bermakna
Penyatuan
Agama membangunkan ikatan sosial dan menyatukan individu dengan individu yang lain sehingga munculnya masyarakat, kelompok dan sebagainya.
Fungsi integratif kerana ajaran agama mengandungi nilai-nilai pemersatuan yang ada dalam setiap doktrinn
Pendorong dan Pengesahan Program Pembangunan
Agamawan sering digunakan untuk memberi pengesahan program pembangunan yang tidak mendapat sambutan daripada masyarakat
Menumbuhkan Semangat Kebangsaan
Salah satu faktor penting bagi pertumbuhan nasionalisme
Suatu bangsa yang memiliki bahasa, sejarah, adat istiadat dan agama yang sama sejak berabad-abad lamanya.
Perpaduan Nasional
Agama dan etnik merupakan dua aspek yang terpenting.
Agama merupakan faktor yang terpenting, malah sebagai faktor penent
Kewujudan tamadun
Banyak pertumbuhan dan perkembangan tamadun dipengaruhi oleh perkembangan sesuatu agama.
Bukti sejarah menunjukkan bahawa jatuh bangunnya sesuatu tamadun atau kerajaan adalah berkait dengan sesuatu agama.
Fungsi Pemerintahan
Bagi sesetengah negara, fungsi pemerintahan juga dijalankan melalui peranan agama.
Agama amat berguna untuk memberi sokongan kepada pemimpin serta memelihara aturan pemerintahan dan adat resam
Mengembangkan Kesenian
Berfungsi mengembangkan kesenian disebabkan agama
mempunyai hubungan yang rapat dengan aktiviti kesenian yang
menjadi sumber penghargaan dan kenikmatan serta ia juga orientasi estetik
Penggolongan agama
Terdapat dua pendapat yang berbeza dalam membuat penggolongan agama oleh ahli akademik.
Agama Samawi
Agama yang bersumberkan wahyu Tuhan. Agama ini diturunkan oleh Allah SWT untuk memenuhi keinginan dan kecintaan jiwa manusia yang semula jadi kepada Tuhan
Agama yang berbentuk pengajaran bersifat ketuhanan daripada Allah dalam bentuk perintah dan larangan yang dibawa oleh rasul-rasul Allah dalam bentuk wahyu ini terdiri daripada Islam, Kristian dan Yahudi
Ketiga-tiga agama ini diturunkan dari langit dan penganut mereka percaya bahawa Tuhan itu pencipta alam, percaya kepada rasul-rasul dan kitab-kitab Allah
Agama Ciptaan Manusia
Agama ciptaan manusia atau agama duniawi ialah agama yang datang daripada diri manusia
Agama itu terdiri daripada gagasan dasar dan peraturan umum yang ditetapkan oleh beberapa kumpulan yang berpengaruh supaya mereka dapat mematuhinya.
Agama yang tumbuh melalui cara ini merupakan
hasil pemikiran dan pengalaman mereka dan diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi berikutnya
Agama ciptaan manusia ini mempunyai pengaruh yang
kuat dalam kalangan masyarakat primitif, mundur dan terpencil.
Agama-agama Di Malaysia
Islam
Agama Islam
Islam ialah agama yang dianuti oleh sebanyak 60 peratus penduduk Malaysia.
Penganut Islam perlu memberi kesaksian bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya.
. Muslim mengakui bahawa Nabi Muhammad SAW berfungsi sebagai penyampai ajaran Islam daripada Tuhan dan dalam masa yang sama sebagai ikon yang perlu dicontohi
Ajaran Islam
Sumber ajaran Islam ialah al-Quran. Seluruh teks al-Quran tidak boleh diubah. Sumber kedua ialah al-Sunnah yang merangkumi ucapan, tindakan serta sifat-sifat Rasulullah SAW dalam bentuk manifestasi ajaran Islam yang juga dikenali sebagai hadi
Sumber ketiga ialah ijtihad, ijmak, qiyas, syura dan sebagainya yang diinstitusikan juga sebagai respons ulama terhadap perubahan dan kemajuan dalam kehidupan harian. Institusi tersebut mampu memberikan penjelasan berdasarkan prinsip syariah kepada umat yang memerlukannya.
Islam ialah suatu peraturan hidup dan agama praktikal berkaitan dengan kehidupan dunia dan akhirat.
Nabi Muhammad SAW ialah rasul yang terakhir dalam rangkaian pesuruh Allah. Peristiwa sejarah yang terdapat dalam al-Quran merupakan kisah yang benar berlaku
Islam Agama Sejagat
Islam membuka laluan kepada kesatuan seluruh bangsa. Setiap manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan adalah setaraf di sisi Tuhan.
Islam ialah agama sejagat yang berada dalam kelasnya yang tersendiri dari segi kosmologi, epistemologi, metafizik dan weltanschauung.Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai bangsa, budaya dan cara hidup yang berbeza-beza
Ciri-ciri Utama Islam
Islam meletakkan tanggungjawab membasmikan kemiskinan dan penderitaan masyarakat di tangan orang yang berharta dan berkuasa.
Islam mementingkan hasil kerja dan pendapatan suci dan halal. Sebarang pendapatan yang diperoleh haruslah secara halal adalah suci dan mendatangkan berkat.
Islam menekankan dasar musyawarah, keadilan dan pemilihan pemimpin secara adil tanpa membezakan manusia berdasarkan kelas, keturunan, bangsa, agama atau warna kulit.
Islam memperjuangkan dasar kehormatan diri manusia. Tidak ada perhambaan dan pemujaan melainkan perhambaan dan pemujaan pada Allah semata-mata.
Islam menggalakkan setiap orang mempertahankan kebersihan jiwanya dan menjauhi dosa serta berusaha untuk mencapai kebaikan bagi diri dan masyarakat
, Islam menggalakkan perkembangan ilmu dan menganjurkan supaya menjalankan kajian serta penyelidikan terhadap rahsia-rahsia alam
Perayaan Agama Islam
Terdapat dua perayaan besar di dalam agama Islam yang diamalkan di Malaysia dan negara-negara Islam lain iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Perayaan agama yang lain seperti Maulidur Rasul, Asyura, Israk Mikraj, Maal Hijrah, dan lain-lain. Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Puasa
Buddha
Agama Buddha
Agama Buddha merupakan agama kedua terbesar di Malaysia.
Asal Usul Agama
Agama ini diasaskan oleh Siddhartha Gautama yang selalu memikirkan punca penderitaan dan kemelaratan.
Buddha mengetepikan perbincangan tentang ketuhanan. Dia mengelakkan perkara yang berhubung dengan perbahasan ketuhanan dan metafizik kerana dia berpendapat bahawa manusia bergantung kepada diri sendiri bukannya Tuhan.
Buddha tidak menyentuh tentang keimanan kepada Tuhan sedangkan desakan jiwa pengikutnya ke arah itu adalah kuat sehingga pengikut Buddha selepasnya telah memikirkan tentang Tuhan.
Antara ajaran moral Buddha yang terpenting adalah menghormati kehidupan, sama ada manusia, tumbuhan ataupun haiwan.
Antara prinsip yang terpenting diseru oleh Buddha ialah pembasmian kasta. Di Malaysia, bukan semua etnik Cina menganut agama Buddha kerana sebahagian daripada mereka juga berpegang kepada ajaran Taoisme, Konfusianisme, Kristian dan Islam.
Upacara Keagamaan
Dalam upacara keagamaan Buddha, objek utama yang sangat signifikan ialah ‘Tiga Permata’ (Tripple Gem), iaitu Buddha,dharma (ajaran Buddha) dan sangha (komuniti Buddha yang berpegang dengan ajarannya).
Wesak merupakan antara perayaan penting yang disambut oleh penganut agama Buddha.
Hindu
Agama Hindu
Pada umumnya kitab suci mereka yang terbesar adalah terdiri daripada Veda, Undang-Undang Manu, Mahabharata, Gita, Yoga Vasishtha dan Ramayana
Agama Hindu dianuti oleh sebahagian besar komuniti India di negara ini, malah ia merupakan salah satu identifikasi bagi kaum India, walaupun terdapat dalam kalangan mereka yang menganut agama selain Hindu.
Kitab Veda
Kitab Veda adalah yang terbesar malah dianggap sebagai ensiklopedia agama Hindu. Veda mengandungi cerita tentang pelbagai aspek kehidupan bangsa Arya di India pada masa lampau
Penganut Hindu mempercayai banyak tuhan. Bagi mereka setiap kekuatan alam semula jadi sama ada mendatangkan faedah atau membahayakan adalah tuhan yang diharapkan pertolongan oleh mereka
Mereka kagum pada bentuk-bentuk ini dan terus menikmatinya.
Selepas mereka bersyukur dan senang dengannya, mereka memuji-muji, kemudian menyangka bahawa bentuk-bentuk ini mempunyai roh.
Memerintah dan Diperintah
Dalam kalangan tuhan penganut Hindu ada yang memerintah dan diperintah, ada ketua dan sebahagiannya diketuai
Dalam agama Hindu, terdapat sistem kasta yang terbahagi kepada empat golongan, iaitu Brahman, Kshatriya, Vaishya dan Shudra
Institusi agama dan pusat ibadat agama Hindu yang terkenal di Malaysia ialah Kuil Murugan di Batu Caves. Kuil itu merupakan pusat ibadat yang paling besar dan terkenal bagi penganut Hindu di Malaysia.
Tanda warna yang dipakai pada dahi penganut Hindu ialah
pottu yang terdiri daripada pelbagai warna.Pottu dipakai secara berbeza oleh lelaki dan wanita yang belum berkahwin dan wanita yang sudah berkahwin.
Penganut Hindu meraikan Deepavali yang biasanya disambut pada akhir Oktober atau awal November setiap tahun. Deepavali merupakan perayaan utama penganut Hindu di Malaysia
Kristian
Agama Kristian
Agama Kristian asalnya merupakan mazhab daripada kepercayaan Yahudi yang menerima Jesus daripada Nazaret sebagai messiah atau kristus
. Orang Kristian menganggap Jesus sebagai jelmaan tuhan iaitu tuhan yang mengambil rupa manusia; mempunyai sifat-sifat manusia
Agama Kristian mengajar bahawa tuhan menurunkan anaknya, Jesus ke dunia sebagai hamba pilihannya, yang dinamakan al-Masih, untuk menolong manusia melakukan tugas keagamaan mereka.
Kitab suci Kristian iaitu Bible mengandungi Kitab Perjanjian Lama atau Bible Ibrani dan Perjanjian Baru
Penganut Kristian digalakkan berkumpul di gereja untuk beribadat dan menjalani kehidupan yang lurus mengikut peraturan moral tuhan.
Sikh
Agama Sikh
Sikh merupakan kelompok agama minoriti di Malaysia. Agama Sikh dianuti oleh sebahagian besar etnik India berketurunan Punjabi di negara ini.
Agama Sikh diasaskan oleh Guru Nanak pada tahun1469M. Ajaran agama ini kemudiannya diteruskan dan dikembangkan oleh sembilan orang Guru lain
Lima simbol utama dalam agama Sikh yang dikenali umum sebagai 5K, iaitu Kesh (berambut panjang), Kangha (sikat), Kara (gelang besi), Kirpan (pedang kecil) dan Kachera (seluar pendek khas)
Ritual dan Upacara Keagamaan
Dalam agama Sikh, Granthi Sahib, ahli agamanya memainkan peranan penting dalam menjalankan sesuatu upacara keagamaan di gurdwara
Guru ka langgar, iaitu makanan berupa sayuran dimasak oleh orang Sikh di gurdwara (tempat ibadat) yang disediakan kepada pengunjungnya tanpa mengira agama. Penganut Sikh amat mementingkan seva (kerja amal) kepada umat manusia tanpa mengira agama
Perayaan
Vaishaki merupakan perayaan terpenting bagi penganut Sikh.Perayaan ini disambut pada bulan April setiap tahun
Keshatau berambut panjang simbol terpenting bagi kaum Sikh sebagai simbol keimanan
Kirpan atau pedang kecil menunjukkan bahawa seseorang yang memakainya setia dan teguh pegangan agamanya serta mempunyai iltizam yang tinggi terhadap agama
Kacha atau seluar khas pendek melambangkan kesediaan setiap waktu serta ketangkasan pergerakan dalam proses melakukan sesuatu
Kara atau gelang besi yang dipakai di tangan kanan untuk mengingatkan seseorang agar mengelakkan kejahatan serta melambangkan ikatan dan kepatuhan yang teguh antara pemakai dengan agamanya.
Tujuan sebenarnya agar penganut Sikh menjaga diri dan tidak melakukan perbuatan yang tidak bermoral seperti berzina.
Animisme
Animisme ialah istilah bagi mana-mana kepercayaan yang melibatkan pemujaan roh dan semangat alam semula ja
Kepercayaan animisme menganggap bahawa
segala sesuatu di dalam alam ini termasuk benda alam yang mati mempunyai jiwa dan dapat berfikir dan berkeperibadian seperti manusia. Semangat dan kuasa luar biasa ini disifatkan sebagai tuhan.
Ajaran Konfucius
Konfucius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal pada Dinasti Chou.
Konfucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang
berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik. Ajaran Konfucius menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga dir
Ajaran Konfucius dikumpulkan oleh pengikutnya dalam bentuk buku berjudul lun-Yu atau Analekta. Ia berkenaan dengan li atau Rukun Bangsa.
Aajaran Konfusius mementingkan kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan seseorang.
Ajaran Tao
Taoisme berasaskan ajaran Lao Tze yang menyarankan supaya manusia menarik diri daripada duniawi dan mencari jalan bahagia secara mengasingkan diri daripada peraturan duniawi dan upacara yang merugikan.
. Buku-buku ajaran Tao merupakan koleksi ajaran yang bertulis dalam bentuk sajak warisan kesusasteraan yang terkenal.
Konflik Agama
Agama sentiasa mengajar penganutnya erti kasih sayang, pengampunan dan perdamaian.
Pada April 1992, berlaku konflik antara Bosnia-Herzegovina dengan Serbia
Pada Disember 1992 pula berlaku konflik Hindu-Islam di India. Konflik juga berlaku antara Islam-Kristian di Ambon, Maluku dan Almahera di Indonesia.
Konflik agama turut tercetus di Tibet, Turkmenistan, Azerbaijan, Kazakhstan, Mesir, Algeria, Afghanistan, Croatia, Filipina dan Ireland Utara.
Konflik ini boleh terjadi kerana tafsiran berbeza dalam memahami ajaran agama.
Mencari Titik Pertemuan
Kefahaman dan tingkah laku beragama boleh memisah atau membina hubungan sesama penganut dalam sesuatu agama atau dengan penganut-penganut agama lain
Kemampuan agama dalam membina ikatan dan
hubungan merentas individu dan kumpulan agama yang berlainan adalah potensi yang perlu diteliti dan perhalus
Dalam suasana agama dijadikan contestation sudah pasti dinding keagamaan yang dibina itu akan membawa ke arah ketegangan dan konflik
Perubahan yang drastik dalam kehidupan moden
terutamanya dalam bidang teknologi pengangkutan menyebabkan berlaku penghijrahan dari satu tempat ke tempat lain di setiap penjuru dunia pada hari ini
Interaksi antara mereka mampu membina ikatan sosial yang kuat dengan perbezaan agama anutan.
Nilai kesejagatan tersebut yang dikongsi bersama telah
membawa rakyat Malaysia untuk memilih tindakan di atas perkiraan sosial yang rasional dan dihajati bersama iaitu keharmonian, kedamaian, kekayaan, kemuliaan dan kebaikan