Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pengalaman harian: Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan Keharmonia…
Pengalaman harian: Menjalin Kesepaduan
dan Melahirkan Keharmonia
Kepelbagaian Makanan etnik Pemangkin Perpaduan
Kesemua kumpulan etnik yang sedia ada
diberi kebebasan mengamalkan cara hidup masing masing termasuk
perkara yang berkaitan dengan warisan budaya mereka seperti dalam aspek makanan.
Setiap kumpulan etnik memiliki warisan jenis makanan yang beraneka warna dan rasa serta memaparkan sejarah masakan yang menarik untuk diketahui, dipelajari dan seterusnya dimiliki bersama
Dalam sektor pelancongan, promosi Malaysia sebagai destinasi ‘syurga makanan’ dengan tema Malaysian Cuisines merupakan salah satu asas kepada penonjolan pelbagai jenis makanan merentas etnik
yang turut membentuk identiti masyarakat Malaysia
Pengalaman harian dalam aspek makanan yang memupuk kesepaduan sosial juga berlaku menerusi pengambilan jenis makanan popular etnik lain
Makanan dan ruang Sosial
dalam Konteks hubungan etnik
Makanan berperanan menyatupadukan
pelbagai etnik dalam sesebuah masyarakat dan
sebaliknya makanan juga dapat membahagikan individu kepada kumpulan sosial tertentu dalam masyarakat.
Ruang Awam
Tidak berkaitan dengan acara keagamaan atau kepercayaaan tetapi ada kalanya boleh berkaitan dengan acara keraian keagamaan
Dalam bentuk ruang awam yang lain, makanan terus menjadi simbol persahabatan dan keakraban yang begitu unik dikongsi bersama oleh pelbagai etnik di Malaysia.
Ruang Bukan Awam
Berkaitan dengan acara keagamaan
atau kepercayaan
Makanan yang termasuk dalam ruang bukan awam pula ialah makanan yang dikaitkan dengan acara keagamaan atau kepercayaan.
Hidangan pelbagai jenis makanan tradisi mahupun moden yang disajikan dalam majlis atau upacara tertentu sesuatu etnik yang dihadiri oleh etnik lain di negara ini memberikan impak dalam hubungan antara
mereka.
Kesenian
Pelbagai etnik dan Kesepaduan Sosial
Keperluan rohani dapat dipenuhi menerusi beberapa sumber seperti daripada himpunan seni dalam bentuk alunan muzik, nyanyian, tarian, sukan, seni lukis dan bentuk-bentuk kreativiti lain yang dapat memberikan ketenangan, hiburan dan melegakan tekanan dalam kehidupan manusia
Malah penerimaan, penghormatan dan pengiktirafan masyarakat kepada kepelbagaian corak seni tersebut menjadi salah satu unsur penting dalam usaha memupuk kesepaduan sosial.
Kesepaduan sosial dalam hubungan antara etnik yang terhasil daripada aktiviti seni boleh dilihat dalam dua keadaan.
kesepaduan sosial yang wujud sewaktu proses penghasilan sesuatu bentuk seni itu dijalankan
adalah kesepaduan sosial yang boleh dilihat dalam produk seni berkenaan
karya seni muzik dan filem tempatan yang menggambarkan berlakunya kesepaduan sosial dalam kehidupan masyarakat Malaysia seawal zaman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dahulu. P. Ramlee melalui karya muziknya telah menggubah lagu-lagu yang memuatkan unsur pelbagai kaum seperti dalam lagu “Aci-Aci Buka Pintu” dan lagu “Haiya Cik Siti”.
Lagu “Pergi” nyanyian Aizat yang memenangi Anugerah Juara lagu Ke-24 pada 2009 sebagai satu contoh unik dan amat baik untuk memahami bagaimana karya seni itu terhasil daripada gabungan kerjasama pelbagai etnik.
Filem “Sini Ada Hantu” juga terhasil daripada gabungan dan kerjasama penggiat seni yang terdiri daripada pelbagai etnik.
Media dan Kesepaduan Sosial
media bukan sahaja merupakan cermin kepada
masyarakat, malahan media juga merupakan alat perubahan kepada sesuatu masyarakat
Media sangat berkesan dijadikan alat penyampai kepada sebarang bentuk tujuan khususnya jika bermaksud untuk menerapkan nilai-nilai yang mendorong kepada perpaduan etnik.
, seluruh media telah menyalurkan
konsep 1Malaysia sebagai satu bahan berita yang penting sehingga seluruh warga merasakan konsep ini perlu diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka