Asas Seni Reka (Unsur Seni) Pengkaryaan Seni Digital

Garisan

– Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu
– Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.

Rupa

– Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula
– Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar

Rupa geometri – bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid, bulat dsb.

Rupa organic – rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dsb.

Bentuk

Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan

Bentuk konkrit – bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar)

Bentuk ilusi – bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catan.

Jalinan

Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda

Jalinan tampak – jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto.

Jalinan sentuh – jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dan catan teknik impasto

Ruang

Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek.

Ruang nyata – ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit

Ruang tampak – ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan cetakan (bukan sebenar)

Warna

Warna asas – iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain)

Warna sekunder – iaitu campuran dua warna asas (Hijau ‘Biru + Kuning’, Jingga ‘Kuning + Merah’ dan Ungu ‘Merah + Biru’)

Warna tertier – iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder

Gelap dan Terang sesuatu warna