Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KEELEKTRIKAN DAN KEMAGNETAN (LITAR BERSIRI DAN LITAR SELARI (Litar bersiri…
KEELEKTRIKAN DAN KEMAGNETAN
ELEKTROSTATIK
Pengecasan melalui geseran
elektrostatik ialah kajian tentang cas-cas elektrik yang statik
dua jenis cas elektrik
cas positif (+)
cac negatif (-)
Elektroskop digunakan untuk mengecas cas-cas elektrik
Bahan-bahan yang mempunyai jumlah cas positif dan cas negatif yang sama dikelaskan sebagai neutral. Apabila dua bahan yang berlainan digosokkan antara satu sama lain, geseran menghasilkan cas. Semasa geseran berlaku, cas elektrik negatif akan dipindahkan dari bahan ke bahan lain. Bahan yang menerima cas negatif akan berca negatif, bahan yang kehilangan cas negatif akan bercas positif
jika dua objek bercas didekatkan antara satu sama lain, daya elektrostatik akan wujud antara kedua-duanya
Fenomena harian berkaitan cas elektrik statik
kilat
suatu fenomena semula jadi
cas terhasil apabila wujud geseran antara awan dan udara yang menyebabkan cas positif terkumpul di bahagian atas awn. Cas negatif terkumpul di bahagian bawah awan
KEELEKTRIKAN
Sumber tenaga elektrik
contoh
sel suria
sel kering
bateri basah
penjana kuasa
bateri litium ion
bateri kadmium
Arus elektrik
pengaliran elektron (membolehkan elektron. Tenaga diperlukan bagi membolehkan elektron antara dua titik)
voltan (daya elektrik yang diperlukan untuk mengalirkan elektron antara dua titik)
rintangan (sifat sesuatu bahan yang menghalang atau menentang pengaliran elektron antara dua titik)
KAEDAH PENGUKURAN KEELEKTRIKAN
arus elektrik
unit S.I bagi arus elektrik ialah ampere (A)
diukur dengan menggunakan ammeter
voltan
unit S.I bagi voltan ialah volt (V)
diukur dengan menggunakan voltmeter
rintangan
unit S.I bagi rintangan (R) ialah ohm
HUBUNG KAIT ANTARA ARUS, VOLTAN DAN RINTANGAN
jenis-jenis perintang
perintang piawai
peringkat boleh ubah
V / A = R
LITAR BERSIRI DAN LITAR SELARI
litar elektrik ialah lintasan pengaliran cas-cas elektrik
komponen elektrik
sel elektrik
fius
suis
mentol
perintang
voltmeter
perintang boleh ubah
galvanometer
ammeter
Litar bersiri dan litar selari
litar bersiri
dalam litar bersiri, arus elektrik dari bateri mengalir merentasi mentol A, kemudian mentol B diikuti oleh mentol C, seterusnya kembali ke bateri
arus elektrik mengalir melalui satu lintasan sahaja
litar selari
dalam litar selari, arus elektrik dari bateri mengalir merentasi mentol A dan kembali ke bateri. Arus elektrik dari bateri dapat juga mengalir merentasi mentol B atau mentol C, kemudian kembali ke bateri
arus elektrik mengalir melalui tiga lintasan yang berbeza
Kelebihan dan kelemahan
kelebihan litar bersiri
setiap mentol akan menyala dengan kecerahan yang sama
kelemahan litar bersiri
jika satu atau lebih mentol terbakar, seluruh litar terputus
jika bilangan mentol bertambah, kecerahan mentol berkurang
kelebihan litar selari
mentol yang disambung dapat dikawal secara berasingan
arus dapat mengalir lebih daripada satu lintasan dalam litar
jika satu mentol terbakar, arus tetap mengalir ke mentol yang lain
jika bilangan mentol bertambah, kecerahan mentol tidak terjejas
kelemahan litar selari
jumlah arus yang mengalir dalam litar adalah sama dengan jumlah arus yang dihasilkan oleh sesuatu sel
sel-sel kering cepat menjadi lemah apabila lebih banyak mentol disambungkan secara selari
KEMAGNETAN
Medan magnet
medan magnet ialah kawasan di sekeliling magnet dan tempat daya magnet bertindak
Corak dan arah medan perang
corak magnet dapat dilihat dengan menggunakan serbuk besi
arah magnet dapat dikesan dengan kompas
KEELEKTROMAGNETAN
elektromagnet terhasil apabila arus elektrik mengalir melalui sesuatu konduktor
digunakan pada kren-kren untuk mengangkat besi yang berat dan beban keluli lain
digunakan untuk mengasingkan besi buruk atau keluli daripada sampah