Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kepelbagaian Agama : Mencari Titik Pertemuan (Peranan Agama (Pendorong…
Kepelbagaian Agama : Mencari Titik Pertemuan
Pengenalan
Agama merupakan fenomena penting dalam kehidupan manusia
Membantu manusia untuk mengenal Tuhan dan juga memberi kesejahteraan hidup
Orang Melayu dianggap sebagai orang Islam, orang India sebagai orang Hindu, orang Cina dan Siam sebagai orang Buddha serta masyarakat Orang Asli dan suku kaum bumiputera di pedalaman Sabah dan Sarawak sebagai penganut animisme.
Peranan Agama
Pendorong dan Pengesahan Program Pembangunan
Menumbuhkan Semangat Kebangsaan
Penyatuan
Perpaduan Nasional
Agama sebagai sumber nilai moral
Kewujudan tamadun
Fungsi Pemerintahan
Mengembangkan Kesenian
Konflik Agama
Pada April 1992, berlaku konflik antara Bosnia-Herzegovina dengan Serbia. Pada Disember 1992 pula berlaku konflik Hindu-Islam di India.
Konflik juga berlaku antara Islam-Kristian di Ambon, Maluku dan Almahera di Indonesia.
Konflik agama turut tercetus di Tibet, Turkmenistan, Azerbaijan, Kazakhstan, Mesir, Algeria, Afghanistan, Croatia, Filipina dan Ireland Utara.
Takrif Agama
Dari perspektif antropologi, agama merupakan set peraturan yang mengatur hubungan manusia dengan kuasa ghaib, khususnya dengan Tuhan.
Suatu sistem keyakinan yang dianut dan amalan yang diwujudkan oleh suatu kelompok atau masyarakat dalam mentafsirkan dan memberi respons terhadap apa-apa yang dirasakan dan diyakini sebagai yang ghaib dan suci.
Hubungan antara manusia dengan sesuatu kekuasaan luar biasa yang dianggap dapat memberikan perlindungan.
Mencari Titik Pertemuan
Kemampuan agama dalam membina ikatan dan hubungan merentas individu dan kumpulan agama yang berlainan adalah potensi yang perlu diteliti dan perhalusi.
kepekaan kepada ruang sosial sedia ada amat diperlukan bagi memungkinkan peluang membawa penganut pelbagai agama bergerak ke arah persefahaman.
Penggolongan Agama
Agama Samawi
Agama yang bersumberkan wahyu Tuhan.
Agama ini diturunkan oleh Allah SWT untuk memenuhi keinginan dan kecintaan jiwa manusia yang semula jadi kepada Tuhan.
Agama ini diturunkan menerusi tokoh manusia pilihan Tuhan yang berjiwa suci dan luhur yang digelar rasul-rasul Allah.
Agama Ciptaan Manusia
Dikenali sebagai agama alam atau agama budaya kerana agama itu lahir dalam kebudayaan, dibentuk oleh falsafah masyarakat dan dirumuskan oleh ahli fikir masyarakat.
Agama itu terdiri daripada gagasan dasar dan peraturan umum yang ditetapkan oleh beberapa kumpulan yang berpengaruh supaya mereka dapat mematuhinya.
Agama yang datang daripada diri manusia.
Tidak bersandarkan wahyu dan ajaran-ajaran rasul, sebaliknya berbentuk pengajaran dan kaedah-kaedah umum.
Mengapakah Manusia Beragama?
Faktor keselamatan juga memainkan peranannya kerana apabila memeluk sesuatu agama seseorang berasa selamat dan percaya bahawa kuasa agung yang dipercayainya akan menjaga keselamatannya.
Faktor kesejahteraan di akhirat juga adalah penting kerana kebanyakan agama menjanjikan kesejahteraan di akhirat kepada penganut yang patuh kepada ajaran agama masing-masing
Agama merupakan jawapan terhadap persoalan kehidupan yang sukar dijawab.
Agama merupakan elemen pengukuhan ikatan persaudaraan.
Agama-agama di Malaysia
Agama Buddha
Asal Usul Agama Buddha
Suatu reaksi terhadap kekerasan dan penindasan oleh golongan Brahman yang menyebabkan golongan lain bangkit menentang terutama golongan Kshatriya yang terdiri daripada anak-anak raja dan perajurit.
Agama ini diasaskan oleh Siddhartha Gautama yang selalu memikirkan punca penderitaan dan kemelaratan. Dalam usia 29 tahun dia meninggalkan istana dan memulakan kehidupan zuhud serta bercita-cita untuk sampai ke peringkat mengetahui rahsia alam.
Upacara Keagamaan
Objek utama yang sangat signifikan ialah ‘Tiga Permata’ (Tripple Gem), iaitu Buddha, dharma (ajaran Buddha) dan sangha (komuniti Buddha yang berpegang dengan ajarannya).
Upacara penyembahan yang dilakukan di tokong, wat atau rumah dimulakan dengan menyembah patung Buddha dan diikuti dengan bacaan mantera bertujuan untuk memohon perlindungan.
Perayaan Wesak disambut bersempena dengan memperingati kelahiran, kemunculan dan pencapaian Gautama Buddha ke nirvana (syurga). Penganut Buddha akan berhimpun di tokong bagi menjalankan upacara meditasi.
Agama Hindu
Kitab Veda
Terbesar malah dianggap sebagai ensiklopedia agama Hindu.
Veda mengandungi cerita tentang pelbagai aspek kehidupan bangsa Arya di India pada masa lampau.
Memerintah dan Diperintah
Ketua dan yang memerintah menjadi tuhan segala tuhan dan dewa segala dewa. Semua makhluk dan tuhan lain berada di bawah perintahnya. Mereka menamakan tuhan ini sebagai Brahma, Vishnu dan Siva atau juga dipanggil tiga dalam satu dan satu dalam tiga.
sistem kasta yang terbahagi kepada empat golongan, iaitu Brahman, Kshatriya, Vaishya dan Shudra. Golongan ini memuja lembu dan tunduk kepada peraturan kasta.
Tanda warna yang dipakai pada dahi penganut Hindu ialah pottu yang terdiri daripada pelbagai warna. Pottu dipakai secara berbeza oleh lelaki dan wanita yang belum berkahwin dan wanita yang sudah berkahwin. Sementara susu dan bunga juga merupakan simbol suci yang banyak digunakan dalam upacara penyembahan dewa bagi agama Hindu.
Penganut Hindu meraikan Deepavali yang biasanya disambut pada akhir Oktober atau awal November setiap tahun.
Agama Islam
Ajaran Islam
Sumber ajaran Islam ialah al-Quran.
Sumber kedua ialah al-Sunnah yang merangkumi ucapan, tindakan serta sifat-sifat Rasulullah SAW dalam bentuk manifestasi ajaran Islam yang juga dikenali sebagai hadis.
Sumber ketiga ialah ijtihad, ijmak, qiyas, syura dan sebagainya yang diinstitusikan juga sebagai respons ulama terhadap perubahan dan kemajuan dalam kehidupan harian.
Islam Agama Sejagat
Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai bangsa, budaya dan cara hidup yang berbeza-beza seperti yang terkandung dalam al-Quran, “…kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain” (al-Hujuraat: 13).
Islam membuka laluan kepada kesatuan seluruh bangsa. Setiap manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan adalah setaraf di sisi Tuhan.
Ciri-ciri Utama Islam
Bidang politik
Islam menekankan dasar musyawarah, keadilan dan pemilihan pemimpin secara adil tanpa membezakan manusia berdasarkan kelas, keturunan, bangsa, agama atau warna kulit.
Islam menghormati hak asasi setiap manusia
Segi sosial
Islam memperjuangkan dasar kehormatan diri manusia.
Seluruh manusia dilahirkan dalam keadaan bersih dan suci.
Segi ekonomi
Memberi kebebasan kepada umatnya untuk berusaha mencari kekayaan tetapi dengan cara yang mulia dan bersih. Islam meletakkan tanggungjawab membasmikan kemiskinan dan penderitaan masyarakat di tangan orang yang berharta dan berkuasa.
Mewajibkan zakat pada golongan yang berada serta menggalakkan umatnya menderma dan berkorban untuk kebajikan orang lain sebagai salah satu cara pembersihan hati serta mekanisme membanteras kemiskinan.
Segi ilmu pengetahuan
Islam menggalakkan perkembangan ilmu dan menganjurkan supaya menjalankan kajian serta penyelidikan terhadap rahsia-rahsia alam.
Islam mewajibkan setiap orang sama ada lelaki ataupun perempuan menuntut ilmu.
Perayaan Agama Islam
Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Aidiladha
Agama Kristian
Agama Kristian mengajar bahawa tuhan menurunkan anaknya, Jesus ke dunia sebagai hamba pilihannya, yang dinamakan al-Masih, untuk menolong manusia melakukan tugas keagamaan mereka.
Kitab suci Kristian iaitu Bible mengandungi Kitab Perjanjian Lama atau Bible Ibrani dan Perjanjian Baru.
Agama Kristian asalnya merupakan mazhab daripada kepercayaan Yahudi yang menerima Jesus daripada Nazaret sebagai messiah atau kristus.
Pembaptisan ialah upacara untuk meraikan kemasukan seseorang dalam Kristian.
Eukaris atau Perhimpunan Suci atau Makan Malam Terakhir pula ialah majlis makan roti dan wine sebagai tanda perpaduan antara penganut Kristian dan Jesus.
Agama Sikh
Ritual dan Upacara Keagamaan
Granthi Sahib, ahli agamanya memainkan peranan penting dalam menjalankan sesuatu upacara keagamaan di gurdwara.
Selalunya upacara keagamaan diakhiri dengan bacaan ardas (doa) iaitu penganut Sikh berdiri sambil merapatkan kedua-dua belah tapak tangan yang bertujuan memanjatkan kesyukuran, meminta maaf, berterima kasih atau meminta sesuatu hasrat daripada Waheguru dengan penuh keikhlasan.
Penganut Sikh amat mementingkan seva (kerja amal) kepada umat manusia tanpa mengira agama.
Guru ka langgar, iaitu makanan berupa sayuran dimasak oleh orang Sikh di gurdwara (tempat ibadat) yang disediakan kepada pengunjungnya tanpa mengira agama.
Perayaan
Aktiviti keagamaan yang utama dijalankan semasa sambutan perayaan Vaisakhi ialah amrit sanskar (upacara pembaptisan). Upacara suci ini menandakan kesediaan penganut Sikh memohon amrit (air suci) bagi mendekatkan diri kepada Waheguru.
Vaisakhi merupakan perayaan terpenting bagi penganut Sikh. Perayaan ini disambut pada bulan April setiap tahun
Kesh atau berambut panjang simbol terpenting bagi kaum Sikh sebagai simbol keimanan.
Kirpan atau pedang kecil menunjukkan bahawa seseorang yang memakainya setia dan teguh pegangan agamanya serta mempunyai iltizam yang tinggi terhadap agama.
Kacha atau seluar khas pendek melambangkan kesediaan setiap waktu serta ketangkasan pergerakan dalam proses melakukan sesuatu.
Animisme
Kepercayaan animisme menganggap bahawa segala sesuatu di dalam alam ini termasuk benda alam yang mati mempunyai jiwa dan dapat berfikir dan berkeperibadian seperti manusia.
Semangat dan kuasa luar biasa ini disifatkan sebagai tuhan.
Ajaran Tao
berasaskan ajaran Lao Tze yang menyarankan supaya manusia menarik diri daripada duniawi dan mencari jalan bahagia secara mengasingkan diri daripada peraturan duniawi dan upacara yang merugikan.
Lao Tze mengatakan bahawa perasaan tamak dan nafsu seseorang mendorongnya bertindak dengan kurang bijak dan tidak rasional.
Buku-buku ajaran Tao merupakan koleksi ajaran yang bertulis dalam bentuk sajak warisan kesusasteraan yang terkenal.
Ajaran Konfucius
Ajaran Konfucius menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri.
Ajaran Konfucius dikumpulkan oleh pengikutnya dalam bentuk buku berjudul lun-Yu atau Analekta. Ia berkenaan dengan li atau Rukun Bangsa.