Pengkaji dapat mengukur pelbagai pemboleh ubah
hasil daripada dapatan yang diperoleh melalui
pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah laku atau
situasi manusia seperti bilangan populasi, skor,
stress, emosi, dan persepsi. Pengukuran pemboleh
ubah berkaitan dapatan lain seperti cuaca,
pemasaran barangan, kelajuan kenderaan, dan
makanan juga boleh menggunakan statistik deskriptif.