Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
JENIS-JENIS SKALA PENGUKURAN (SKALA NISBAH / SKALA RASIO (Skala pengukuran…
JENIS-JENIS SKALA PENGUKURAN
SKALA NOMINAL
Skala ini menempatkan angka sebagai atribut objek.
Tidak memiliki kesan evaluatif kerana skala ini hanya menempatkan angka ke dalam kategori tanpa struktur, tidak memiliki peringkat dan tidak ada jarak.
Skala pengukuran ini tidak boleh disusun mengikut urutan dan tidak boleh diukur.
Skala pengukuran nominal digunakan untuk mengklasifikasikan objek, individu atau kelompok.
Contohnya: Klasifikasi jenis jantina, agama, pekerjaan, dan kawasan geografi. Untuk mengenal pasti perkara-perkara tersebut, pengkaji akan menggunakan angka sebagai simbol seperti jenis jantina responden, lelaki = 1, dan perempuan= 2
SKALA ORDINAL
Skala ordinal adalah skala pengukuran yang menyatakan kategori atau kelompok sekali gus menunjukkan peringkat terhadap kategori tersebut.
Skala ordinal menunjukkan peringkat-peringkat tertentu yang lazimnya menggunakan frekuensi, median dan mod, Spearman rank-order correlation dan analisis varian untuk analisis statistiknya.
Skala ordinal terdiri daripada data yang boleh disusun mengikut tertib atau nilai tertentu yang lazimnya boleh disusun dengan menggunakan skala Likert.
Skala ordinal tidak boleh mengukur perbezaan antara dua data.
Skala ordinal boleh memberikan nilai numerik tetapi tidak dapat melakukan operasik matematik. Contohnya, 'Bagaimana penilaian terhadap pengajaran guru Bahasa Melayu di sekolah' sama ada sangat baik, baik, tidak baik, sangat tidak baik.
SKALA SELA / SKALA INTERVAL
Skala pengukuran yang menggunakan data yang boleh disusun.
Mempunyai data yang bermakna dan boleh diukur.
Contohnya: suhu didih bagi cecair yang berbeza; kita boleh tahu sama ada suhu didih cecair A > (lebih tinggi) daripada suhu didih cecair B. A=223 darjah celcius manakala cecair B=247 darjah celcius. Oleh itu, B>A. Nilai sifar (0) bersifat arbitrari iaitu tidak menggambarkan nilai kosong secara mutlak).
Skala pengukuran ini mempunyai dua ciri khas iaitu jarak antara skala adalah sama (tahap antara unit skala disebarkan secara sekata antara satu dengan yang lain) dan tidak mempunyai nilai sifar sebenar.
SKALA NISBAH / SKALA RASIO
Skala pengukuran yang terdiri daripada data yang mempunyai nilai kosong secara mutlak.
Contohnya: Nilai kosong dapat digambarkan sebagai tidak ada kuantiti seperti jika seseorang tidak bekerja maka gajinya RM0.00.
Skala pengukuran ini serupa dengan skala sela di mana skor-skornya disebarkan dalam jarak yang sama.
Skala ini sangat sesuai dalam sains sosial kerana operasi aritmatik boleh dijalankan ke atas nilai yang diukur.
Skor dalam skala nisbah boleh memberi gambaran berkaitan tertib dan perbezaan. Contohnya: Seseorang yang tingginya 1.5m adalah lebih tinggi daripada seseorang yang tingginya 1.5m.
Contoh yang biasa menggunakan skala nisbah: pengukuran panjang, tinggi, berat, dan masa.