Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DATA KUANTITATIF
Penyelidikan kuantitatif boleh dilakukan melalui kajian…
DATA KUANTITATIF
Penyelidikan kuantitatif boleh dilakukan melalui kajian deskriptif atau kajian inferensi. Dalam penyelidikan deskriptif, data dikumpul daripada seluruh populasi dan statistik asas seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan taburan skor dilaporkan.
Berbeza daripada penyelidikan kualitatif, penyelidikan kuantitatif dikaitkan dengan data numerikal. Data numerikal yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan ujian statistik Variabel-variabel dalam suatu fenomena dalam kajian kuantitatif dioperasionalkan dan masalah kajian dinyatakan dalam bentuk hipotesis.
Reka bentuk eksperimental, kuasi-eksperimental dan tinjauan (menggunakan soalan selidik berstruktur) merupakan rekabentuk penyelidikan kuantitatif.
-
-
-
Ujian ANOVA
Fungsi Ujian ANOVA ialah untuk membezakan skor-skor min bagi sampel-sampel kajian. Ujian ANOVA hanya membenarkan perbandingan dua skor min, tetapi boleh digunakan untuk membandingkan n skor min. Juga membenarkan pengkaji membuat analisis ke atas dua atau lebih variabel bebas secara serentak untuk melihat sama ada terdapat kesan interaktif antara variabel-variabel bebas tersebut.
Ujian ANOVA Sehala - ialah taburan F dan digunakan untuk menguji sama ada terdapat perbezaan antara dua atau lebih daripada dua skor min.
Ujian ANOVA Dua-Hala - ialah dua atau lebih variabel bebas dianalisis secara serentak. Setiap variabel bebas mungkin mempunyai dua atau lebih daripada dua aras. Digunakan untuk melihat kesan interaksi antara dua atau lebih variabel bebas ke atas satu variabel bersandar.
-
-
-
-
-