Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
POPULASI DAN PERSAMPELAN (Persampelan adalah berkaitan dengan proses…
POPULASI DAN PERSAMPELAN
Persampelan adalah berkaitan dengan proses memilih sebilangan subjek daripada sesuatu populasi untuk dijadikan sebagai responden kajian.
Persampelan merupakan satu aspek penting dalam penyelidikan kerana penggunaan sampel yang tidak sesuai akan mengurangkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian.
Masalah persampelan akan timbul jika pengkaji tidak membuat perancangan prosedur persampelan sebelum kajian dilakukan.
-
Perancangan persampelan yang rapi bukan sahaja memudahkan pengkaji untuk mengumpul data daripada sampel kajian, malah ia juga dapat mengurangkan ralat pengukuran dan menjimatkan masa serta perbelanjaan.
Maka prosedur persampelan menjadi penting kerana melaluinya satu sampel dipilih secara rawak untuk mewakili populasi kajian.
Sampel merupakan sesuatu yang konkrit yang dapat diukur dan dikira secara tepat atau dikaji tingkah laku setiap subjek dalamnya.
Prosedur persampelan dalam penyelidikan dilakukan dengan menentukan kerangka persampelan dahulu diikuti dengan memilih sampel kajian daripada kerangka persampelan tersebut dan seterusnya melakukan ujian statistik ke atas sampel.
Bilangan subjek populasi dalam suatu kajian mungkin sangat besar sehingga tidak dapat dikenal pasti sengan tepat.
Disebabkan ciri-ciri subjek dalam populasi yang tidak tetap, populasi boleh dianggap sebagai suatu yang abstrak, yang sukar atau tidak dapat diukur dan dikira secara tepat atau dikaji tingkah laku setiap subjeknya.
-
Empat Skala Pengukuran
-
Data skala Selang
Mengkategori, menyusun kategori dan membina unit yang sama dalam skala tersebut (jarak di antara setiap dua skala yang berturutan adalah sama)
-
Data Skala Nisbah
Mengkategori, menyusun kategori, membina unit yang sama dalam skala tersebut dan mengandungi satu nilai sifat benar.