Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGURUSAN TADIKA CEMERLANG (GURU (Pengajaran (mereka berupaya mengenal…
PENGURUSAN TADIKA CEMERLANG
GURU
Kelayakan
Faktor kelayakan guru dalam mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru, terdapat juga faktor-faktor lain yang berpotensi mencorakkan pencapaian murid, antaranya ialah kepercayaan efikasi guru (Bandura, 1997)
Pengalaman
Aspek pengalaman guru mungkin merupakan faktor penentu utama dalam mengambil calon guru berkualiti tetapi dasar pengambilan tersebut mungkin sesuai untuk guru senior. Akibat kurang panduan kerana kurangnya kajian, timbul permasalahan untuk mengambil guru berkualiti. (Rivkin, Hanushek dan Kain, 2015)
Guru-guru berpengalaman banyak bergantung kepada ingatan dan tafsiran terhadap pengalaman pengajaran terdahulu yang berkaitan (Gist & Mitchell 1992).
Efikasi guru berpengalaman (mengajar lebih dari lima tahun) lebih tinggi berbanding dengan guru novis (mengajar kurang dari lima tahun) (Tschannen-Moran dan Hoy, 2002)
Latihan
Latihan guru dan pengalaman mengajar sebagai antara kelayakan asas yang utama dalam pengajaran berkesan (Goodwin,1999)
Latar Belakang Akademik
Memainkan peranan utama dalam meningkatkan pencapaian murid (Clotfelter, Ladd dan Vigdor (2006, 2007)
Yang menemui kurang wujudnya perkaitan yang signifikan antara latar belakang akademik guru dengan keberkesanan pengajaran mereka (Harris dan Sass, 2008)
Penilaian terhadap kecemerlangan akademik lampau guru sukar untuk dijadikan kayu pengukur kepada keberkesanan pengajaran guru kerana pencapaian akademik tersebut dipengaruhi oleh aspek masa lampau guru seperti mana berikut: akses pendidikan waktu kanak-kanak, pelaburan ibu bapa dalam pendidikan, motivasi diri individu untuk belajar rajin dan faktor baka (Rivkin, Hanushek & Kain, 2015; Rockoff, 2014).
Pengajaran
mereka berupaya mengenal pasti kompetensi diri dan aras pengajaran yang seharusnya mereka laksanakan terhadap murid berdasarkan keupayaan, gaya pembelajaran dan minat murid (Dunkin, 2008).
Keberkesanan pengajaran guru dilihat melalui perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial murid (Barringer & Gholson, 2012).
Sekiranya tidak wujud perbezaan aras pengajaran guru, murid yang kurang menguasai sesuatu ilmu akan ketinggalan (Clotfelter, Ladd & Vigdor, 2007).
Pengajaran merupakan aktiviti penting yang berlaku di sesebuah sekolah. Aktiviti tersebut dilaksanakan oleh guru. Dua perkara utama yang sering dijadikan bahan perdebatan dalam kalangan pihak berkepentingan dalam pendidikan khususnya penggubal dan pengamal dasar pendidikan adalah pengajaran guru yang berkualiti dan pencapaian murid. (McCaffrey, Lockwood, Koretz & Hamilton, 2003; Rivkin, Hanushek & Kain, 2015)
Guru merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pembelajaran Hattie (2016, hlm.22)
Amalan pengajaran yang disertai dengan pengetahuan dan tindakan memberi pengaruh terhadap pembelajaran murid ( Cohen, Raudenbush dan Ball, 2003).
Guru seharusnya menyampaikan isi kandungan pengajaran secara teratur (Kallison, 2016),
isi kandungan yang disampaikan seharusnya bersesuaian dengan keupayaan, gaya pembelajaran dan minat murid (Pressley, Wood, Woloshyn, Martin & Menke, 2012).
PRASARANA
Bahan Bantu Mengajar
Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (Omardin Ashaari, 1999).
Penggunaan komputer untuk pengajaran kini kian mudah dan canggih, namun kaedah tradisional seperti sliad, OHP, dan handout masih lagi digunakan dengan meluas (Gayeski,1986)
Penggunaan pelbagai alat bantu mengajar mengikut cara yang bersesuaian dapat meningkatkan mutu atau tumpuan murid– murid terhadap pembelajaran. Pengunaan bahan bantu mengajar juga turut memudahkan guru dalam penyampaian konsep kepada pelajar. (Mohd Dahlan,1992)
BBM yang digunakan dapat menyatakan gambaran sebenar teori yang dipelajari oleh pelajar maka pelajar lebih seronok dan tidak bosan (Mohd. Izham et al., 2007)
Kepentingan kepenggunaannya adalah sebagai penyelesaian kepada masalah kekurangan tenaga dan masa dalam proses penyediaan P&P (Siti Fatimah & Abd Halim, 2010)
kerap menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik (Mayer & Gallini, 2011) agar konsep yang diajar jelas kelihatan (Kozma, 2011),*
Susunan Perabot
Akses kepada pendidikan berkualiti bukan sahaja dalam aspek prasarana sekolah yang baik, integrasi kurikulum dan kokurikulum yang berkesan tetapi mempunyai perkaitan signifikan dengan kualiti guru (Muhammad Faizal A. Ghani dan Julie Williams, 2014)
Penyelia ialah individu terpenting dalam pemantauan penggunaan taman permainan kerana mereka berfungsi mengelakkan serta mengurangkan sebarang kecelakaan atau kemalangan daripada berlaku (Rudolph, 1975 dalam Davis, 2005)