Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
APLIKASI INTERNET (PENGENALAN KEPADA INTERNET (WORLD WIDE WEB (WWW),…
APLIKASI INTERNET
-
-
HALAMAN INDUK
Halaman utama yang terpapar apabila pengguna internet memasuki alamat sesebuah organisasi setelah pengguna menaipkan alamat pengesahan sumber tetap yang berkenaaan . cth: URL
-
ENJEN PENCARIAN
Ia digunakan untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan kehendak pengguna di
Internet. Ia membantu pengguna mencari maklumat yang diperlukan dengan mudah dan
cepat. Namun, ia memerlukan perisian pelayar web bagi membolehkan ianya berfungsi.
-
-
Mel Elektronik (E-mel)
Mel elektronik atau singkatannya E-mel merupakan mel yang dihantar secara elektronik,
khasnya menerusi sistem komputer. E-mel hampir sama dengan mel yang biasa iaitu ianya
mempunyai alamat pengirim, penerima serta isi kandungan mel dan ianya tidak
memerlukan penggunaan setem bagi tujuan penghantaran. Contoh alamat e-mel yang
boleh digunakan ialah jamal@minister.com, bahar@tm.net.my atau mba@mel.fp.utm.my.
Penghantaran mel menerusi teknologi adalah lebih pantas dan murah. Seseorang
pengguna juga boleh menghantar salinan atau menyertakan lampiran dengan mel
elektronik. Mel elektronik juga boleh digunakan untuk menghantar gambar, grafik, video,
animasi dan sebagainya.
-
-
APLIKASI INTERNET
Banyak perkara yang boleh dilakukan melalui teknologi Internet. Diantaranya adalah:
a) World Wide Web (WWW)
b) Protokol Pemindahan Fail (FTP)
c) Sidang Video (Video Conferencing)
d) Mel elektronik (e-mel)
ISU-ISU INTERNET
Penggunaan Internet secara meluas boleh mendatangkan pelbagai implikasi. Antaranya
adalah:
a) Berlaku penyebaran fitnah/surat layang yang bersifat spekulatif & provokatif.
b) Sentimen perkauman bagi masyarakat berbilang kaum, memburukan imej negara &
pemimpin dan cubaan meruntuhkan sesebuah kerajaan.
c) Mengalakkan jenayah siber seperti pecah amanah,mencuri maklumat,menceroboh
laman web,dan sebagainya.
d) Menyiarkan laman-laman lucah (pornografi) tanpa tapisan seperti gambar atau klip
video.
e) Menjatuh/mengaibkan seseorang bagi tujuan niat jahat melalui artikel atau gambar.
f) Berlaku kecurian maklumat & penyalinan data secara tidak sah.
g) Pengguna Internet menjadi anti-sosial kerana mengalakkan pengguna internet duduk
dirumah tanpa bersua dengan orang ramai.
-
-
-
-
MENCARI LAMAN WEB
Dengan menggunakan perisian Pelayar web yang ada, anda dikehendaki untuk mencari laman
web yang dicadangkan atau yang diarahkan dengan menggunakan Search Engine yang sesuai.
- Taipkan kata kunci yang ingin di cari pada ruangan carian (search)
- Tekan kekunci Enter.