Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Definisi internet (9 istilah Internet yang perlu anda ketahui (Halaman…
Definisi internet
-
World Wide Web (WWW)
– Laman Web
WWW adalah aplikasi yang penting dan banyak digunakan. Pengguna boleh mendapatkan
maklumat dalam bentuk teks, gambar, video dan juga audio.
Dalam aplikasi ini, banyak
kemudahan yang dapat dilaksanakan seperti
:
Memesan atau membeli sesuatu barang secara atas talian (online)
Mendaftar secara atas talian (online)
Mengakses multimedia dan sebagainya
File Transfer Protocol (FTP)
FTP adalah salah satu aplikasi di Internet untuk muat turun (download) dan muat naik
(upload) sesuatu fail di FTP server. Dengan ini, pengguna dapat bertukar fail dengan
cepat
Terdapat banyak perisian (software) percuma (free) untuk dimuat turun (download)
dari mana-mana laman web.
Sidang Video
Sidang video merupakan perhubungan antara pengguna dari berbagai lokasi yang
dihubungkan melalui Internet
Perkakasan (hardware) yang diperlukan oleh setiap
pengguna adalah komputer, kamera, perisian komunikasi, dan alat untuk perhubungan.
Ianya boleh dianggap seperti suatu mesyuarat yang dijalankan diruang siber dimana
pesertanya terdiri dari pelbagai lokasi yang berlainan. Pengguna boleh berinteraksi secara
langsung (online) antara satu dengan yang lain.
Mel Elektronik (E-mel)
Mel elektronik atau singkatannya E-mel merupakan mel yang dihantar secara elektronik,
khasnya menerusi sistem komputer. E-mel hampir sama dengan mel yang biasa
iaitu ianya
mempunyai alamat pengirim, penerima serta isi kandungan mel dan ianya tidak
memerlukan penggunaan setem bagi tujuan penghantaran. Contoh alamat e-mel yang
boleh digunakan ialah jamal@minister.com, bahar@tm.net.my atau mba@mel.fp.utm.my.
Penghantaran mel menerusi teknologi adalah lebih pantas dan murah. Seseorang
pengguna juga boleh menghantar salinan atau menyertakan lampiran dengan mel
elektronik
. Mel elektronik juga boleh digunakan untuk menghantar gambar, grafik, video,
animasi dan sebagainya.
ISU-ISU INTERNET
Penggunaan Internet secara meluas boleh mendatangkan pelbagai implikasi.
Antaranya
adalah:
a) Berlaku penyebaran fitnah/surat layang yang bersifat spekulatif & provokatif.
b) Sentimen perkauman bagi masyarakat berbilang kaum, memburukan imej negara &
pemimpin dan cubaan meruntuhkan sesebuah kerajaan
.
c) Mengalakkan jenayah siber seperti pecah amanah,mencuri maklumat,menceroboh
laman web,dan sebagainya.
d) Menyiarkan laman-laman lucah (pornografi) tanpa tapisan seperti gambar atau klip
video.
e) Menjatuh/mengaibkan seseorang bagi tujuan niat jahat melalui artikel atau gambar.
f) Berlaku kecurian maklumat & penyalinan data secara tidak sah
.
g) Pengguna Internet menjadi anti-sosial kerana mengalakkan pengguna internet duduk
dirumah tanpa bersua dengan orang ramai.
4 MENCARI MAKLUMAT (SEARCHING INFORMATION)
Untuk melayari Internet, beberapa perkakasan (hardware) dan perisian (software) diperlukan.
Antaranya adalah:
a) Komputer
b) Modem
c) Sambungan telefon
d) Akaun pembekal perkhidmatan Internet (Internet Service Provider)
e) Perisian pelayar web
Back Ikon ini membawa pengguna ke skrin sebelumnya.
Forward Ikon ini berfungsi berlawanan dengan ikon back.
Stop Menghentikan laman web daripada dipaparkan sepenuhnya
.
Home Ikon ini akan membawa pengguna ke muka laman yang pertama
Refresh Ikon ini memuatkan semula laman web. Kadang-kala, sesebuah
muka laman web tidak akan dipaparkan sepenuhnya, tetapi dengan
mengklik ikon Refresh, akan memuatkan semula seluruh muka
laman web
.
Favorites Melabelkan laman web yang menjadi kegemaran pengguna tersebut
Print Ikon ini untuk mencetak laman web yang dilayar
i
History Membenarkan pengguna melihat kembali apakah laman web yang
pernah dilawat
i
PROTOKOL PEMINDAHAN HIPERTEKS (HYPERTEXT TRANSFER
PROTOCOL – HTTP)
Ia merupakan protokol utama yang digunakan dalam WWW untuk memindahkan
maklumat di antara komputer
ALAMAT PROTOKOL INTERNET (INTERNET PROTOCOL ATAU IP
ADDRESS)
Setiap komputer yang dihubungkan dengan talian internet mempunyai alamat unik yang
dikenali sebagai IP Address. Alamat ini menggunakan empat nombor yang dipisahkan
oleh titik-titik.
Setiap komputer dirujuk menggunakan nombor ini. Namun demikian, pengguna tidak
perlu menghafal nombor-nombor tersebut kerana ia juga boleh diwakili oleh Sistem Nama
Domain (Domain Name System)
SISTEM NAMA DOMAIN (DOMAIN NAME SYSTEM)
Nama domain adalah penamaan suatu alamat yang memudahkan kita untuk
mengingatnya. Nama domain yang terakhir boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama
iaitu zon geografik dan jenis organisasi yang terbabit.
Berikut adalah beberapa singkatan domain berdasarkan kategori negara dan jenis
organisasi.
– DOMAIN –
KATEGORI JENIS ORGANISASI
.com – untuk perusahaan atau badan komersial
– e.g: apple.com
.edu – untuk institusi pendidikan
– e.g: perda-tech.edu.my
.gov – untuk badan kerajaan
– e.g: perda.gov.my
.mil – untuk ketenteraan
– e.g: navy.mil.my
.int – untuk badan bebas antarabangsa
– e.g: worldbank.int
.net – untuk organisasi yang terlibat dengan rangkaian
– e.g: tm.net.my
.org – untuk organisasi swasta yang tidak tergolong dalam domain di atas
– e.g: en.wikipedia.org
– DOMAIN –
KATEGORI NEGARA
.au – Australia
.ca – Canada
.sg – Singapura
.uk – United Kingdom
.id – Indonesia
.my – Malaysia
Internet merupakan singkatan dari ‘interconnected networking’ -jaringan rangkaian komputer yang terbesar di dunia .
-
- Alamat Protokol Internet (Internet Protocol)
Definisi WWW
Sejenis sistem yang mengandungi koleksi halaman web dan maklumat di seluruh dunia
yang boleh dicapai oleh pengguna dengan cepat dan murah.
Definisi URL:
Ia membolehkan seseorang pengguna Internet memasuki halaman web seseorang atau
organisasi setelah pengguna menaipkan alamat Pengesan Sumber Tetap yang berkenaan.
Halaman induk (home page)
halaman utama yang terpapar apabila pengguna Internet memasukkan alamat sesebuah
organisasi atau individu.
-
-
Engine pencari (search engine)
Ia digunakan untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan kehendak pengguna di
Internet. Ia membantu pengguna mencari maklumat yang diperlukan dengan mudah dan
cepat. Namun, ia memerlukan perisian pelayar web bagi membolehkan ianya berfungsi.
-
PEMBEKAL PERKHIDMATAN INTERNET (INTERNET SERVICE PROVIDER)
Pembekal perkhidmatan Internet adalah satu
organisasi yang menyedia dan menjual
perkhidmatan Internet. Di Malaysia, antara pembekal perkhidmatan Internet adalah maxis celcom digi umobile
Aplikasi internet
Banyak perkara yang boleh dilakukan melalui teknologi Internet. Diantaranya adalah:
-World Wide Web (WWW)
-Protokol Pemindahan Fail (FTP)
-Sidang Video (Video Conferencing)
-Mel elektronik (e-mel)