Coggle requires JavaScript to display documents.
Sepanjang berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di Kuala Lumpur untuk mengadu nasib atau berkongsi masalah. Sebaliknya, dia berusaha sedaya upaya menempuh semua ujian tersebut dengan semangat yang kental.
Peristiwa Lili ditahan, dikurung dan diikat oleh Rafiq di sebuah pondok buruk tidak mematahkan semangatnya. Sebaliknya, peristiwa tersebut menguatkan keinginannya untuk mengikuti perkembangan diri Rafiq dan Haziq, sekali gus cuba membantu mereka.
Persoalan tentang keganasan rumah tangga. Seman suami Che Jah seorang yang suka berjudi, berhutang dan minum arak telah menyebabkan rumah tangga Che Jah berantakan. Anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang baru belasan tahun turut berperangai seperti ayahnya apabila tersalah memilih kawan. Che Jah meminta cerai daripada suaminya kerana sudah tidak tahan dengan perangai suaminya.
Persoalan tentang penggunaan ubat tradisional. Datuk sering disindir oleh nenek akibat terlalu prihatin dan membantu penduduk kampung yang bermasalah kesihatan dengan membekalkan ubat tradisional yang dibuatnya sendiri. Ada satu ketika datuk tidak pulang ke rumah hingga menyebabkan nenek berasa risau kerana datuk masuk ke hutan mencari akar-akar kayu tanpa pengetahuannya.
Persoalan tentang sikap prihatin. Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang mengalami keganasan rumah tangga. Walaupun Haziq dan Rafiq menculiknya tetapi Lili memaafkan tindakan mereka kerana beranggapan keluarga tersebut memerlukan bantuan pemulihan. Lili sering ke rumah Che Jah untuk memberikan motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap suaminya yang buruk selama ini.
Persoalan tentang masalah sosial penduduk kampung. Hidup di kampung walaupun berada dalam keadaan selesa, nyaman dengan pemandangan yang cantik namun terdapat pelbagai masalah sosial. Penduduk kampung didatangi oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menjual tanah-tanah mereka. Penduduk kampung juga memberontak untuk lebih menyetujui penggantian kubah surau berbanding pembinaan masjid baru. Penduduk kampung juga berhadapan dengan masalah sosial apabila wujudnya keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh Che Jah akan sikap suaminya yang kurang bertanggungjawab diikuti kelakuan anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang tersalah memilih kawan.
Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang berlaku di sekeliling kita supaya masalah tersebut diatasi dan keadaan menjadi seperti sediakala.
Kita hendaklah menghargai sumber alam supaya kegunaan herba dapat manfaatkan manusia sejagat.
Kita hendaklah hidup dalam harmoni supaya semua kaum dapat menikmati hidup yang aman.
Kita hendaklah menyelesaikan masalah secara bermusyawarah supaya segala masalah dapat diatasi tanpa menjejaskan hubungan akrab yang telah terbina selama ini.
Kita hendaklah sayang akan ahli keluarga supaya melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni serta membesar dengan penuh kasih sayang.
Latar masyarakat yang bermasalah dalam keluarga.
Latar masyarakat yang suka mengambil tahu hal keluarga orang lain.
Latar masyarakat yang buruk sangka.
Latar masyarakat yang prihatin.
Dungun - Daerah tempat nenek dan datuk tinggal, daerah asal ibu Lili.
Pekan Sejahtera
Tempat tinggal Geetha - Kedai milik Letchumi ibu Geetha terletak di sini.
Pekan Sentosa - Tempat tinggal datuk dan nenek Lili
Bendang - Tempat Lili bertemu neneknya sewaktu tiba di kampung
Masjid - tempat datuk bergotong-royong menaikkan kubah masjid bersama-sama penduduk kampung.
Rumah datuk – Reka bentuk yang unik dengan corak jendela dan pintu, tempat datuk bercerita tentang kemujaraban akar kayu dengan Lili.
Maghrib - menjelang waktu Isyak, Lili melihat melalui jendela sebuah lori membawa kubah di puncaknya terdapat bulan sabit.
Pagi - Lili meminta izin nenek untuk berada di luar bagi melihat kubah surau atau bertemu Che Jah.
Nilai Jati Diri. Datuk tetap menganggap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini dapat memberikan bantuan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya.
Nilai Tanggungjawab. Penduduk kampung bergotong-royong membantu menyelesaikan masalah kubah surau.
Nilai kasih sayang. Nenek dan datuk melayan baik Lili walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.
Nilai baik hati. Danel sering datang ke rumah nenek dan membantu nenek memasak. Apatah lagi Danel menganggap masakan nenek memang sedap.
Nilai prihatin. Lili prihatin atas nasib Rafik dan Haziq kerana berpunca dari masalah keluarga yang dihadapi walaupun mereka pernah menculik Lili. Lili menjenguk Che Jah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang latar belakang Haziq dan Rafik.