Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Teknologi Maklumat (APLIKASI IT (KOMUNIKASI, HIBURAN, PENDIDIKAN, INDUSTRI…
Teknologi Maklumat
-
-
-
KEGUNAAN IT
MEMPERSEMBAHKAN MAKLUMAT
IT digunakan untuk mempamerkan mkalumat supaya dapat dilihat oleh orang lain
seperti menggunakan pemprosesan perkataan ( contoh Microsoft Word ) bagi
menghasilkan laporan atau penerbitan sesebuah buletin atau majalah
MENGENDALI MAKLUMAT
IT digunakan untuk mencapai, mengemaskini, menyusun, menyimpan dan
menganalisis maklumat dengan menggunakan perisian pangkalan data (contoh
Microsoft Access ) atau pakej yang lain
-
PERKAKASAN
Perkakasan utama IT ialah komputer. Komputer digunakan untuk mencapai,
memproses, dan menyimpan maklumat serta mengawal peralatan-peralatan tertentu
PERISIAN
Perisian dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu perisian aplikasi dan perisian
sistem. Perisian aplikasi membolehkan pengguna sistem komputer melakukan kerjakerja
seperti menaip dokumen, menghasilkan laporan, menganalisis maklumat dan
sebagainya. Perisian sistem adalah penting kerana untuk membolehkan perisian
aplikasi dilaksana dan digunakan oleh pengguna komputer. Perisian sistem berfungsi
sebagai antaramuka supaya pengguna dapat berinteraksi dengan sistem komputer
KOMUNIKASI DATA
IT digunakan untuk memindahkan data dari satu tempat ke tempat yang lain dengan
menggunakan talian telefon, kabel atau bahantara komunikasi yang lain
KOMUNIKASI
Komponen komunikasi boleh terdiri daripada perisian atau perkakasan. Perisian dan
perkakasan komunikasi diguna bagi memastikan bahawa hubungan di antara dua
peranti seperti komputer dapat dilakukan