CETAKAN

Definisi : Seni cetakan ialah proses menghasilkan karya atau imej yang sama berulang kali.

Sejarah Cetakan :

  • Proses penghasilan cetakan terawal dihasilkan daripada cetakan kayu yang dipercayai bermula pada abad ke-7M di China
  • Seni cetakan digunakan untuk tujuan bahan pendidikan,propaganda dan bahan keagamaan.
  • Sejarah cetakan di Malaysia telah dibawa dari China ke Singapura pada tahun 1940-an.
  • Teknik cetakan telah dibawa masuk melalui Nanyang Akaedemik.

Jenis-Jenis Cetakan


  • Cetakan timbulan


    : cetakan lino


    : cetakan blok kayu


    : cetakan timbul/kolograf/kolaj


  • Cetakan benam


  • Cetakan planografi/litografi

  • Cetakan stensil/serigrafi/sutera saring

Media yang digunakan :


Cetakan Timbulan =

  • blok kayu(cetakan kayu)
  • penggelek warna/roller
  • kepingan kaca
    dakwat cetakan lino atau blok kayu
  • set alat ukiran
  • minyak linsid
  • kertas

uploaded image

Cetakan Benam =

  • plat logam
  • alat tajam (paku atau jarum)
  • dakwat likat
  • minyak tanah
  • surat khabar
  • kertas untuk dicetak (lembap)
  • pemampat atau penggelek
  • asid

uploaded image

uploaded image

Cetakan Stensil/Serigrafi/Sutera Saring =

  • kain sutera saring
  • pemidang skrin
  • imulsi(cecair kimia)
  • sekuji
  • kain atau kertas
  • kotak lampu

Cetakan Planografi/Litografi

  • blok batu kapur
  • tusche
  • berus
  • cecair kimia
  • kain
  • turpentin
  • span

Teknik penghasilan


Cetakan Timbulan

  • Proses mengukir imej pada permukaan blok kayu.
  • Menggelek dakwat ke atas permukaan blok kayu yang telah diukir.
  • Mengosok belakang kertas cetakan menggunakan lengkungan sudu
    untuk memastikan dakwat benar-benar rata pada kertas cetakan.
  • Imej cetakan yang terhasil
  • Beberapa siri cetakan asli yang dipanggil 'Edisi

Cetakan Planografi/Litografi

  • cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok untuk menghasilkan imej cetakan.
  • proses cetakan ini menggunakann kaedah yang dinamakan litografi.
    teknik penolakan minyak dengn air. permukaan imej yang telah dilukis menggunakan krayon minyk dan disapu gam arab yang dicampur dengan asid nitrit.
  • kekalisan antara air dengan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan-akan lukisan pensel.
  • cetakan dihasilkan menggunakan mesin penggelek untuk cetakan.

Cetakan Stensil/Ssrigrafi/Sutera Saring

  • bahan yang hendak dicetak seperti kertas atau kain diletakkan di bahagian bawah pemidang skrin dan dakwat pencetak atau pewarna di atas skrin.
  • sekuji digunakan sebagai perata warna bagi menarik warna. warna tidak boleh ditarik banyak kali kerana ini akan mengakibatkan hasil cetakan tidak kemas. warna akan melalui bahagian yang terdedah hingga ke bahan yang ditutupi foto emulsi akan menghalang warna daripada menembusinya.
  • apabila pemidangg skrin diangkat, imej telah dipindahkan pada bahan yang dicetak. imej yang dihasilkan tidak terbalik. jika lebih darpada satu warna diperlukan, maka emidang skrin yang berasingan akan digunakan untuk setiap warna.

click to edit