Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bab 8: PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL (LATAR BELAKANG…
Bab 8: PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL
SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK
Bahasa dan pendidikan adalah dua perkara yang saling berkait rapat. Melalui pendidikan, sesuatu bahasa dapat dipertahankan dan bahasa menggambarkan jiwa sesebuah bangsa.
TETAPI, usaha kerajaan untuk membentuk satu identiti kebangsaan menerusi sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan agak sukar kerana setiap komuniti etnik di Malaysia masih berusaha mempertahankan sistem pendidikan masing-masing.
Di Tanah Melayu, penjajah berperanan utama dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan.
Pengaruh penjajah banyak ditentukan oleh:-
Tempoh penjajahan;
Bentuk sistem pendidikan yang dilaksanakan ; dan
Bahasa yang digunakan oleh sistem pendidikan.
Dasar pemerintahan British “Dasar Pecah dan Perintah” yang diamalkan selama 130 tahun yang bermatlamat untuk mengelakkan konflik antara satu etnik dengan etnik lain.
Dasar Pecah dan Perintah ini didukung oleh usaha setiap komuniti di Tanah Melayu dalam mempertahankan warisan budaya dan peradaban masing-masing
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN KOMUNITI ETNIK DI TANAH MELAYU
Pendidikan yang bersifat tradisi melatari setiap komuniti Melayu, Cina dan India sebelum pihak British datang mencampuri bidang berkenaan.
Bila British campur tangan, dasar pecah dan perintah menguatkan lagi kedudukan sistem pendidikan vernakular.
Pada masa ini usaha untuk menyatukan semua komuniti belum wujud sehingga berlaku peristiwa Malayan Union 1946 yang merupakan pengukuhan usaha ke aras pembinaan bangsa.
Komuniti Melayu dibentuk bersesuaian dengan sistem nilai dan adat Melayu.
Persekolahan Tidak Formal
Persekolahan Formal
Komuniti Cina
Penghijrahan komuniti Cina ke Tanah Melayu telah bermula sejak abad ke -3 Masihi.
Majoriti komuniti Cina akan mendirikan sekolah di setiap wilayah dan di negara baharu yang diduduki mereka.
Orang persendirian menubuhkan sekolah ini dengan dibiayai oleh Persatuan Peniaga Cina (Chinese Chambers of Commerce)
Sekitar 1920- kebangkitan semangat nasionalisme di China (fahaman komunisme dan Kuomintang) meresap masuk ke Tanah Melayu melalui sekolah vernakular Cina.
-anti-imperialis dan anti British telah mempengaruhi komuniti Cina secara berleluasa.
British mula campur tangan dengan menggubal Enakmen Pendaftaran Sekolah supaya pendidikan vernakular Cina dapat dikawal British serta mengurangkan campur tangan dari Persatuan-persatuan Cina.
Bermula 1924- sebahagian besar sekolah berkenaan menerima bantuan kewangan dan dipantau kerajaan.
Tetapi, atas perkongsian rasa sepunya dengan negara asal yang kuat, usaha campur tangan tersebut kurang berhasil.
Kehendak komuniti Cina agar British jangan campur tangan dalam pendidikan mereka berhasil dan ini kekal hingga sekarang.
Ajaran konfucius menekankan pendidikan di peringkat rendah dan tinggi.
Pendidikan sahaja yang dapat mengubah nasib dan status ke tahap yang lebih baik.
Sebelum tahun 1900- komuniti Cina menubuhkan sistem pendidikan tersendiri yang didasari dengan pendidikan Cina klasik.
Dasar laissez-faire British, telah membuka peluang kepada penubuhan sekolah vernakular Cina yang menerapkan nilai-nilai kecinaan seperti:-
-Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar
Sukatan
-Guru berdasarkan negara China spy identiti
-Buku teks komuniti Cina tidak pupus.
Komuniti India
Kedatangan komuniti India ke Tanah Melayu semakin meningkat kerana memenuhi permintaan pasaran getah British ke Eropah sekitar tahun 1880-1890.
Sekolah Vernakular Tamil ditubuhkan oleh pihak pengurusan estet memandangkan kebanyakan komuniti India enggan memasuki sekolah Vernakular Melayu.
Penggunaan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar, sukatan pengajaran dan tenaga pengajar diambil dari India.
Disebabkan persekitaran yang serba kekurangan dan lebih kepada penekanan sekolah rendah para ibu bapa kurang memberi sambutan.
Mereka juga tidak berpeluang memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran British di Tanah Melayu.
Sekolah Vernakular Inggeris
Penang Free School 1816- penyebab pendidikan Inggeris mula berkembang di TM.
Pada mulanya, ia dikuasai oleh para mubaligh Kristian. Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama.
Untuk menjamin kualiti sukatan pelajatan, kerajaan British telah mengambil alih sekolah berkenaan
Komuniti Cina dan India yang menetap di bandar serta komuniti Melayu kelas atasan yang lebih diberikan keutamaan berbanding dengan Melayu kelas bawahan
Berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti dan kolej samada di dalam dan di luar negara.
Proses Perkembangan Dasar Pendidikan Kebangsaan
Era Penjajahan di Tanah Melayu (1800-1945)
Dasar Pendidikan dalam Tempoh 1945-1970
-Dasar Cheesman 1946
-Jawatankuasa Car-Saunders 1947
-Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum 1949
-Laporan Barnes 1951
-Laporan Fenn-Wu 1951
-Ordinan Pendidikan 1952
-Laporan Razak- Dasar Pendidikan Pertama pasca merdeka
-Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961
CABARAN DALAM PENDIDIKAN DAN BAHASA
Isu sekolah vernakular belum selesai.
-Tuntutan Dong Jiao Zong meminta kerajaan beri layanan sama rata dan bersikap terbuka kepada sekolah pelbagai aliran bagi mengukuhkan perpaduan dalam pelbagai aliran.
3 rukun politik penting yang wajar difahami:-
Mempertahankan pendidikan Cina
Mempertahankan penerbitan akhbar Cina
Mempertahankan persatuan Cina (huatuan)
Bagaimana pendirian kerajaan?
Kerajaan tidak menafikan hak bukan Melayu sejak dahulu lagi untuk mendapatkan pendidikan dalam bahasa ibunda mereka.
Ramai anak Melayu bersekolah di SJKC untuk mempelajari bahasa dan budaya Cina.
Persatuan bahasa dan pendidikan seperti Hua Zong, Dong Zong dan Dong Jiao Zong lebih berpengaruh berbanding dengan parti politik.
Komitmen Kerajaan
Sebelum 1996, terdapat Akta Pelajaran 1961 Seksyen 21(1B) yang memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk menutup atau memansuhkan SJK.
Atas dasar tolak ansur, pada tahun 1995, Menteri Pelajaran ketika itu mengambil keputusan berani memenuhi hasrat etnik Cina menarik balik kuasa peruntukan itu dengan membentangkan Akta Pelajaran baharu pada 1996 yang mengambil kira permintaan etnik Cina.
Akta Pendidikan 1996:
Melaksanakan dasar pendidikan kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
Kurikulum kebangsaan dan peperiksaan yang sama.