Aspek demografi mempunyai pengaruh kuat terhadap demografi politik dan proses politik khususnya dalam pilihanraya .
Demografi ialah ilmu yang mempelajari dinamika kependudukan manusia. Ia meliputi ukuran, struktur, dan distribusi penduduk serta bagaimana jumlah penduduk berubah setiap waktu akibat kelahiran, kematian, migrasi serta penuaan.
Jumlah ahli dalam parti politik dan jumlah pengundi di sesuatu kawasan turut mempengaruhi kemenangan parti di sesuatu kawasan.
Peranan dan kedudukan etnik Melayu dalam politik negara adalah jelas. Di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, etnik Melayu atau Bumiputera mempunyai 125 kerusi, iaitu etnik Melayu merupakan pengundi majoriti di kawasan parlimen berkenaan.
Kejayaan BN di Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk terus mengekalkan kuasa membuktikan kejayaan konsep dan amalan pakatan politik pelbagai etnik.
Formula perkongsian kuasa membolehkan pemimpin yang mewakili pelbagai etnik bekerjasama menentukan dasar dan hala tuju masa depan negara.