Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bab 7:DARI SEGREGASI KE INTEGRASI (Dari Pengasingan ke Penyatuan (Oleh itu…
Bab 7:DARI SEGREGASI KE INTEGRASI
Segregasi
Satu proses sosial yang menyebabkan individu atau kumpulan sosial tertentu dipisahkan atau diasingkan dengan individu atau kumpulan sosial yang lain.
Pengasingan/pemisahan berlaku dalam beberapa keadaa:
Tempat tinggal - sistem persekolahan
Jenis pekerjaan -penerbitan akhbar
-budaya, ras agama kelas sosial, dasar dan adat resam.
Integrasi
Merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti Nasional dalam kalangan etnik yang terpisah dari segi agama, budaya, sosial dan kawasan penempatan.
Dari Pengasingan ke Penyatuan
Oleh itu, bagi memupuk perpaduan rakyat, Malaysia mengutamakan integrasi yang mana ia adalah proses untuk mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan etnik yang terpisah-pisah dari segi budaya, agama, sosial dan kawasan penempatan.
Sebelum merdeka, British telah melaksanakan dasar pecah dan perintah di Tanah Melayu.
Dasar ini mewujudkan segregasi dalam kalangan etnik yang mengukuhkan kuasa politik dan ekonomi British di Tanah Melayu. Pengalaman segregasi ini juga dialami oleh penduduk Afrika Selatan dari tahun 1948 hingga 1994 di bawah undang-undang dasar aparteid
Tetapi, integrasi tidak dapat dicapai dalam waktu yang singkat. Ia sangat kompleks (Ting, 1987)
Hubungan yang rapat mampu mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman seterusnya mewujudkan perpaduan antara pelbagai etnik.
CABARAN DALAM MEMUPUK INTEGRASI DI MALAYSIA
Perpecahan disebabkan prasangka, perkauman, diskriminasi, stereotaip, rasisme dan etnosentrisme; dan
Cabaran juga wujud disebabkan faktor seperti konflik antara kumpulan masyarakat. Kedudukan lokasi kelas (sosio-ekonomi), taraf pendidikan, kemahiran kerja, pendapatan, dan budaya hidup.
PERANAN KERAJAAN
Menerusi perancangan dan dasar-dasar kerajaan untuk memupuk semangat hubungan etnik yang harmoni.
Konsep “1Malaysia” dan slogan “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan” diperkenalkan.
Tujuan konsep tersebut:-
Melahirkan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran globalisasi
Memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai etnik di negara ini.
Pelbagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk memastikan perancangan kerajaan berjalan lancar.
Penubuhan Jabatan Perpaduan negara dan Integrasi Nasional (UPNIN)
Badan yang bertanggungjawab memupuk dan memelihara perpaduan antara etnik di negara ini.
Walaupun etnik yang berlainan berganding bahu di bawah satu sistem politik yang sama namun kehidupan mereka adalah berasingan.
Interaksi dalam kalangan mereka kurang dan hubungan yg terbatas kepada perkara tertentu terutama yang berkaitan dengan ekonomi.
Pembahagian buruh dalam sistem ekonomi dibuat berdasarkan pemisahan etnik dalam masyarakat dengan setiap etnik mempunyai fungsi ekonomi yang tersendiri
Bagaimanapun suasana ini jauh lebih baik jika dibandingkan dengan suasana sewaktu Tanah Melayu baru mencapai kemerdekaan yang mana masyarakat pada waktu itu menepati ciri-ciri masyarakat majmuk, kesan daripada perlaksanaan dasar pecah dan perintah.
Generasi kini yang mewarisi konsep masyarakat majmuk sejak merdeka menghadapi dilema akibat masalah segregasi antara kaum. Ini adalah gambaran konflik antara kaum kesan perbezaan persepsi dalam kalangan kaum.
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan pada 1 Julai 1969 sebagai usaha untuk memulihkan hubungan antara kaum kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969. MAGERAN mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara untuk menangani isu pembinaan semula perpaduan kaum di negara ini.
MAGERAN dibubarkan dan digantikan dengan Majlis Penasihat Perpaduan Negara (23 Februari 1971) dan diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Perpaduan Negara. Bertujuan memupuk dan memelihara perpaduan antara etnik.
Antara 1990-2004- JPN diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan seterusnya diletakkan semula di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri dengan nama Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN).
Dasar-dasar kerajaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan kebangsaan
Dasar Ekonomi Baru.
Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan.
Semua dasar di atas bertujuan untuk mengawal dan mengurangkan tindak tanduk politik melampau yang boleh memecah belahkan perpaduan rakyat.
Dasar Pembangunan Negara
Dasar Wawasan Negara
Dasar Sosial Negara
Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional 2005-2010 di bawah JPNIN telah merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan lagi perpaduan dan integrasi nasional melalui pelbagai strategi.
Strategi Persefahaman Politik;
Strategi Keseimbangan Ekonomi;
Strategi Sistem Pendidikan;
Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan;
Strategi Kepercayaan Agama;
Strategi Kebudayaan;
Strategi Integrasi Wilayah;
Strategi Keselamatan;
Strategi Pembangunan Kawasan;
Strategi Penggunaan Tenaga Manusia;
Strategi Media Massa;
Strategi Kesukanan;
Strategi Perpaduan dan Pertubuhan Sukarela;
Strategi Penyeldikan dan Penerbitan Bahan Bacaan;
Strategi Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik;
Strategi Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN);
Strategi Program dan Aktiviti Perpaduan;
Pemerkasaan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Wawasan; dan
Program Latihan Khidmat Negara
Peranan masyarakat
Rukun Tetangga
Rumah Terbuka
Penerimaan Budaya
Program di IPT
Program persatuan dan kelab di kalangan mahasiswa yang menjurus kepada perpaduan kaum.
-Kandungan kursus di IPT menitikberatkan aspek pendidikan yang harmoni dan dan nilai rohani diberi keutamaan dalam subjek kursus di universiti.
-Di luar sistem akademik: mahasiswa menyertai program keluarga angkat, badan beruniform, operasi khidmat masyarakat, dan mahasiswa balik kampung.
-Para pensyarah perlu juga didedahkan dengan sikap perpaduan kaum yang positif.
PERANAN NGO DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
Pertubuhan induk di peringkat kebangsaan yang menaungi pertubuhan berasaskan etnik seperti Pertubuhan Belia Malaysia dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Malaysia.
Peranan NGO penting dalam mempercepatkan proses hubungan etnik di Malaysia. Ini dapat dilihat dalam beberapa aspek seperti berikut:-
Aspek kepemimpinan
Barisan kepemimpinan persatuan di peringkat negara atau persatuan disertai oleh pemimpin daripada pelbagai etnik seperti Majlis Belia
Malaysia (semua golongan etnik).
Aspek sains dan teknologi
Kerajaan telah menetapkan bilangan pelajar dalam bidang sains dan teknologi adalah berdasarkan 60:40. Peranan pihak kerajaan dan swasta dari segi sumbangan dana bagi meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan inovasi baharu dan memacu pertumbuhan ekonomi negara.
C) Penubuhan institusi tertentu seperti Koridor Raya Multimedia, Akademi Sains Negara,
D) Multinational Corporation (MNC).
YTL Corporation
Lion Group
Maxis
Berjaya Group
Syarikat berkenaan sering menganjurkan aktiviti kemasyarakatan melibatkan pelbagai etnik melalui penajaan dalam bidang pendidikan, penjagaan alam sekitar, kebajikan, hari keluarga atau dikenali sebagai Corporate Social Responsibility.