Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB4: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN:TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK (Isu-isu Islam…
BAB4: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN:TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN:TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK
Ia merupakan perlembagaan bertulis.
Tiga institusi kerajaan iaitu institusi perundangan,kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada perlembagaan.
Konsep Ketertitinggian Perlembagaan Persekutuan
1) Di Malaysia, tidak ada institusi lain yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan.
2) Malah ketiga-tiga badan kerajaan (Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif) & YDPA juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.
3) Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan: Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas hari Merdeka dan yang bercanggah dengan perlembagaan ini
hendaklah terbatal setakat yang bercanggahan itu.
4) Perkara 75 PP: sekiranya terdapat undang-undang kerajaan negeri yang bercanggah dengan undang-undang Persekutuan, maka undang-undang Negeri batal manakala undang-undang persekutuan digunapakai.
SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
1) UNDANG-UNDANG ISLAM = undang-undang terawal diamalkan di Malaysia melalui Prasasti Terengganu (bertarikh 14 Rejab 702H bersamaan 22/2/1303) sebelum HKM dan UULM.
2) Perlembagaan bertulis terawal dihasilkan di Tanah Melayu ialah Perlembagaan Negeri Johor 1895 diikuti Perlembagaan Terengganu 1911 yang memperuntukkan seorang Menteri mestilah Melayu, rakyat Sultan dan beragama Islam.
MALAYAN UNION diistihar oleh British (1 April 1946)
Mendapat Pertentangan. Faktor:
1)Kuasa Raja-Raja Melayu dihapuskan dlm urusan pentadbiran
2)Pemberian hak kerakyatan yang sama pada kaum-kaum lain;
3)Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira kaum makanya penduduk peribumi tidak memiliki sebarang keistimewaan
4)Cara Harold Mac Michael mendpat tandatangan persetujuan Raja-Raja – paksaan dan ugutan.
Persekutuan Tanah Melayu 1948
1) Diistiharkan pada 1 Februari 1948 bagi menggantikan Malayan Union 1946
2) Ia di bawah PERINTAH MAJLIS PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 meliputi 9 negeri Melayu dan 2 drpd 3 Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka.
3) Menjadi asas bagi Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
SURUHANJAYA REID
1) Pembentukan sebuah negara persekutuan dengan pembahagian kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
2) Kerakyatan Jus Soli kepada yang lahir di Tanah Melayu
Orang Melayu diperuntukkan dalam perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-Raja Melayu
3) Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil boleh dikembangkan dan diamalkan
4) Agama Islam menjadi agama Persekutuan, tetapi agama lain bebas diamalkan.
SURUHANJAYA COBBOLD (Februari 1962 hingga April 1962)
Ditubuhkan untuk mengkaji pendapat orang ramai di Sabah dan Sarawak tentang cadangan pembentukan Malaysia
Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan
1) HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU
2) AGAMA ISLAM
3) BAHASA MELAYU
4) KESULTANAN/PEMERINTAHAN BERAJA
Isu-isu Islam dan Orang Melayu dalam Perlembagaan
1) Masalah kebeasan beragama
Kesamarataan
Diskriminasi Perlindungan
Persoalan 153
Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia (1963)
PERJANJIAN 2O PERKARA UNTUK SABAH DAN PERJANJIAN 18 PERKARA BAGI SARAWAK
perkara imigresen
bahasa
kewangan
hak istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak