Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 8 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL (Latar Belakang…
BAB 8 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL
Latar Belakang Pendidikan Kominiti Etnik di Tanah Melayu
Komuniti Melayu
Persekolahan Tidak Formal
Persekolahan Formal
Komuniti Cina
Penghijrahan komuniti Cina ke Tanah Melayu telah bermula sejak abad ke -3 Masihi.
Majoriti komuniti Cina akan mendirikan sekolah di setiap wilayah dan di negara baharu yang diduduki mereka.
Ajaran konfucius menekankan pendidikan di peringkat rendah dan tinggi.
Pendidikan sahaja yang dapat mengubah nasib dan status ke tahap yang lebih baik.
Sebelum tahun 1900- komuniti Cina menubuhkan sistem pendidikan tersendiri yang didasari dengan pendidikan Cina klasik.
Komuniti India
Sekolah Vernakular Tamil ditubuhkan oleh pihak pengurusan estet memandangkan kebanyakan komuniti India enggan memasuki sekolah Vernakular Melayu.
Penggunaan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar, sukatan pengajaran dan tenaga pengajar diambil dari India.
Kedatangan komuniti India ke Tanah Melayu semakin meningkat kerana memenuhi permintaan pasaran getah British ke Eropah sekitar tahun 1880-1890.
Disebabkan persekitaran yang serba kekurangan dan lebih kepada penekanan sekolah rendah para ibu bapa kurang memberi sambutan.
Mereka juga tidak berpeluang memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran British di Tanah Melayu.
Sekolah Vernakular Inggeris
Pada mulanya, ia dikuasai oleh para mubaligh Kristian. Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama.
Untuk menjamin kualiti sukatan pelajatan, kerajaan British telah mengambil alih sekolah berkenaan
Penang Free School 1816- penyebab pendidikan Inggeris mula berkembang di TM.
Komuniti Cina dan India yang menetap di bandar serta komuniti Melayu kelas atasan yang lebih diberikan keutamaan berbanding dengan Melayu kelas bawahan
Berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti dan kolej samada di dalam dan di luar negara.
Proses Perkembangan Dasar Pendidikan Kebangsaan
Era Penjajahan Di Tanah Malayu (1800-1945)
Dasar Pendidikan dari tahun 1945-1970
Dasar Cheeseman 1946
Jawaankuasa Car-Saunders 1947
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum 1949
Laporan Barnes 1951
Penyata Fenn-Wu (1951)
Ordinan Pendidikan 1952
Laporan Razak 1956
Laporan Rahman Talib dan Akta Pendidikan 1961
#
Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Vernakular
Peringkat Sekolah Rendah
Terbahagi 2 jenis iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).
Bahasa Pengantar: BM untuk SK, B.Mandarin dan B. Tamil untuk SJK.
Kurikulum kedua-dua sekolah ini sama cuma sukatan pelajarannya sedikit berbeza. Sukatan BM di SJK lebih mudah dari SK.
Perkembangan terkini, sekolah aliran kebangsaan turut memperkenalkan kelas-kelas bahasa Cina dan Tamil kepada para pelajar yang majoritinya Melayu.
Sekolah Wawasan
Kerencaman sistem pendidikan telah mendorong kerajaan memperkenalkan sekolah wawasan.
Penubuhan sekolah ini bertujuan untuk menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara etnik.
Masalah: Bantahan daripada kebanyakan etnik Cina dan India kerana mereka percaya sekolah jenis ini boleh menghadkan penggunaan bahasa ibunda sendiri di sekolah.
Kajian menunjukkan Sekolah Wawasan tidak mendapat sambutan etnik bukan Melayu kerana dipercayai percampuran pelajar sedemikian akan melunturkan penguasaan bahasa ibunda masing-masing.
Pendidikan Prauniversiti
Selepas menduduki SPM, biasanya pelajar akan memilih sama ada belajar dalam Tingkatan 6, matrikulasi atau pengajian diploma di pelbagai institut pendidikan seperti di politeknik.
Matrikulasi telah diperkenalkan selepas kuota kemasukan universiti awam berdasarkan kaum dimansuhkan.
Sebanyak 70% daripada pelajar kursus kritikal seperti perubatan, farmasi, pergigian dan perundangan ialah pelajar matrikulasi.
Institusi Pengajian Tinggi
Terbahagi kepada dua- IPTA (20 buah) DAN IPTS (32 buah tidak termasuk yang tidak disenaraikan oleh KPT tetapi ada kelulusan KPT). (KPT,2006)
Daripada 20 IPTA, HANYA 3 daripadanya didominasi oleh orang Islam dan bumiputera Sabah dan Sarawak seperti UIA,USIM dan UITAM.
Kemasukan ke IPTA berdasarkan sistem meritokrasi menggantikan sistem kuota.
Latar belakang pendidikan pelajar IPT adalah dari pelbagai aliran seperti aliran kebangsaan, aliran jenis kebangsaan dan aliran agama di peringkat sekolah rendah dan menengah.
Kehidupan secara perkongsian sama ada di dewan kuliah, perpustakaan, kantin, padang sukan dan sebagainya.
Ruang untuk bergaul dan berinteraksi antara etnik yang berbeza adalah lebih luas melalui cara perbincangan menyiapkan tugasan berkumpulan.
Aktiviti ko-kurikulum dan berpersatuan bersama membuktikan jurang segregasi semakin mengecil dan integrasi di kalangan mereka semakin terserlah.
Cabaran dalam pendidikan dan bahasa
-Tuntutan Dong Jiao Zong meminta kerajaan beri layanan sama rata dan bersikap terbuka kepada sekolah pelbagai aliran bagi mengukuhkan perpaduan dalam pelbagai aliran.
3 rukun politik penting yang wajar difahami:-
a. Mempertahankan pendidikan Cina
b. Mempertahankan penerbitan akhbar Cina
c. Mempertahankan persatuan Cina (huatuan)
Komitmen Kerajaan
Sebelum 1996, terdapat Akta Pelajaran 1961 Seksyen 21(1B) yang memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk menutup atau memansuhkan SJK.
Atas dasar tolak ansur, pada tahun 1995, Menteri Pelajaran ketika itu mengambil keputusan berani memenuhi hasrat etnik Cina menarik balik kuasa peruntukan itu dengan membentangkan Akta Pelajaran baharu pada 1996 yang mengambil kira permintaan etnik Cina.
Akta Pendidikan 1996:
Melaksanakan dasar pendidikan kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
Kurikulum kebangsaan dan peperiksaan yang sama.
Bahasa menjadi penghalang kepada integrasi
Kumpulan ras dan etnik yang berlainan mahu mengekalkan bahasa mereka sebagai alat untuk menyampaikan kebudayaan.
Kewujudan sekolah berasaskan etnik boleh membantutkan usaha perpaduan antara etnik.
Kebanyakan pelajar mempunyai sentimen perkauman yang tinggi berikutan proses sosialisasi yang dilalui sebelum memasuki alam kampus.
Interaksi yang berlaku amat terhad.
Kesan Positif Pemansuhan Seksyen 21(2) Akta Pendidikan 1961
Mampu menarik lebih ramai pelajar bumiputera ke sekolah aliran.
Kesannya, lebih ramai orang boleh bertutur bahasa Mandarin dan dapat menguasai 3 bahasa dengan petah.
Transformasi ini dapat membantu/meneroka perniagaan dengan China sebagai kuasa besar ekonomi global.