Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bab 4 Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri HE (Sejarah Penggubalan…
Bab 4 Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri HE
Definisi Perlembagaan
Bahasa = constitutio (latin) iaitu perundangan
Konsep Perlembagaan
Dokumen yang menggariskan institusi-institusi kerajaan, hak-hak rakyat serta tanggungjawab (kerajaan) kepada rakyat dan tanggungjawab rakyat.
Dokumen tertinggi kerajaan dan semua undang-undang lain tidak boleh bertentangan dengannya atau jika tidak, undang-undang itu akan terbatal.
Dokumen yang mengandugi peruntukan yang mustahak bagi penubuhan dan kewujudan sesebuah negara dan sistem politiknya.
Perlembagaan Persekutuan (PP) Malaysia
Setiap perlembagaan memperuntukkan kaedah pindaannya. Ada 4 kaedah pindaan:-
Mendapat suara 2/3 dari setiap Majlis Parlimen (Dewan Negara dana Dewan Rakyat) (Perkara 159(4) PP)
Mendapat suara 2/3 dari setiap Majlis Parlimen dan mendapat keizinan Majlis Raja-Raja (Perkara 159(5) PP);
Mendapat pungutan suara majoriti biasa dari setiap buah Majlis Parlimen (Dewan Negara dan Dewan Rakyat);
Perkara yang menyentuh Sabah dan Sarawak memerlukan pungutan suara 2/3 Parlimen dan persetujuan Yang di-Pertua Negeri. (Perkara 161(E)PP)
Konsep ketertitinggian perlembagaan persekutuan
Di Malaysia, tidak ada institusi lain yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan.
Malah ketiga-tiga badan kerajaan (Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif) & YDPA juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Cth: kuasa perundangan dan kehakiman dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.
Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan: Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas hari Merdeka dan yang bercanggah dengan perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang bercanggahan itu.
Perkara 75 PP: sekiranya terdapat undang-undang kerajaan negeri yang bercanggah dengan undang-undang Persekutuan, maka undang-undang Negeri batal manakala undang-undang persekutuan digunapakai.
Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan
UNDANG-UNDANG ISLAM = undang-undang terawal diamalkan di Malaysia melalui Prasasti Terengganu (bertarikh 14 Rejab 702H bersamaan 22/2/1303) sebelum HKM dan UULM.
Perlembagaan bertulis terawal dihasilkan di Tanah Melayu ialah Perlembagaan Negeri Johor 1895 diikuti Perlembagaan Terengganu 1911 yang memperuntukkan seorang Menteri mestilah Melayu, rakyat Sultan dan beragama Islam.
Undang-undang tersebut tidak boleh disamakan dengan prinsip-prinsip perlembagaan moden disebabkan nilai, struktur dan situasi masyarkat dulu dan kini berbeza.
Inilah bukti negara kita memang sudah ada sistem perlembagaan tersendiri yang bersandarkan syariah Islam sebelum kuasa Eropah tiba di sini.
MALAYAN UNION
Kuasa Raja-Raja Melayu dihapuskan dlm urusan pentadbiran. Tapi berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu
Pemberian hak kerakyatan yang sama pada kaum-kaum lain;
Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira kaum makanya penduduk peribumi tidak memiliki sebarang keistimewaan;
Cara Harold Mac Michael mendpat tandatangan persetujuan Raja-Raja – paksaan dan ugutan. Enggan tandatangan MU, akan dilucutkan daripada takhta.
Kesan daripada batahan Orang Melayu
telah mengembalikan semula kuasa dan martabat Raja-Raja Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan
Persekutuan Tanah Melayu 1948
Persekutuan Tanah Melayu 1948 diistiharkan pada 1 Februari 1948 bagi menggantikan Malayan Union 1946. Semua idea penubuhan MU digugurkan.
Kerajaan Pusat berkuasa dalam semua perkara penting secara menyeluruh tetapi dalam masa yg sama ia mengekalkan kuasa autonomi negeri-negeri serta menghormati kebesaran, martabat dan bidang kuasa Raja-Raja dalam hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu.
Ia di bawah PERINTAH MAJLIS PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 meliputi 9 negeri Melayu dan 2 drpd 3 Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka.
Ia menjadi asas bagi Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
Unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan
Unsur-unsur tradisi yang mendasari Perlembagaan merupakan tiang seri hubungan etnik.
Merujuk kepada sistem yang wujud sebelum kedatangan zaman moden iaitu sebuah sistem yang keesahannya bergantung kepada agama dan nilai-nilai asal lainnya.
Tradisi bermakna pemindahan dan kesinambungan daripada satu generasi kepada generasi lain.
KERJASAMA ANTARA ETNIK dalam MENUJU KEMERDEKAAN
Bermulanya kerjasama antara etnik Melayu dan bukan Melayu apabila tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu.
SURUHANJAYA REID
Suruhanjaya ini telah mengadakan tinjauan dan pertemuan untuk meminta cadangan dan pandangan parti-parti politik, orang ramai, individu-individu dan Raja-Raja Melayu.
SURUHANJAYA COBBOLD