Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 9 PENGALAMAN HARIAN: MENJALIN KESEPADUAN & MELAHIRKAN KEHARMONIAN
BAB 9 PENGALAMAN HARIAN: MENJALIN KESEPADUAN & MELAHIRKAN KEHARMONIAN
Kepelbagaian Makanan Etinik Pemangkin Perpaduan
Kepelbagaian makanan menyumbang kepada keunikan masyarakatnya kerana ia adalah warisan budaya setiap etnik di Malaysia.
Aspek ini memberikan ruang kepada pembentukan kesepaduan sosial yang mencerminkan latar belakang kehidupan masyarakat Malaysia yang pelbagai.
Dalam sektor perlancongan, promosi Malaysia sebagai destinasi ‘syurga makanan’ bertemakan Malaysian Cuisines merupakan satu asas kepada penonjolan pelbagai jenis makanan merentas etnik yang turut membentuk identiti masyarakat Malaysia.
Makanan dan Ruang Sosial dalam Konteks Hubungan Etnik
Makanan penting bagi memenuhi aspek keperluan biologi dan sosiologi manusia.
Di samping peranannya sebagai ejen penyatuan antara bangsa, ia boleh menjadi ejen pembahagi atau pemisahan antara satu kelompok dengan kelompok yang lain.
Penyatupaduan dan pembahagian individu kepada kumpulan sosial tertentu dalam masyarakat bergantung kepada bentuk ruang sosial sesuatu makanan mengikut fungsinya dalam masyarakat khususnya masyarakat pelbagai etnik.
Cara Makan dan fungsi makanan dan pembentukan ruang sosial.
Kesenian Pelbagai Etnik dan Kesepaduan Sosial
Kesepaduan sosial menerusi himpunan seni; muzik, nyanyian, tarian, seni lukis dan lain-lain.
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik yang kaya dengan pelbagai corak seni warisan yang menggambarkan identiti etnik masing-masing.
Penerimaan, penghormatan dan pengiktirafan masyarakat kepada kepelbagaian corak seni tersebut menjadi salah satu unsur penting dalam memupuk kesepaduan sosial.
Kesepaduan sosial dalam hubungan antara etnik yang terhasil daripada aktiviti seni boleh berlaku dalam dua keadaan
Kesepaduan sosial yang wujud sewaktu proses penghasilan sesuatu bentuk seni dihasilkan.
Cth. Proses penghasilan sesebuah karya muzik
Kesepaduan sosial boleh dilihat dalam produk seni
Cth. Dalam penghasilan karya muzik, komposer muzik berbangsa Cina dan berpendidikan muzik dari Barat , mengetengahkan bunyi daripada alat muzik tradisional Cina. P. Ramlee menggubah lagu yang memuatkan unsur pelbagai etnik seperti “Aci-Aci Buka Pintu” dan lagu “Haiya Cik Siti”.
Kesepaduan Sosial dalam karya seni
Chuah Thean Teng
Sam Karuna
Peranan Media
Agen perubahan sosial yang merujuk kepada alat untuk mewujudkan interaksi sosial, politik dan ekonomi dalam konteks moden.
Menyampaikan maklumat dan mendidik masyarakat selain menjadi medium perantaraan.
Membina kredibiliti/kemajuan negara.
Dalam sistem demokrasi seperti di Malaysia, media merupakan sumber primer dalam komunikasi massa.
Peranan ICT
Penyediaan pelbagai ‘menu’ internet seperti facebook, twitter, skype, blog dan lain-lain telah memberikan wadah baharu dalam membina hubungan sesama manusia merentasi sempadan etnik, agama, budaya dan negara.
Dapat meneroka, mencari, mengenali dan memahami maklumat tentang etnik lain hanya di hujung jari.
Alat komunikasi hari ini yang disambungkan dengan internet membolehkan maklumat dalam semua bidang disebarkan ke seluruh dunia dengan pantas merentas sempadan geografi.