Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TOPIK 1 : DEFINISI DAN KONSEP (PENGERTIAN FALSAFAH ILMU (Falsafah ilmu…
TOPIK 1 : DEFINISI DAN KONSEP
PENGERTIAN DAN KONSEP FALSAFAH
gabungan perkataan philo (cinta) dan sophos (kebijaksanaan)
secara umumnya berfikir dengan ciri-ciri berikut :
berfikir secara kritikal
berfikir secara menyeluruh
berfikir secara integral
KONSEP ILMU
Al-Attas (1978) mentakrifkan ilmu dengan mengemukakan semua takrif Fakhruddin Al-Razi dalam bentuk yang diperbaiki dan diubahsuai iaitu :
dengan merujuk kepada Allah swt sebagai sumber segala ilmu, ia (ilmu) adalah ketibaan makna bagi sesuatu ke dalam diri seseorang
sebaliknya apabila merujuk kepada diri sebagai seorang pentafsir, ilmu adalah ketibaan diri seseorang kepada makna tentang sesuatu
DEFINISI FALSAFAH
Falsafah adalah ilmu pengetahuan tentang alam yang maujud dan bertujuan menyelidiki hakikat yang sebenar (AL-FARABI 872M - 950M)
Falsafah adalah menyelidiki sebab dan asas segala benda (ANSTOTLE 384 - 322 SM)
Falsafah adalah pengetahuan tentang segala yang ada (PLATO 427 - 347 SM)
Falsafah adalah berfikir secara mendalam, sistematik, radikal dan universal dalam rangka mencari kebenaran (SIDI GAZALBA 1978)
PENGERTIAN FALSAFAH ILMU
Falsafah ilmu adalah sub bidang yang khusus dalam bidang falsafah seperti falsafah sejarah, falsafah matematik dan seumpamanya
Falsafah ilmu adalah merujuk kepada kajian secara mendalam tentang dasar-dasar ilmu. Objek penelitian atau poko persoalan dalam falsafah ilmu adalah ilmu itu sendiri
Secara khususnya terdapat tiga komponen yang menjadi pokok persoalan falsafah ilmu iaitu ontologi, epistemologi, dan aksiologi
KOMPONEN ONTOLOGI
membahaskan dua aspek penting iaitu ruang lingkup atau wilayah cakupan ilmu dan hukum ilmu
ruang lingkup ilmu hanya terbahas pada persoalan alam fizikal sahaja
akan melahirkan klasifikasi ilmu
KOMPONEN EPISTEMOLOGI
terdapat dua perbahasan utama dalam komponen ini iaitu sumber ilmu dan kebenaran ilmu
terdapat pelbagai aliran dalam membincangkan permasalahan sumber ilmu seperti aliran rasionalisme,empirisisme, intuisionisme dan wahyu
KOMPONEN AKSIOLOGI
hanya menumpukan kepada aspek nilai guna sesuatu ilmu iaitu sama ada bernilai atau sebaliknya, penting atau tidak, baik atau buruk
nilai ilmu boleh dibahagi kepada tiga kategori : ilmu terpuji, ilmu tercela dan ilmu neutral