Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Vroom Vroom (Kumpulan 2 (Nur Amirah Diyana Binti Razlan 58944, Nor…
Vroom Vroom
-
Limpahan Kemakmuran
Pada video kali ini, kita dapat melihat bagaimana seorang bapa begitu menyayangi anak lelakinya, sehingga sanggup untuk menolak troli dengan jarak yang agak jauh, semata-mata untuk menghiburkan hati anaknya itu.
Perkara yang kita lakukan pada hari ini, akan memberikan kesan kepada kehidupan kita akan datang, sama ada positif ataupun negatif. Sebagai contoh, anak lelakinya menghiburkan hati ayahnya dengan cara menolak kerusi roda ayahnya dengan lagak seakan-akan berlumba kereta dek kerana ayahnya pernah menghiburkannya dengan cara seperti itu.
Walaupun berada dalam situasi yang sukar, namun si ayah tidak mudah patah semangat semata-mata untuk melihat anaknya menjadi orang yang berjaya. Hal ini dapat dilihat apabila akhirnya si anak tersebut berjaya membina sebuah kehidupan baru, dengan mempunyai rumah, keluarga bahkan kerjaya sehingga boleh menyara ayahnya di rumah.
Hubungan erat yang terjalin di antara anak dan ayah tersebut adalah disebabkan taraf kehidupan mereka yang kurang berkemampuan sehinggakan diusir daripada rumah sewa mereka. Namun, disebabkan itulah akhirnya hubungan mereka menjdai sangat mesra bahkan berkekalan walaupun si ayah sudah tua.
Membina sebuah keluarga yang bahagia bukanlah mudah. Namun setelah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan hidup bersama-sama, akhirnya si ayah dan anak tersebut berjaya mengekalkan kerukunan hidup sebagai ayah dan anak. Hal yang sama dapat kita praktikkan untuk menjaga dan mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia yang telah mencecah usia 60 tahun kemerdekaan.
Pengajaran
:<3: Kita hendaklah menghormati dan menyayangi kedua ibu bapa kerana mereka telah menjaga dan mendidik kita dari kecil hingga dewasa.
:<3: Kita seharusnya membalas jasa yang telah diberikan oleh ibu bapa kerana mereka telah bersusah payah untuk memberikan segala yang terbaik untuk hidup kita.
:<3: Kita hendaklah sentiasa ikhlas dan bersyukur atas segala kurniaan dan rezeki yang telah diberikan dalam kehidupan kita.
:<3: Kita hendaklah sentiasa sabar dan redha atas segala ujian dan dugaan yang berlaku di dalam kehidupan kita. Ujian dan dugaan yang dihadapi ini menjadikan kita lebih tabah untuk menghadapi hari-hari sukar yang akan mendatang
-
Nilai
Tidak berputus asa
Walaupun hidup dalam keadaan susah payah waktu muda, si Anak tidak pernah berputus harapan dan menjadi insan yang berguna sewaktu dewasa
Sabar
Kesabaran si Ayah apabila dihalau daripada rumah sewanya
Kesabaran Si Ayah melayan kerenah anaknya bagi menghilangkan kesedihan anaknya
Kasih Sayang
Kasih Sayang yang dipaparkan oleh si Ayah demi menghiburkan anaknya dan kasih sayang yang dibalas oleh anaknya apabila SI Ayah sudah semakin tua
Norma
norma kekeluargaan: setiap ibu bapa menjaga anak mereka dengan baik dan mendidik mereka menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
norma kasih sayang: perasaan kasih sayang yang lahir ikhlas dalam setiap diri manusia boleh diberikan kepada keluarga mahupun rakan-rakan.
Watak perwatakan
- Ayah- seorang yang penyayang. Sebagai contoh beliau amat menyayangi anaknya dengan memberi semangat dan dorongan terhadap anaknya ketika mereka di halau dari rumah. Kedua ialah seorang yang tabah. Sebagai contoh si ayah itu amat tabah apabila dia dan anaknya terpaksa di halau dari rumah mereka yabg disewa.
- Anak. - seorang yang ceria. Sebagai contoh dia cepat terhibur apabila ayahnya menghiburkannya. Yang kedua ialah si anak seorang yang kenang budi. Sebagai contoh, dia membantu menjaga ayahnya yang sakit apabila dia telah dewasa
Sinopsis
Video ini mengisarkan tentang kasih sayang dan keikhlasan seorang ayah kepada anaknya saat ditimpa kesusahan hidup. Walaupun berada dalam keadaan yang menyedihkan namun ayah Azlan masih cuba untuk menggembirakan Azlan. Apabila Azlan dewasa, Azlan menjaga ayahnya dengan penuh kasih sayang dan cuba membahagiakan ayahnya sebagaimana ayahnya membahagiakannya sewaktu kecil.