PERANAN RUKUN NEGARA DALAM PERPADUAN MASYARAKAT
Kepentingan Rukun Negara
- Penggubalan Rukun Negara pada tahun 1970 adalah bersandarkan kepada keperluan menimbulkan semangat dan identiti yang sama bagi semua rakyat Malaysia.
- Disifatkan sebagai ideologi kebangsaan dan mampu mengeratkan perpaduan kaum memandangkan masyarakat akan mempunyai fikiran, perasaan dan nilai-nilai yang sama.
Berdasarkan prinsip yang pertama, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan di mana semua rakyat Malaysia harus mengakui bahawa Tuhan melebihi sebarang kuasa lain. Islam yang dipilih sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia telah menjadi rujukan dan panduan keseluruhan umat manusia.
- Secara umumnya, kelima-lima prinsip ini bertujuan mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu serta sebuah masyarakat Malaysia yang adil, demokratik, liberal dan progresif.
Secara umumnya, seseorang yang patuh dan taat kepada ajaran agamanya mempunyai budi perkerti yang mulia serta sifat-sifat yang terpuji. Keteguhan imannya dan bersikap tolong menolong kepada orang yang susah tanpa mengira kaum
Berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan yang Maha Berkuasa rakyat Malaysia mempunyai sikap rendah diri dan sentiasa bersyukur dan menghargai nikmat yang diberikan oleh Tuhan.
Prinsip kedua yang menekankan aspek Kesetiaan kepada Raja dan Negara meletakkan Yang diPertuan Agong adalah lambang perpaduan negara kita.
Dalam konteks perhubungan rakyat dan Raja; rakyat harus mencurahkan taat setianya kepada Raja manakala Raja atau pemerintah harus menyediakan perlindungan kepada negara dan seluruh rakyat jelata.
Hubungan timbal balas ini meletakkan asas kesetiaan tidak berbelah bahagi dalam kalangan rakyat lantas membentuk semangat kebangsaan yang boleh menyatupadukan rakyat semua.
Sebagai contoh, jika seseorang rakyat Malaysia yang berada di luar negara menghadapi kesusahan, maka kedutaan negara kita sebagai wakil Yang diPertuan Agong bertanggungjawab untuk membantunya
Sikap rendah diri dan memahami akan kepentingan orang lain dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat kita.
Keluhuran Perlembagaan mengkehendaki setiap rakyat menghormati dan mematuhi Perlembagaan.
Perlembagaan bertanggungjawab menjaga hak rakyat serta menjamin kemakmuran dan perpaduan negara.
Sebagai contoh, seseorang tidak boleh mempersoalkan kesetiaan seseorang rakyat lain berdasarkan keturunan atau kaum. Pada hakikatnya, Perlembagaan menentukan bentuk pentadbiran serta melindungi hak asasi manusia secara keseluruhannya.
Prinsip Kedaulatan Undang-undang bertujuan menjamin keadilan dalam negara Malaysia.
Dengan kata lain, semua rakyat adalah sama di sisi undang-undang. Sesiapa yang melanggar undang-undang negara akan dihukum tanpa mengira bangsa dan kaumnya.
Di Malaysia, undang-undang yang sedia ada memang cukup baik dan relevan dalam membendung masalah seperti jenayah,penipuan, penindasan dan sebagainya.
Keadaan ini dapat dibuktikan di mana kes-kes jenayah berada pada indeka rendah berbanding dengan negara-negara lain di rantau ini.
Prinsip kelima bermakna bahawa rakyat Malaysia harus bertolak ansur, bertimbang rasa dan berkelakuan baik
Setiap warganegara Malaysia seharusnya patuh akan Perlembagaan supaya negara menjadi aman dan damai. Dalam konteks ini, tiada individu yang terkecuali daripada mematuhi Perlembagaan.
Pengamalan prinsip Kesopanan dan kesusilaan ini boleh membawa kepada perhubungan yang harmoni dalam masyarakat kita. Rakyat yang bersopan santun dan bertatasusila dapat membentuk masyarakat yang bersatu-padu.
Prinsip ini sangat penting untuk mewujudkan masyarakat yang menghormati dan menghargai kepentingan kaum lain. Sesuai dengan Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk, rakyat harus menghormati dan sling memahami adat resam dan nilai hidup kaum lain dan tidak menyinggung perasaan orang lain.