Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
EPISTEMOLOGI ILMU (Wahyu :check: (Wahyu merupakan sumber pengetahuan yang
…
EPISTEMOLOGI ILMU
Pancaindera :check:
Pengetahuan pancaindera ialah semua pengetahuan yang
diperolehi manusia melalui kelima-lima pancainderanya
iaitu mata, hidung, perasaan (kulit), telinga dan lidah.
Pengetahuan ini disebut pengetahuan empiris.
:star:
Pengetahuan empiris amat bergantung kepada
pengalaman dan pengamatan. Gejala-gejala alamiah yang
bersifat konkrit dan mempunyai ciri-ciri tertentu lagi tetap
dapat dinyatakan melalui tangkapan pancaindera
manusia. :star:
Kaum empiris berpendapat bahawa pengetahuan
manusia bukan diperolehi melalui pemikiran rasional
yang abstrak namun ia adalah pengalaman yang konkrit. :star:
Terdapat suatu ideologi ekstrim dalam memperjuangkan
kebenaran empiris (mazhab empirisisme). Antara pelopor
utama mazhab ini ialah David Hume, John Locke, dan Roger
Bacon :star:
Mereka berpendapat ilmu hanya datang dari fakta-fakta alam
yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir. Keupayaan yang
di luar batas pancaindera zahir dianggap tidak bermakna dan
bukan fakta. Justeru, ia tidak termasuk dalam sumber ilmu
atau bidang ilmu. :star:
Namun, kebenaran yang diperolehi tidak semestinya selalu
betul dan tepat kerana keterbatasan daya indera manusia :star:
Sumber Ilmu
:red_flag:
Ilmu pengetahuan didapati melalui empat sumber iaitu pancaindera,akal,
intuisi/ilham dan wahyu :pencil2:
Setiap sumber mempunyai
perbahasannya yang tersendiri dan
memberi impak kepada tahap kebenaran,
klasifikasi dan hierarki ilmu. :pencil2:
Epistemologi berasal dari Bahasa Yunani
iaitu 'episteme' dan `logos'. Episteme
bermakna pengetahuan atau kebenaran,
dan logos bermaksud fikiran, kajian atau
teori. :star:
Epistemologi merupakan cabang falsafah
yang membahaskan tentang terjadinya
ilmu, sumber ilmu, sarana, metode atau
cara memperolehi ilmu, kesahan dan
kebenaran ilmu. :star:
Akal :check:
Tidak dapat disangkal, akal merupakan antara
sumber pengetahuan. :explode:
-
Dengan melakukan proses pemikiran yang betul
akan membuahkan pengetahuan yang benar
seperti logik deduktif dan induktif. :explode:
Intuisi/Ilham :check:
Intuisi adalah pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses penalaran (pemikiran). Contoh; seseorang yang sedang tertumpu pemikirannya pada suatu masalah tiba-tiba mendapat jawapan tanpa melalui proses berfikir yang berliku-liku. :fire:
Intuisi juga boleh berlaku dalam keadaan tidak
sepenuhnya sedar iaitu datang ketika tidak difikirkan
atau dikehendaki. Cth – seseorang yang
menangguhkan pemikirannya pada sesuatu masalah
kerana menemui jalan buntu, secara tiba-tiba
mendapat jawapan yang lengkap. Tetapi dia tidak
dapat menjelaskan bagaimana jawapan tersebut tiba
kepadanya. :fire:
Wahyu :check:
-
-
-
Wahyu adalah sumber pengetahuan paling
utama yang menjadi asas, ukuran dan rujukan
atas setiap kebenaran pengetahuan rasional,
empirikal atau intuisi :checkered_flag:
Hakikat Wahyu :check:
¬ Wahyu pengalaman yang diperolehi golongan
yang terkhusus.
¬ Wahyu urusan Allah yang tidak boleh difikirkan
dan diusahakan.
¬ Ia juga bukan pengalaman pancaindera yang
dapat difahami oleh akal
¬ Wahyu merupakan pengalaman kerohanian yang
tidak dapat diketahui hakikatnya
Hubungan antara Wahyu dan Akal :
¬ Hubungan wahyu dengan akal sebagai pembantu
atau pemandu kepada akal.
¬ Ia mengarahkan akal supaya mengikuti perkara
yang tidak mampu ditanggapinya, khususnya
persoalan ghaib dan alam metafizik