:green_cross: Masaalah dalam pelaksanaan KBSR kerana beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P. Ini mengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah. Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah fokus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. Ini secara langsung mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri – ciri modal insan cemerlang yang dihasratkan.