Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SUMBER ILMU (Pancaindera (Antara pelopor utama mazhab empirisme ialah…
SUMBER ILMU
Pancaindera
Antara pelopor utama mazhab empirisme ialah David Hume, John Locke dan Roger Bacon.
Pengetahuan empiris amat bergantung kepada pengalaman dan pengamatan. Tangkapan pancaindera manusia dapat dijelaskan melalui gejala-gejala alamiah yang besifat konkrit dan mempunyai ciri-ciri tertentu.
Terdapat lima indera asas manusia iaitu indera peglihatan, pendengaran, penciuman, rasa, dan sentuhan.
-
Mazhab empirisisme berpendapat ilmu hanya datang daripada fakta-fakta alam yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir. keupayaan di luar batas pancaindera zahir dianggap tidak bermakna dan bukan fakta
Akal
Kelompak rasionalisme merupakan kelompak yang mengaggung-aggungkan penggunaan akal. Kelompak ini menggunakan kaedah deduktif dalam menyusun pengetahuannya.
Akal merupakan sumber pengetahuan yang utama. Dengan adanya akal, manusia dapat membuat pertimbangan antara buruk dan baik.
-
Antara pendukung mazhab ini seperti Socrates, Plato dan Descartes. Mereka tidak menitikberatkan pengalaman manusia yang konkrit dan kejadian alam tabii dalam usaha untuk memahami hakikat kewujudan.
Intuisi/ hati
-
Al-Ghazali menyatakan bahawa intuisi merupakan cahaya yang datang kepada nurani, bersih dan lembut. Ia adalah ilmu yang diperolehi tanpa mengkaji dan mencari dalil.
-
Amsal Bakhtiar, 2004 menyebut sebagai makrifah iaitu penegetahuan dari tuhan melalui pencerahan dan penyinaran
Intuisi bersifat personal iaitu datang secara tiba-tiba dan tidak boleh diramalkan dala keadaan sedar mahupun separuh sedar.
Majoriti failasuf Muslim mempercayai kelebihan hati berbanding akal seperti Suhrawardi al-Maqtul(1153-1192) yang mengembangkan mazhan isyraqi.
wahyu
Dari segi istilah wahyu bermaksud segala yang disampaikan Allah kepada nabi dan rasul yang berupa ajaran atau perkhabaran dalam bentuk sejarah, cerita, hukum hakam, peristiwa akan datang dan perkara-perkara ghaibiyatt.
Wahyu menjelaskan persoalan yang tidak dapat difikirkan oleh akal dan merupakan mukjizat terhebat nabi Muhammad s.a.w.
Wahyu merupakan sumber pengetahuan utama yang menjadi asas, ukuran dan rujukan asas setiap kebenaran pengetahuan rasional, emprikal dan intuisi.
Wahyu boleh dikaji secara rasional terutama dalam permasalahan yang melibatkan pengalaman manusia dalam konteks masyarakat dan individu serta alam nyata namun tidak pada alam ghaib kerana luar dari kemampuan manusia.
-
-
-