-perkembangan moral berkait dengan perkembangan kognitif seseorang individu walaupun kadang-kadang tahap pemikiran kognitif seseorang tidak menjamin kepada peningkatan dalam tahap penaakulan moral seseorang.
*3 tahap utama
1. Tahap Pre-Konvensional
Peringkat 1 : Orientasi kepatuhan dan hukuman
-(Pemikiran moral kanak-kanak lebih berorientasikan egosentrik yang mementingkan diri sendiri. Kanak-kanak mematuhi atau mengikut arahan kerana takutkan hukuman yang diterima sekiranya melanggar peraturan)
Peringkat 2 : Orientasi ganjaran peribadi
-(Individu melakukan sesuatu berdasarkan keinginan untuk mendapatkan balasan. Tingkah laku didorong untuk memuaskan kehendak sendiri)
2. Tahap Konvensional
Peringkat 3 : Orientasi perlakuan baik
-(Kanak-kanak atau remaja mengaplikasi ukuran moral yang telah ditetapkan oleh ibu bapa, guru atau komuniti)
Peringkat 4 : Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan
-(Perlakuan/penaakulan moral berdasarkan peraturan, undang-undang, dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh masyarakat.Individu percaya terhadap keutuhan undang-undang)
3. Tahap Pos-Konvensional
Peringkat 5 : Etika kontrak sosial dan hak individu
-(Individu berhujah menggunakan nilai, hak, dan prinsip. Pemikiran moral dalam tahap ini adalah berkaitan dengan usaha mempertahankan hak-hak asasi dan nilai-nilai yang telah dipersetujui dalam masyarakat)
Peringkat 6 : Etika prinsip sejagat
-(Pada peringkat ini, individu telah mempunyai kod-kod moral dan etika tersendiri yang menepati hak-hak individu sejagat)
Menurut Lawrence Kholberg
-Mengajukan pendekatan pendidikan nilai dengan menggunakan pendekatan klasifikasi nilai yang bertolak dari andaian bahawa tidak ada satu-satunya jawapan yang betul terhadap sesuatu persoalan moral tetapi didalamnya ada nilai yang penting sebagai dasar berfikir dan bertindak.