Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ANDAINYA KELUARGA ANDA LEBIH BESAR DARI YANG DISANGKA (IKLAN MERDEKA…
ANDAINYA KELUARGA ANDA LEBIH BESAR DARI YANG DISANGKA
(IKLAN MERDEKA MAXIS 2015)
AHLI GROUP 3
SITI NURFATINI BINTI MOHAMAD ROSLAN (59929)
NORFARZANA MOHD ZAHARI (45813)
NURUL AFIQAH BT ISA (59066)
MOHD MIRZA BIN MOHAMMAD (56709)
NURUL ATIQAH BT NORRAMLI (59075)
ALLEY MANJAU AK CHABU (45446)
NURUL ATIQAH AZIZAN (59065)
ANGELA ANAK PHILIP (58462)
SINOPSIS
Iklan ini mengisahkan tentang seorang warga emas yang bernama Ah San yang menghidap penyakit yang dipanggil 'elephanthiasis'. Walaupun beliau sakit, beliau masih mampu mencari rezeki dengan menjual barang terpakai seperti kotak. Meskipun beliau hidup dalam serba kekurangan namun beliau sentiasa ingin membantu orang lain. Pada suatu hari, apabila beliau pulang dari hospital, beliau telah terlibat dalam kemalangan dan cedera. Shirin yang sentiasa membantu beliau prihatin dan pergi melawat namun beliau tetap berbaik hati ingin memberikan wang untuk tahun baru untuk Shirin. Shirin yang berasa simpati dengan keadaan beliau telah meminta sumbangan daripada masyarakat di Facebook dengan bantuan sahabatnya, Syed Azmi. Dengan bantuan kewangan yang disumbangkan, Shirin membelikan Ah San kerusi roda yang lebih canggih serta katil baru agar beliau dapat tidur dengan selesa.
WATAK
AH SAN
Seorang warga emas yang pemurah dan sentiasa ingin membantu orang lain walaupuun sakit.
SHIRIN
Wanita yang bersifat prihatin yang risau akan keadaan Ah San dan sentiasa ingin membantu Ah San
NORMA
KESUSILAAN
Membantu tanpa mengira bangsa
Menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan
KESOPANAN
Menghormati orang lebih tua
Bertingkah laku sopan
Menggunakan perkataan yang sopan
NILAI
MURAH HATI
Ah San yang bermurah hati mengulurkan sumbangan kepada orang lain walaupun hidup serba kekurangan
PRIHATIN
Shirin yang prihatin akan keadaan Ah san dan meminta bantuan sahabatnya untuk membantu beliau.
BERMUAFAKAT
Masyarakat di media sosial yang bermuafakat ingin membantu Ah San untuk mengurangkan bebanan hidup beliau
KASIH SAYANG
Sikap kasih sayang dimana Shirin melawat Ah san kerana risau akan keadaannya dan Ah San turut ingin menghulurkan wang kepada Shirin sempena tahun baru kepada Shirin.
BERTERIMA KASIH
Ah San yang mengucapkan terima kasih kepada Shirin atas segala bantuannya.
SEMANGAT KEMASYARAKATAN
Semangat kemasyarakatan yang ditunjukkan oleh seorang lelaki berbangsa India yg membantu Ah San melintas jalan. Semangat ini juga ditunjukkan oleh masyarakat di media sosial yang menghulurkan bantuan kepada Ah San.
BERDIKARI
Ah San yang sakit tetap berdikari dan menjalani hidupnya dengan berdikari tanpa bergantung pada orang lain.
SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA
Sikap saling membantu yang ditunjukkan oleh seorang masyarakat yang berbangsa India yang membantu mengangkat kotak yang ingin dijual oleh Ah san. Sikap ini juga ditunjukkan oleh masyarakat berbangsa India yang membantu Ah san melintas jalan. Sikap membantu dan kerjasama yang ditunjukkan oleh Shirin dan semua masyarakat di media sosial yang menyumbang untuk Ah san. Sikap ini juga ditunjukkan oleh ketiga-tiga jururawat yang secara sukarela ingin membantu mengubati Ah San.