SinopsisVideo berdurasi pendek ini mengisahkan tentang kehidupan seorang lelaki Cina iaitu Uncle Ah San yang berumur 80 tahun dan menghidap penyakit Untut(Philiariasis). Isteri Uncle Ah San sudah lama meninggal dunia dan tidak mempunyai anak. Beliau hidup seorang diri di Georgetown, Pulau Pinang tanpa mengharap belas kasihan orang lain. Akan tetapi, jirannya,Shirin yang dikenali beliau dari kecil selalu mengambil berat tentang dirinya. Shirin adalah seorang perempuan yang berumur 27 tahun dan menetap di Kuala Lumpur. Dia mengenali Uncle Ah San semasa keluarganya menetap di Pulau Pinang suatu ketika dahulu. Beliau merupakan seorang yang prihatin kerana telah meminta pertolongan kawannya, Syed untuk meminta bantuan bagi pihak Uncle Ah San. Setelah berita tentang Ucle Ah San tersebar luas, orang ramai turut menghulurkan bantuan dari segi wang dan kata-kata semangat. Bantuan wang daripada orang ramai itu disalurkan untuk membiayai kerusi roda automatik dan katil. Kini, hidup Uncle Ah San lebih bermakna kerana ramai orang yang menolongnya tetapi beliau tidak pernah melupakan orang yang jauh lebih susah darinya