Afdlin, David dan Ho Yuang sedang berjalan-jalan di pasar malam. Afdlin meminta diskaun untuk rojak yang dibelinya. Penjual rojak menekankan bahawa konsep kesamarataan dalam slogan 1 Malaysia harus dijalankan dimana-mana walaupun hanya dalam pembelian rojak. Setiap orang harus membayar harga yang sama walaupun dia merupakan 100% orang melayu. David menyatakan dia mampu bertutur dalam 5 bahasa iaitu bahasa melayu, tamil, hokien, kantonis dan bahasa inggeris. disamping itu, dia juga mampu bertutur bahasa mandarin namun tidak begitu fasih. Di Malaysia, kita mempunyai lebih daripada 20 bahasa namun kita mampu memahami sesama sendiri. Kemudian, tiga sahabat ini menuju ke gerai yong tau fu untuk makan. mereka terkejut apabila orang cina yang menjual makanan tersebut merupakan orang Islam. Ho Yuang juga ada menyatakan bahawa masyarakat Malaysia terdiri daripada 40 etnik berbeza. Seterusnya, mereka bertanya kepada seorang pakcik tentang zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Pakcik tersebut menggambarkan pemerintahan orang British seperti isterinya dan ibu mertuanya yang garang. semasa mereka berjalan di sepanjang pasar malam itu, mereka berbual tentang stereotaip tentang bangsa-bangsa dan orang di Malaysia. Contohnya, orang cina hebat dalam bisnes dan perempuan pandai memasak. Namun, Ho Yuang menyatakan bahawa dia tidak reti berbisnes dan David menyatakan bahawa isterinya tidak pandai memasak. Semasa David bercerita tentang isterinya, dia mendapat panggilan daripada isterinya yang mengesyaki David sedang bercakap tentang sesuatu yang buruk tentang dirinya. David menafikan dakwaan isterinya. Kemudian, Ho Yuang ditipu oleh seorang lelaki asing bahawa jam tangan yang dijualnya adalah jam yang mahal dan berjenama. Kemudian, merek bertiga membayangkan tentang masa depan Malaysia pada tahun 2020. Mereka menjangka bahawa Malaysia akan menghantar seorang rakyat ke bulan dan matahari pada tahun tersebut. Akhir sekali, Ho Yuang menyatakan bahawa dia bersyukur mempunyai rakan seperti David dan Afdlin.