Individu tidak akan dapat berfungsi dengan berkesan jika dia berada dalam keadaan
tertekan (Smith, 1993; Girdano et al., 1993). Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu
tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja dan gagal
menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan. Guru-guru juga
dikatakan berfikir dan mengambil keputusan untuk bersara sebelum tiba masanya kerana
mengalami masalah tertekan, berang dan murung (Fejgin et al., 1995; Pastore dan Judd,
1992).