melindungan diri mereka daripada masalah eksploitasi seksual dan penyakit-penyakit berbahaya (Khadijah Rohani Mohd.Yunus, 2008; SIECUS,2004; Wazakili, 2010);
memperoleh kemahiran komunikasi berkesan untuk menjaga keselamatan diri (Brown & Pirtle, 2008; Grieveo, McLaren & Lindsay, 2006; Plunkett et al., 2002);
mencapai kontrak sosial dan memenuhi hak asasi mereka untuk menerima pendidikan seksualiti sama seperti rakan normal yang lain (Khadijah Rohani Mohd. Yunus, 2008; Gougeon, 2009);
menggalakkan kesihatan seksual dari segi fizikal, emosi dan sosial, kesihatan dan kesejahteraan diri individu terlibat
membolehkan murid menyedari bahawa sesuatu yang tidak betul telah berlaku ke atas diri mereka dan seterusnya dapat menyampaikan maklumat kepada pihak yang berkenaan untuk mendapatkan bantuan (Grieveo et al., 2006),
untuk mengelakkan putaran ganas daripada berlaku akibat daripada masalah-masalah seperti penderaan seks, eksploitasi seks, dan jenayah seks yang dihadapi oleh remaja bermasalah pembelajaran (terencat akal) sekiranya pendidikan seksualiti tidak disediakan kepada mereka (Khadijah Rohani Mohd. Yunus, 2008).