Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERTEMBUNGAN TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN LAIN (c) Kesan pertembungan…
PERTEMBUNGAN TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN LAIN
a) Kawasan pertembungan tamadun
Khalifah ar-Rasyidin (Khalifah Umar) bertembung dengan Tamadun Yunani Rom ketika bertapak di Mesir.
Kemudian, perluasan kuasa ke Baghdad pula menyebabkan pertembungan dengan Tamadun Parsi.
Apabila Bani Umaiyah menakluki Afrika Utara dan Sepanyol berlakulah pertembungan antara Tamadun Islam dan Eropah.
b) Cara pertembungan berlaku
Perdagangan - Nabi Muhammad s.a.w pernah berniaga di Syam (Syria). Pedagang Islam juga berniaga di kawasan Teluk Parsi hingga ke China.
Diplomatik - kerajaan Bani Umaiyah menghantar peneroka ke utara Selat Gibraltar di selatan Sepanyol. Mereka bertemu petempatan bukan Islam seperti di Cordova, Valencia untuk membuat hubungan diplomatik. Kesannya, mereka memahami konsep aman dalam cara hidup orang Islam.
Penaklukan - kerajaan Islam membentuk ekspedisi tentera dan bertembung dengan tamadun luar, contohnya menakluk Iran/Iraq (Tamadun Parsi), Mesir/Afrika Utara (Tamadun Rom dan empayar Byzantine)
Kebudayaan - kemasukan Islam ke Sepanyol menyebabkan bahasa Arab menjadi bahasa utama di situ. Lahir golongan Mozarab iaitu orang tempatan beragama Kristian tetapi mengamalkan budaya Islam dan berbahasa Arab.
Intelektual - Ilmuan Islam mendalami ilmu tamadun Eropah dan berlaku pertembungan antara ahli fikir Islam dengan bukan Islam.
c) Kesan pertembungan tamadun dari segi agama, ekonomi dan sosial
Keagamaan - mengubah akidah penduduk taklukan kepada kepercayaan kepada Allah, tetapi Islam tidak menghapuskan adat dan buadaya yang tidak bertentangan dengan Islam.
Kesan perluasan kawasan yang diperintah Islam - kawasan penyebaran pengaruh Islam diperluaskan.
Lahir pelbagai kerajaan Islam - kerajaan Delhi/Mughal di India, kerajaan Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah.
Penguasaan ekonomi - keselamatan laluan pedagang dikawal oleh kerajaan Islam. Pedagang Islam berdagang meliputi ke India, Ceylon, alam Melayu dan China di timur, Sepanyol serta Perancis di barat.
Urbanisasi - berlaku kesan kemajuan pedagang Islam
Organisasi sosial - Islam memberi penyelarasan undang-undang yang saksama kepada semua lapisan masyarakat.
Pendidikan - merangkumi penguasaan pendidikan agama, sains, teknologi, sejarah serta matematik.
Tatatertib kehidupan harian seperti cara berpakaian, berfikir serta bertutur telah berubah. Di Sepanyol, ketika pemerintahan Bani Umaiyah orang Eropah bertutur dalam bahasa Arab dan berpakaian seperti orang Islam.
Golongan Mudejar ialah orang Islam minoriti di bawah pemerintahan Kristian, mereka menyebarkan cara hidup Islam tersebut.
Kesan pertembungan tamadun dari segi ilmu pengetahuan
Cendekiawan Islam dan bukan Islam bertukar pendapat dan ilmuan Islam menterjemah karya Yunani seperti Aristotle, Plato, Galen.
Penterjemahan pesat berlaku kerana adanya perpustakaan yang membolehkan bahan kajian ini disimpan.
Ilmu perubatan – Zakaria al-Razi menterjemah karya Galen menghasilakn kitab Al-Hawi.
Matematik dan astronomi – al-Khawarizmi, al-Batani.
Politik dan undang-undang – al Farabi, al-Mawardi.
Ilmu Mantik dan falsafah – Ibnu Sina, Ibnu Rushd.
Seni bina – Masjid Cordova, istana Alhambra di Granada.
Kesusteraan – Omar Khayyam, Jalal ad-Din.
Pengembaraan – Ibn Battuta, al – Mascudi.